Aku tak pernah sangka bahawa satu hari nanti aku akan jadi macam ni. Tak pernah pun terfikir dan terlintas. Kadang-kadang rasa hidup ni sangat susah nak jadi orang. Kenapa perlu kita ikut telunjuk orang lain. Sedangkan kita sendiri yang mencorakkan peribadi kita.
Mungkin selama ni aku sering berada dibawah. Belum pernah merasai tingginya langit. Orang kata hidup ini umpama roda. Masa memang banyak mengubah aku menjadi seseorang. Kalaulah dulu aku melihat diri aku yang sekarang, tentu aku akan bertanya, “Betul ke ni aku?”
Sekali lagi aku melangkah. Melangkah dan terus melangkah. Dibimbing oleh bisikan hati dan naluri. Kadang iman jadi panduan. Meski iman patut menjadi panduan tiap masa. Dan kadang-kadang hati aku tergertak nak melangkah. Niatku makin bercelaru. Dimain oleh bisikan syaitan.
Aku cuba melawan. Dan ini yang aku kagum. Syaitan tidak pernah berputus asa. Tapi kenapa cepat sangat aku berputus asa? alahai insan.. lemahnya aku.
Bila disaat tekanan yang hebat, mulalah aku ingat nak berdoa bersungguh-sungguh, terasa bagai seolah-olah aku melakukan kesalahan yang maha dahsyat. Merintih memohon simpati pada Tuhan yang Maha Pengampun. Aku sering sangat begitu. Hinanya aku nanti dihadapan Allah.
Setiap orang dengan kelebihannya masing-masing. Aku masih tercari-cari, apa kelebihan yang ada pada aku? Kalau nak kata ada orang lebih baik daripada aku tak boleh juga, sebab Allah dah jadikan semua orang itu baik-baik.
Kadang-kadang aku terfikir, kalau aku tahu nasib aku sebegini sebelum dilahirkan, kenapa aku nak turun ke dunia? Aku sedar, Allah sedang berbicara denganku. Jalan yang sabar perlu aku lalui.
Ampunilah daku ya Allah. Tempat aku berserah seluruh jiwa dan raga.
No comments:
Post a Comment