Sunday, May 27, 2012

Cinta yang sejati

Adakah anda tahu seseorang telah cintakan anda sejak dahulu lagi? ♥

Ya!

1400 tahun yang lalu...

Anda tidak ada pun disana…

Anda belum pun dilahirkan lagi…

tetapi Seseorang itu telah menangis untuk anda pada kebanyakkan malamnya...

meminta keampunan dari Allah SWT untuk ANDA…

Beliau sama sekali tidak pernah tenteram memikirkan tentang ANDA…

mahu anda selamat dari apa-apa yang buruk!

Sanggup berlapar demi ANDA...

Sanggup menanggung separuh daripada azab sakaratul maut untuk ANDA...

Tersangat mencintai anda sehingga air mata membasahi janggutnya...

Sentiasa resah memikirkan nasib ANDA di akhirat sana..

Beliau tidak mahu apa-apa melainkan syurga untuk ANDA…

Sehingga di akhirnya hayatnya, hanya ANDA yang meniti di bibirnya...

itulah bukti cinta yang sejati...



Allah Yang Maha Tinggi menyatakan:

seseungguhnya telah datang kepadamu Seorang Rasul dari kaummu sendiri, Berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan Keselamatan) bagimu, amat belas Kasihan lagi Penyayang terhadap orang-orang mukmin. Jika mereka berpaling (dari keimanan) maka Katakanlah; "cukuplah Allah bagiku, tidak ada TUHAN Selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal dan Dia adalah TUHAN yang memiliki 'Arasy yang agung'. (surah At Taubah 128-129).



Dialah Nabi Kita, Muhammad Saw. Mampukah kita mencintainya sebegitu sekali ?

Sayangnya nabi pada umatnya.



2 comments: