Sunday, October 16, 2011

Radio on air: Desa fm

Radio ini terbaik. Selalu memutarkan lagu-lagu yang best. Dengarlah ek. salam ‘alayk.

Saturday, October 15, 2011

Isu Penyerahan Memorandum oleh TYDP MPP UTeM

15 Okt : Timbalan Yang di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Melaka (UTeM) semalam diberitakan berjaya menggapai hasrat dan misi mereka.

Jamaluddin Jusoh yang juga anak jati Terengganu Darul Iman semalam telah menyerahkan satu memorandum kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu program di Seri Negeri.

Isu yang telah lama diperjuangkan mahasiswa UTeM itu berjaya menarik perhatian TPM Malaysia untuk menerima memorandum berkenaan sebagai satu usaha untuk menjaga kebajikan mahasiswa.

UTeM masih belum ada asrama

Menurut maklumat yang diperoleh, universiti tersebut sehingga kini masih belum mempunyai sebarang asrama untuk kemudahan penuntutnya dan MPP UTeM merasakan ini adalah masa yang sesuai untuk menanganinya.

Berikut adalah sebahagian pertanyaan yang disoal ahli kabinet MPP berkenaan :

“YAB , Mahasiswa/i yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Menara Gading, sangat-sangat mengharapkan di tempat pengajian mereka mempunyai prasarana dan kemudahan asas yang lengkap dan mencukupi. Seperti ucapan dan harapan YAB sampaikan tadi, YAB ingin melihat lahirnya mahasiswa/I yang berkualiti.

Dalam hal ini, saya ingin ketengahkan berhubung pembinaan kolej kediaman dalam kampus. Ia adalah salah satu keperluan asas yang sangat mendesak .

YAB ,saya bawakan contoh Universiti Teknikal Malaysia Melaka, UTeM. Berdasarkan pemerhatian saya, sepanjang ketiadaan kolej kediaman di dalam kampus UTeM, fenomena ini telah memberi impak yang sangat besar kepada pelajar.

Selain kos sara hidup pelajar meningkat, kadar kemalangan jalan raya melibatkan pelajar UTeM juga turut meningkat. Program-program yang dianjurkan di Universiti kurang mendapat sambutan. Impak ketiadaan asrama di dalam kampus Induk UTeM juga saya yakin memberi kesan kepada pihak pengurusan universiti.

Pihak universiti terpaksa menanggung kos penyelenggaraan dan kos sewaan bas yang tinggi untuk mengangkut pelajar dari kolej kediaman ke kuliah. Sudah 10 tahun mahasiswa/I menunggu, tapi masih tidak kelihatan walau satu pun kolej kediaman dalam kampus.

YAB, soalan saya adalah,saya ingin mohon penjelasan bagaimana saluran peruntukan untuk pembangunan infrasruktur seperti asrama kepada IPTA di seluruh Malaysia?

Saya tak takut terima hukuman

Jamaluddin Jusoh dalam kenyataannya seakan-akan bersedia menerima sebarang pertuduhan dan tindakan sekiranya dipanggil pihak pengurusan pentadbiran universiti.

“Terima kasih kepada semua student UTeM yang telah support bagi tanda tangan.. Aku tahu aku buat kesilapan dari sudut protokol, tapi aku redha apa yang aku tanggung lepas ni.. aku buat untuk korang.. baru tadi aku dapat tahu akan bakal dapat SURAT WARNING.

Sepanjang MPP ni surat warning yang kedua aku. Semua student, aku mohon sokongan korang untuk bantu pertahankan aku.

Aku sedia untuk disiasat polis dan aku sedia untuk dimaki pihak pengurusan.”, ujarnya dalam satu kenyataan.

Terima sokongan

Sementara itu, di UTeM, sebaik sahaja berita itu diterima masuk dan disebarkan di kalangan warga kampus, sokongan terhadap usaha MPP UTeM terus mendapat perhatian dan sokongan tinggi.

Rata-rata mahasiswa yang mengetahui isu terbabit memberi sokongan penuh kepada MPP UTeM atas usaha tersebut yang disimpulkan gagal direalisasikan bekas MPP sesi lalu. – GZDaily

link

Thursday, October 13, 2011

………. (≧◡≦)

Sahabat

 1016975_f496

Masa itu ingat lagi dimana waktu kecik2, kita selalu main guli, gasing, daun terup, kejar duduk, polis entri, baling-baling selipa (mujur tak termakan selipa), main gebok, main tembak-tembak, yoyo, layang-layang, main tikam, uish… bahaye ni cite sume. haha.

Dan apabila kita bermain-main dan bermain sampailah waktu dah nak maghrib, kita balik rumah masing-masing. Dan kejadian sama berlaku juga seperti hari yang semalam.

Kita terus bermain tanpa rasa serba salah dan tanpa memikirkan hal-hal yang lain. Indahnyalah hidup time tu. Kecik lagi kan~

Masa pun beredar, awan mendung cerah silih berganti, dan matahari turun naik pada paksi dan orbitnya jika dicepatkan masa dan difokuskan pada subjek (matahari) itu. Segala-galanya cepat betul berlalu. Wau, tak sangka kita dah besar.

Dulu kecik-kecik, cita-cita semua orang hampir sama. Aku pun tak faham. Doktor, bomba, polis, jurutera, askar, kerani (eh, ade ke?) dan yang paling famous sekali adalah PILOT! well, aku pun salah seorang yang bercita-cita nak jadi pilot dan cita-cita itu bertahan selama hampir lima tahun (sampai darjah lima kalau tak silap).

Dan sekarang, aku tak tau aku nak jadi apa sekarang. Tapi yang pasti aku nak jadi seorang hamba yang taat kepada Tuhan, seorang anak yang berbakti pada kedua ibu bapa, seorang abang yang penyayang kepada adik-adiknya, seorang sahabat yang setia pada temannya, dan yang paling penting seorang suami yang akan membimbing isterinya ke syurga~ (◡‿◡✿) ❤●•٠·˙

Aku pasti dan percaya engkau diluar sana tentu akan berbahagia bersama-sama orang yang dikasihi. Doa dan harapan aku, semoga Allah menemukan kita suatu hari nanti. Tak didunia pun, akhirat ada kan. ◕‿◕

Farewell~

Sunday, October 9, 2011

“Dalam perjuangan, janganlah berkira duit minyak…”

“Hish, tak tahan betullahh..” Aku mencampakkan kunci ke atas katil lalu ia melantun-lantun sebanyak 2 kali sebelum ia landing tepat ke bantal aku. Aku terlupa buka kunci locker, aku ambil balik kunci tu.

“Kalau tiap-tiap hari macam ni habis la duit minyak motor aku..” gumamku.

tenet.. tenet” bunyi mesej kedengaran lagi. “salam, Dhon.. free tak? datang jap induk.” What the…

Belum pun aku melepaskan lelah ke atas katil, aku terpaksa lagi merempit ke induk. Tahu tak kampus mana yang aku maksudkan ni? Kampus induk UTeM bro~ Kalau dekat aku tak heran sangat.

Aku mula start enjin motorku, “vroomm..vrooomm…!!” Motorku membelah jalan menuju ke kampus ter’cinta’.

“Ha Dhon.. sampai pun, tolong buat ni… tolong buat itu.. tolong gi sni.. tolong gi sana..tolong bla..bla…bla…”

“BAIK BOSS!” aku jawab dengan penuh senyuman dan tanggungjawab. Eh, seriuslah, (✿◠‿◠).

Sebenarnya dalam kita menjalankan amanah Allah dimuka bumi ini, memang pelbagai risiko kita akan alami. Perjuangan ni tak menjanjikan tidur yang lena, makan yang enak, sofa yang empuk, langit yang cerah dan mandi yang basah. Adakalanya kita terpaksa mengorbankan sesuatu.

Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. (At-Tawba: 41)

Sebagai timbal gantinya, Allah akan menjanjikan syurga untuk kita sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. (At-Tawba: 111)

Kalau kita ikhlas dalam memperjuangkan jalan ini, maka mengapa perlu kita berkira? Balik nanti check balik hati kita, betulkah kita seorang yang benar-benar ikhlas. Kita berjual beli dengan Allah bro~ bukan dengan manusia yang sukar menepati janji. Janji Allah itu pasti. Sesungguhnya Allah itu tidak memungkiri janji-Nya.

Semoga lepas ini aku lebih ikhlas dalam memperjuangkan agamaNya.

Hasbunaallah wani'mal wakil.

08

p/s: Eh, entri ni sebenarnya untuk aku. Akulah yang selama ni jenis berkira sikit duit minyak. lalala~….♫ ok, aku insaf dah.

Thursday, October 6, 2011

Tentang Kita

Masa itu berlalu bagaikan air yang mengalir di pergunungan

Ia tetap mengalir walau jalan itu berliku

Dilekuk dan jalan yang bersimpang siur

Tanpa ada sesiapa yang dapat menghalang pengairan itu

Sehingga sampai di laut nanti..

 

Dan apabila bicara soal kita,

Memang tiada akan penghujungnya

Selagi masa itu mengalir bagai air yang deras

Terus menguji keutuhan hubungan kita yang rapuh

dan hanya ajal sebagai noktah kisah kita..

 

Aku melihat engkau terkapai-kapai meminta ihsan

Berlari-lari mencari teman sejati

Tidakkah engkau sedar aku berada disisi

Setia menemanimu di kala sepi

Atau mungkin diriku sudah mempunyai pengganti.. 

 

Mungkin di suatu saat nanti

Engkau akan mengetahui kewujudanku ku selama ini

Yang setia memberimu sokongan sepenuh hati

dan walau hari itu bakal pasti

Mungkin engkau akan ku lupai..

 

 Maafkan aku teman

Tiadalah dayaku melainkan hanya insan hina

Sering kali akur kepada fitrah Ilahi

Apa yang ku damba ialah cinta yang hakiki

Yang menjadi penawar rindu buat hati ini..

 

 Akan ku palitkan engkau sentiasa dalam doaku

Agar bisa bertumbuh iman dan menguntum harum

Melahirkan akhlak dan peribadi solehah

Dan hanya ukhuwah itu

Terletak pada ingatan seseorang pada sahabatnya yang sejati

 

 

p/s: …. You may have someone in your mind…

someone in your heart…

someone in your dreams…

someone in your life…

but I am someone when you

have no one…

I am your friend…

And always be your friend… eternally..

Tuesday, October 4, 2011

Kisahku di KMTK 2

9 tahun lalu…

Sekolah Menengah Teknik Pendang dibuka untuk kemasukan batch pertama. Sekolah itu dibina diatas ladang kelapa sawit yang luas. Dibelakang terdapat sebuah tasik mati. Alkisah terjadinya satu peristiwa yang menggemparkan seluruh sekolah.

Sekolah itu masih didiami oleh makhluk halus dan jin. Sarang mereka telah dinodai oleh pembangunan di atas tanah Pendang itu. Pelajar-pelajar disana sering dihantui dengan pelbagai bayangan misteri yang cukup mengerikan.

Suatu malam, Siti Zubaidah hendak pergi ke tandas.

“Mimi, mimi.. bangunlah..mimi..jom temankan aku pergi tandas sat.. Tak tahan doh ni..please?” Kejut Siti Zubaidah pada rakan sebiliknya.

Dengan mata yang terpisat-pisat Mimi pun terkial-kial bangun sambil mengekori Siti Zubaidah.

Lama dia berada dalam tandas lalu Mimi pun bersuara, “Zu, lama lagi ke? Cepatlah sikit..”

………………………………………….

“Zu, da abis ke belom?”

………………………………………….

“Weh Zu, ko jangan main-main, aku serius ni, cepatlah sikit??!” Laung Mimi.

………………………………………….

Namun masih panggilan itu tak bersahut. Selang beberapa minit, pintu bilik tandas terbuka dengan sendiri.

“kuak….”

Pintu itu terkuak dengan perlahan-lahan. Langkah tidak berbunyi. Desir angin kian menderu laju.

Tiba-tiba,

Segarit lembaga muncul dicelah pintu itu dan terus menerjah ke arah Mimi. Mimi tersentak lantaran itu terus menjerit sekuat hati sehingga kedengaran di seluruh penghuni kediaman asrama putera dan puteri.

Present…

Aku terlantar dihospital akibat kejadian hari itu. Alhamdulillah, hari ni aku dibenarkan pulang. Ramai kawan-kawan aku menziarahiku, sebab aku kawan kesayangan merekakan. Ye ke? heh~

“Dhon, ko da okey ke, ape da jadi hari tu?” soal Khyril (bukan nama sebenar).

“Alhamdulillah, aku da okey.. Tapi aku betul-betul tak ingat apa da jadi hari tu.. ” aku mula mengerang sakit kepala dalam cuba mengimbas kejadian yang samar-samar pada hari kejadian.

Aku mula mengemas pakaianku di almari untuk pulang. Waktu tu cuti pertengahan semester selepas ujian UPS 1. Kebetulan aku mendapat tiket pada waktu malam.

8.00 p.m. “Aisyh.. lambatnye dierg ni, van da nak gerak da ni” gumamku.

“Weh Am.. Jom pegi panggil dierg jap.. da lambat da ni..” Aku mengajak Ammar (bukan nama sebenar) temankan aku sekali pergi panggil kawan-kawan yang lain untuk turun. Waktu tu hanya budak yang tinggal kat KL, Pahang dan Perak sahaja yang belum pulang. Dalam 12 orang.

Saat aku melangkah kaki memijak tangga, aku terpandang seseorang di hujung koridor.

“Ah, mungkin bayangan aku jer..” acuhku.

bersambung…

kisahku di kmtk II

Monday, October 3, 2011

hurmmmmm

Aku tak pasti mana hilangnya mutiara itu. Yang dulu menjadi peneman rindu di kala hujan turun. Aku tercari-cari mana perginya sinar mentari di pagi hari. Saat dunia hilang lagi bicara. Memutuskan untuk membisu.

Aku terjelepuk di pentas dunia. Tercari-cari dan menanti. Agar hilangnya berganti sang bidadari. Namun saat yang ku nanti, hanyalah wujud dalam mimpi. Mimpi yang tak pasti.

Aku mengorak langkah perlahan-lahan. Mengubah ritma dan alunan lagu hidupku. Agar ia sebaris dengan kata hati. Walau bunyinya tak semerdu dulu. Biarkan sahaja alunannya menjadi pendendang halwa telingaku.

Akan tibakah saat yang dinanti? Kenapa aku harus lagi menanti? Kendatipun, masa itu akan terus berlalu. Hanyut bersama kenangan kita. Dalam sungai kehidupan yang deras menguji kita.

Lumrah norma dunia, bertemu dan berpisah. Jauh dilubuk hati yang kelam, aku harap engkau akan hadir membawa cahaya. Walau hanya semilau lilin di atas ubun batu hitam. Agar ia menerangi lubuk hatiku yang sendu kebasahan.

frkeng

~ p/s: Your friendship is not written by chalk to erase or write again… It is written with the ink of love on the wall of my heart… thinking of you my friend..

Sunday, October 2, 2011

entah lerr…

Aku tak pernah sangka bahawa satu hari nanti aku akan jadi macam ni. Tak pernah pun terfikir dan terlintas. Kadang-kadang rasa hidup ni sangat susah nak jadi orang. Kenapa perlu kita ikut telunjuk orang lain. Sedangkan kita sendiri yang mencorakkan peribadi kita.

Mungkin selama ni aku sering berada dibawah. Belum pernah merasai tingginya langit. Orang kata hidup ini umpama roda. Masa memang banyak mengubah aku menjadi seseorang. Kalaulah dulu aku melihat diri aku yang sekarang, tentu aku akan bertanya, “Betul ke ni aku?”

Sekali lagi aku melangkah. Melangkah dan terus melangkah. Dibimbing oleh bisikan hati dan naluri. Kadang iman jadi panduan. Meski iman patut menjadi panduan tiap masa. Dan kadang-kadang hati aku tergertak nak melangkah. Niatku makin bercelaru. Dimain oleh bisikan syaitan.

Aku cuba melawan. Dan ini yang aku kagum. Syaitan tidak pernah berputus asa. Tapi kenapa cepat sangat aku berputus asa? alahai insan.. lemahnya aku.

Bila disaat tekanan yang hebat, mulalah aku ingat nak berdoa bersungguh-sungguh, terasa bagai seolah-olah aku melakukan kesalahan yang maha dahsyat. Merintih memohon simpati pada Tuhan yang Maha Pengampun. Aku sering sangat begitu. Hinanya aku nanti dihadapan Allah.

Setiap orang dengan kelebihannya masing-masing. Aku masih tercari-cari, apa kelebihan yang ada pada aku? Kalau nak kata ada orang lebih baik daripada aku tak boleh juga, sebab Allah dah jadikan semua orang itu baik-baik.

Kadang-kadang aku terfikir, kalau aku tahu nasib aku sebegini sebelum dilahirkan, kenapa aku nak turun ke dunia? Aku sedar, Allah sedang berbicara denganku. Jalan yang sabar  perlu aku lalui.

Ampunilah daku ya Allah. Tempat aku berserah seluruh jiwa dan raga.

jgn bersedih