Friday, April 19, 2013

Bicara siasah

      Aku: Weh, nanti kau nak undi siapa?
     Kau: Undi adalah rahsia..

.

Ya, memang undi adalah rahsia. Tapi bila kita undi seseorang tu, pasti kita nakkan calon yang kita undi tu menang. Jika kita merahsiakan calon pilihan kita, bagaimana kita nak mempengaruhi seseorang tu undi calon pilihan kita bukan ?

Mungkin.

Mungkin, ianya akan menjadi rahsia jika kita nak melindungi kepentingan peribadi, misalnya, di dalam temuduga di sektor awam; Jika disoal pertanyaan tersebut, jangan jadi lurus sehingga terpaksa beritahu perkara yang sebenar. Haha.

Mungkin.

Kita hendaklah bijak berhelah bila berdepan dengan situasi tertentu. Yang mendesak kita berselindung dengan helah agar tidak terhidu oleh pihak tertentu yang berat kepada ‘opposition party’, (parti yang berlawanan dengan kita). Kerana takut dikhuatiri akan mengancam kita dari segi kerjaya, etc.

Sesetengah orang juga mempunyai berlainan pendapat tentang pilihan parti politik masing-masing. Itu memang tak dapat dinafikan. Hatta demikian, ia bukanlah syarat untuk menghalalkan segala carut-marut demi untuk meruntuhkan seseorang individu yang menjadi tentangan kepada mereka.

Be a professional. Don’t act like child who just a discovered a new world. Ha, jangan sampai aku ‘speaking’. Lain bunyinya nanti. Haha.

Tunjukkan rasa hormat kita.

Nescaya orang lain akan tunduk hormat pada pilihan kita.
.



p/s: Kalau ada orang tanya aku undi siapa, aku akan jawab,..

    “Saya undi calon muslim yang berwibawa yang mengambil Islam sebagai wadah perjuangan..~ ”

.

Haha, ya. Yang ini adalah helah. :p

No comments:

Post a Comment