Sunday, February 6, 2011

Di tengah malam dikala kebosanan

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah, segala puji ku panjatkan kepada Allah SWT dan selawat serta salam ke atas junjungan yang mulia nabi Muhammad SAW serta pada ahli keluarga baginda, para sahabat serta muslimin dan muslimat yang di rahmati Allah sekalian.

Hari ni ringkas sahaja, cuba nak melontarkan beberapa buah pendapat dan pandangan. Sekadar renungan bersama. Kita tahu tak semua antara kita yang boleh jadi baik. Bukan mudah, namun tak mustahil..

Mengikut pandangan daripada seorang manusia, yang tak seberapa alim, dan sebenarnya lebih merujuk kepada diri aku sebenarnya, bahawa aku mengatakan hari ini sudah masuk 3 Rabiuawal. Dan ada lagi lebih kurang seminggu lebih untuk kita meraikan maulidur rasul dan dalam pada masa yang sama menentang Hari Valentine. Hari yang tidak patut ada dalam sejarah dunia. Jadi Marilah kita memperbanyakkan selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia Nabi Muhammad SAW.

Sekadar peringatan dan kesedaran agar kita cuba mengamalkan seberapa banyak sunnah Nabi yang boleh kita buat selaku umatnya. InsyaAllah, semoga kita mendapat syafaat daripada baginda kelak di akhirat sana dengan izin Allah SWT.

KAMI ANTI VALENTINE’S DAY!!!

notice: jangan tekan readmore dibawah.

2 comments: