Friday, February 4, 2011

I Don’t Know What I’m Gonna To Write

بسم الله الرحمن الرحيم
salamun 'ala manittaba'al huda
3/2/2011 – Hari ni chinese new year yang kedua, mean, masuk dah dua hari cuti untuk itu. Ingatkan nak balik asrama, namun ada kekangan yang tak dapat dielakkan. Banyak plan tak jadi yang aku buat sebelum cuti hari itu. Kita hanya merancang, tuhan yang menentukan. bukankah? n_n

Didalam mengharungi hidup sehari-hari ini yang penuh dull, noise, blur, pathetic, altruistic, semi-pathetic, sinni-kualoq, and extremist, aku cuba mencari kelapangan hidup untuk menulis sesuatu benda yang aku tak tahu nak tulis apa. Betullah, aku pun tak tau nak tulis apa sekarang, tapi yang aku tau tulis sekarang ni ye la, ni, “aku pun tak tau nak tulis apa”… Jadi nak menghuraikan ayat tu tak perlu tulis panjang, aku rasa semua orang faham bagi mereka yang berbangsa Melayu terutamanya, kan? Ayat tu terang dan sahih yang mengatakan bahawa aku tak tau nak tulis apa. Walhal yang kat atas2 tu aku tulis tau plak. hehe. Itu hanya huraian dari ayat yang aku tak tau nak tulis apa. Haih, boleh jadi isu jugak kan topik ni… Sesuatu benda yang boleh aku bualkan sehingga ke akhir scroll down nanti. (bagi mereka yang rajinlah nak scroll down ke bawah page ini)

Timbul satu persoalan, kalau aku tak tau nak tulis apa, tapi kenapa aku tulis juga kan. So, point disini, aku tak menulis, tapi aku hanya menaip. (bukan sama ke?) Ye la, mungkin dalam term engineering, information and technology, science, tafaqquh fiddin, tasawur, dan ilmu mantik, mungkin kelihatan sama maksudnya apa yang disebut menulis dan menaip dalam ni (entry or blog or laptop or softcopy). Kita diberi akal untuk menilai baik buruknya sesuatu dan juga diberikan bermacam nikmat kurniaanNya yang tidak terhingga, so mengapa kita tak menggunakan nikmatNya dengan sebaiknya bukan? so, antara nikmat Allah yang berikan pada aku, ialah menulis, err menaip. (correct me if im wrong) Back to the point, walaupun aku tak tau nak tulis apa, tapi aku nak jadikan entri ni, entri terpanjang dalam sejarah blog aku yang pernah aku post. Kalau ada post sebelum ni panjang daripada post yang INI, maka aku tidak akan teragak untuk mendelete post2 yang sebelum ini, meski post itu banyak manfaatnya dan kebaikannya. (nak jugak…bagilah….hehe)


Sesi tambahan untuk entri ini, aku tak tau nak tulis apa, so aku tulis je la apa yang ada difikiran. Jap, fikir dulu. Hmm (hatiku milikmu)….okay, memang aku blank, blur, sophisticated, manifestation, manipulated, confused, jammed, and stormed. Hidup diciptakan Allah bukankah bertujuan? bertujuan sesuatu yang harus kita cari dan laksanakan sebagai hamba. Namun aku disini dengan takde kerjanya menulis sesuatu yang bukan2 dan tanpa manfaat sedikit pun, walhal sebagai hamba Allah, kita teramatlah sibuk untuk harus melakukan sesuatu sebagai bekalan didunia dan juga diakhirat. (ambik ko, kena tarbiah dengan diri sendiri).

Tapi sebenarnya, itu ialah tujuan aku. Menulis sesuatu yang dapat diberi peringatan kepada diri ini. Kalau boleh nak disampaikan pada dunia, tapi sedar hakikat diri ini siapa. Seperti kata pepatah tamadun Rom, Parsi, Yunani, Islam, Mesir, Melayu Melaka dan Eropah serantaunya, jangan diharap teman secantik Zulaikha, jika diri tak setampan Yusuf, Jangan didamba teman err…(lupa2), Takpela, lupakan pepatah itu. Aku pun tak pasti dari tamadun manakah pepatah itu berasal. Kembali ke atas, aku cuma nak katakan bahawa, kita sebagai hamba Allah, jangan sesekali kata bahawa hidup ini boring or bosan or whatsoever, sebab seperti yang saya aku katakan tadi, bahawa tugas kita didunia ini adalah sebagai khalifah Allah, mencegah yang makruf dan melarang yang munkar, menyampaikan ayat-ayat Allah, melaksanakan segala perintah Allah, menjauhi segala laranganNya, menimba seberapa banyak amal dan bekal untuk akhirat sana, sentiasa menjaga silaturrahim sesama saudara, menjaga kebajikan jiran tetangga dan muslim sehendaknya, berjalan di jalan Allah (fisabilillah), berperang dengan nafsu dan syaitan (mujahadah), dan mengamal segala sunnah baginda Muhammad SAW serta saranan Al-Quran. Bukankah banyak kerja tu?

Aku menjadi tertanya, adakah entri ini sudah cukup panjang. Nak panjang lagi boleh, tapi takut bosan pula untuk aku membacanya nanti dikemudian hari. (sebelum ni tak pernah baca pun entri2 yang lepas) So, aku nak menamatkan kalam ku yang terakhir ini dengan kata2 hikmat, or kata2 perangsang, or kata2 semangat, or kata2 membina (DHON!!! stop it okay!!!!!!!)..hehe. okay, kata2 nye ialah….

Semalam adalah suatu kenangan, hari ini adalah suatu kenyataan manakala esok adalah suatu penantian. Kenangan semalam hendaklah kita simpan buat pedoman di hari depan dan kenyataan hari ini hendaklah kita tempuhi dengan tabah tetapi kita juga harus bersedia untuk menanti hari esok yang merupakan suatu penyeksaan…

Terima kasih kerana sudi terbaca.    heart 
Technorati Tags: ,


No comments:

Post a Comment