Alin: Abang, kenapa alin tengok perempuan lain boleh je buka tudung dan pakai seluar jean ?
Abang: Alin.. Alin jangan ikut orang, Alin kena ikut al-Quran. Cuba baca ni.
Seraya tunjuk kepada Alin, surah Al Ahzab - 59;
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.[Al-Ahzaab: 59]
Abang: Alin faham tak apa yang Allah suruh ?
Alin: Faham..alin memang nak pakai baju labuh-labuh. Tapi masa alin nak pilih baju tu, semua sempit. Ibu pula nak cepat. Sebab tu ibu suruh ambil ape-ape je.
Suaranya lemah mendengarkan ayat Tuhan.
Abang: Ya, nanti kalau nak pilih beli baju, bawa abang tau. Nanti biar abang yang belanja. Lagipun belum raya lagikan.
Alin: Abang, kenapa perempuan kena pakai tudung, tapi lelaki tak wajib pakai songkok ?
Abang: Haha, alin..alin.. Sebab aurat lelaki dan perempuan tak sama. Perempuan wajib pakai tudung sebab aurat dia kat mana ?
Alin: Kat muka dan badan.
Abang: Bukan, salah tu. Aurat perempuan kat seluruh anggota badan melainkan muka dan pergelangan tangan. Aurat lelaki dari pusat hingga ke lutut. Faham?
Alin mengangguk perlahan.
Abang: Lepas ni bole tak, kalau abang takde alin jaga aurat alin dengan baik ? Janji dengan abang.
Alin: Ya, alin janji. Alin nak jadi perempuan muslimah.
Abang: Dan solehah.
.
Senyumannya terukir kecil di wajah. Azan isyak berkumandang merdu. Malam melabuh tirai kelam. Si Abang mula menggesa si Alin mengambil air wuduk. Menunaikan kefardhuan.
─ Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
p/s: Indahnya hidup bila beragama. Seindah pohon sakura di musim bunga.
No comments:
Post a Comment