Alhamdulillah, baru sahaja selesai menjelajahi blog para sahabat dan di kesempatan ini nak mengambil jua masa nak meng’up’-to’date’ this blog. (kosa kata yang baru, mungkin boleh dibahaskan dalam dewan bahasa dan pustaka)
Bila tulisan ini menjadi cerminan peribadi, maka saya boleh katakan ramailah yang hipokrit. Ramai tulis benda yang baik-baik, berunsurkan nasihat, pedoman yang berguna dan sebagainya. Tapi hakikatnya tulisan hanyalah sekadar tulisan. Kamu semua hanya boleh melihat tulisan saya hanya di alam maya, but don’t ever judge the writing by its cover ! (ni pun boleh masukkan sekali dalam oxford dictionary)
Ada sahabat saya pernah mengatakan, “…alahai.. perangai dalam facebook bukannya menggambarkan peribadi kita sebenar pun..” Betul, saya akui. Bila kita berada di luar, saya jarang sekali berkomunikasi dan menjadi terlampau statik. Just follow the flow of life.
Tapi bila menerokai world beyond the boundary ni, (alam tanpa sempadan) kita bebas berbuat apa sahaja. Segala perbuatan kita tanpa hadnya dan terkadang terbabas ke tempat yang tidak sepatutnya. Kita boleh sahaja menjadi liar dan dalam sekelip mata sahaja, boleh pula bertukar menjadi ‘alim.
Tidak dinafikan lagi, medium world wide web (http://www…) ni cepat benar berkembang dan menjadi salah satu urat saraf dalam diri yang dapat menyakitkan dan melumpuhkan tubuh kita. Ia boleh saja jadi medium penyebaran fitnah dan boleh bertukar kepada medium penyampaian dakwah.
Dalam skop penyampaian dakwah, persoalannya sejauh mana keberkesanan dakwah melalui alam maya ini. Berapa ramai sangatlah yang nak baca tentang kisah-kisah, kitab-kitab ulul fiqh dan sebagainya. Do they have time for this ?
Jadi disini memerlukan sangat-sangat kreativiti para daie sekalian. Ada yang berjuang melalui tulisan, lukisan, dan tidak kurang video-video yang di upload merata tempat. Ada yang lagi baik sering sahaja menyebarkan kata-kata nasihat yang berguna, hadis dan dalil-dalil dari sumber nas yang sahih yakni Al Quran dan As Sunnah.
Cuma apa yang saya nak sampaikan disini, mesej yang saya cuba nak tonjolkan pada kali ini adalah berkenan tentang diri saya. Bukanlah saya seorang ustaz mahupun ‘alim (orang yang berilmu) … Segala apa yang tertulis, 79.9% kebanyakannya berlandaskan nafsu dan selebihnya ilmu yang belum terhadam. Maka saya nak buat sedikit pencerahan disini. Agar tersingkap tabir disebalik The KaKaROCT ini, bahawa penulisnya tidak kurang tidak bukan, hanya seorang insan biasa. Miliki naluri yang sama.
Dan bila aku post pasal baitul muslim, “It doesnt mean that I want to marry yet !” .
Tu je nak bagi tahu.
yang benar dan sebenar-benarnya,
Setuju dgn sahabat ana ni. Bila sebut skit pasal baitul muslim. orang duk label kita nk kawen.
ReplyDeleteKetahui ilmu ttg baitul muslim itu luas. merangkumi pelbagai aspek kehidupan yang perlu didedahkan, yang perlu dipelajari, perlu dicari bermulanya kita sedar pentingnya baitul muslim,bukannya nk berbaitulmuslim baru nk terhegeh2 mencari ilmu.
Terigt kata seorang ustzah, "dengan kursus kawen tu belum dapat cover apa2 langsung ttg perkahwinan"
Sekian dari org yang tak kawin lagi. Wakakkaka...
itulah mentaliti masyarakat kita sekarang, cepat sgt nk melabelkan itu ini. betul tu enta. ana setuju, jesteru perkara ini perlu lebih lagi dipelajari dengan lebih mendalam, agar ke faqihan kita lebih mntap...
ReplyDeleteana pn tk kawen lagi, segan ana dengan enta . hehehe