Sunday, April 3, 2011

Autobiografi

Kisah perjalanan hidupku...

Tiga april
menjelma lagi. Satu tarikh yang cukup indah buat insan yang bergelar Dhon Damaska. Siapakah beliau? mesti ramai yang tertanya2 bukan? kalau tiada yang tanya pun saya ingin menjelaskan disini siapa beliau..

Beliau dilahirkan di atas katil di Hospital Besar Kuala Lumpur. Merupakan anak kepada kedua2 ibu bapanya dan membesar dalam keluarga yang sederhana, beliau mempunyai ciri berperwatakan sederhana dan cukup menyenangkan orang di sekelilingnya untuk merapati beliau. Anak sulung daripada lima orang adik beradik ini merupakan graduan lepasan pelajar tadika kemas, road rifle range school, SMK Padang Tembak, SM Teknik Juasseh, Japan Malaysia Technical Institute, Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah dan kini beliau menyambung pelajaran dalam bidang kejuruteraan automotif di Malacca.

...

Pada awal usianya sewaktu meningkat naik, Dhon Damaska merupakan pelajar yang pendiam dan pemalu. Di tambah dengan faktor suasana dan persekitaran diri, Dhon agak kurang menyerlah dalam kalangan rakan-rakan sebayanya. Ini ditambah dengan kekurangan aspek2 fizikal seperti kecergasan dan kecerdasan, menyebabkan Dhon kurang pergaulan dengan rakan sosialnya.

Laksana kata pepatah, diam-diam ubi berisi, beliau telah mula membuka mata-mata guru di sana apabila dalam satu peperiksaan, beliau telah mencapai keputusan yang cukup cemerlang. Satu keputusan yang amat membanggakan bagi beliau.

Dhon mula mengorak langkah dengan lebih jauh di menara gading dengan keterlibatannya dalam beberapa buah persatuan. Dan ini sedikit sebanyak telah mengubah Dhon yang lama kepada Dhon yang Baru.

...


Dhon yang baru

Segalanya bermula di awal era-20an beliau. Di kala usia yang mencecah remaja yang matang, namun beliau bukanlah seperti apa yang di sangkakan oleh rakan-rakan lain. Meski beliau tinggal di kota metropolitan yang pesat membangun, namun itu tidak sekali-kali mempengaruhi gaya hidup beliau. Beliau kelihatan begitu simple sekali tanpa mengenakan apa-apa bahan solekan bagi mencantikkan wajah beliau. Dhon yang tidak lekang dek senyumannya meski senyumannya tidaklah seindah mentari di dinihari, namun ramai yang senang dengannya. Bagi beliau, hidup walau jatuh beribu kali pun, kekalkanlah senyuman di bibir. Ia adalah penawar bagi ujian. Ingat, tambah gula dalam senyuman. Senyum seindah mentari yang membakari bumi. n_n  

Perjalanan yang masih jauh

Dhon mula bergiat dalam bidang penulisan sejak tamat pengajiannya di Matrikulasi. Satu kenangan yang cukup indah telah di timba di sana dan sedikit sebanyak telah mengutip cebisan ukhuwah dan sifat kepimpinan dalam diri beliau. Sifat kepimpinan ini terus lagi di basuh dan di asah agar menjadi lading yang tajam apabila beliau mula menjejak kaki di bumi bersejarah bandaraya Melaka. Dhon mula mengkhususkan bidangnya kepada bidang kejuruteraan Mekanikal (Automotif).

Kegiatannya dalam bidang dakwah masih terus berjalan seiringnya waktu berpusing dan blood cycle di artery.


10 tahun yang lalu




3 April 1991

Segala bermula pada petang, 19 Ramadhan 1412H. Saat mereka sedang sibuk membeli juadah berbuka puasa, ada seorang insan yang penuh keringat dan darah telah melahirkan seorang anaknya yang sulung. Berbekalkan kekuatan dan tawakal kepada Allah, akhirnya pasangan tersebut berjaya melahirkan bayi yang comel yang beratnya tidak mencecah 5kg. 

Jelaslah sudah kerana segalanya berlaku pada 3 April, satu tarikh yang cukup bermakna bagi beliau meski tidak di sambut hebat oleh ahli keluarganya. Dhon menjalani rutin sehariannya sebagai seorang abang kepada ke empat2 orang adiknya.

Detik-detik hitam

Petang itu, kelihatan cuaca agak mendung namun di usia kanak-kanak yang belum tiada pengertian, beliau keluar bermain dengan adik serta sepupunya. Oleh kerana keghairahan beliau ingin membonceng basikal, akhirnya sepupunya membenarkan beliau memboncengnya sekali. Dan dalam kekalutan untuk mengelak kereta yang berada di hadapan, akhirnya basikal itu tumbang di parit dan kepalanya terhentak dengan kuat di bucu parit tersebut sehingga mengalirkan darah. Beliau terus di kejarkan ke hospital dan mendapat rawatan di hospital di ibu kota. Peristiwa itu meninggalkan parut di dahinya seumur hidup beliau.

Detik hitam tersebut tidaklah bernoktah setakat itu sahaja. Pada suatu hari yang hening dan damai, sepulangnya dari menziarahi rumah saudaranya, satu peristiwa tragis telah melanda keluarga beliau. Rumahnya terbakar. Habis ranap keseluruhan hartanya. Ia cukup menghibakan dan menyayat hati.

Entri ini di dedikasikan khas untuk penulis bagi mengingati sejarah lampau hidup beliau agar sentiasa melihat di bawah meski kita kini berada di puncak kejayaan. Tidak lupa sekalung penghargaan bagi watak-watak yang bersama dan menjayakan sebuah filem tentang perjalanan seorang hamba Allah di sepanjang hidup beliau. Akhir kalam penutup bicara, semoga Allah terus merahmati di sepanjang nafas hidup beliau dan di kembalikan kepada Allah dalam keadaan yang diredhai-Nya.

Happy birthday to me… T_T

4 comments:

  1. sanah helwah ya akhi....
    may Allah bless u...
    smoga hari2 yg mendatang..andai hargai sebaiknya dan manfaatknya dgn usha dakwah...=)

    ReplyDelete
  2. Syukran ukhti.....
    InsyaAllah, semoga Allah permudahkan segala urusan kita juga......~ n_n

    ReplyDelete
  3. wah..sungguh menarik perjalanan hidup dhon.. saya pun pernah merasai pengalaman dhon semasa di sekolah tapi tidak pernah tahu tentang kehebatan diri... dhon memang ada style dalam penggayaan bahasa..

    ReplyDelete
  4. kehebatan diri zu ke? setiap orang pasti ada kelebihan dan kekurangan diri masing2.. cume yg sy nampak sekarang, sy hanya nampak kekurangan berbanding kelebihan.. zu pun ade kelebihan.. dan kelebihan itu perlu digilap lagi..
    dari segi gaya bahasa, saya belajar dari cikgu sekolah dulu2.. dan saya sangat minat membaca gaya pembahasaan yang menarik..

    ReplyDelete