Friday, April 5, 2013

Cinta pertama

“Najwa kirim salam.. Dia kata dia suka kat kau..” usik Haziq dalam nada seriusnya.

“Aah Dhon.. betullah.. dia kirim salam kat dalam kelas tadi.. Aku sendiri dengar..” tambah Adnan.

“Ah jangan nak mengarutlah. Macam mana dia boleh kenal aku?”

“Ala.. nama kau kan famous.. siapa tak kenal kau kat sekolah ni?” tambah Haziq.

“Bole percaya ke ni.. Tapi tak mungkinlah, erm. kirim salam balik” buat-buat tak acuh.

“Ok, nanti aku sampaikan.. wah, untunglah Dhon dah ada peminat.. Najwa tu comel kot.. Dia chubby sikit..” sambung Adnan.

“Korang ni.. bukan main lagi.. Ish !”

Siren dewan makan mula berbunyi. Kami mula beratur untuk mendapatkan makanan.

...

Begitulah suasana sewaktu aku memasuki asrama buat kali pertama. Dewan makan, dorm, dan segalanya betul-betul menggamit memori suka dan duka. Kami bertiga merupakan sekawan yang baik.

Namun di dalam sekolah tersebut, nama aku sering disebut. Bukan kerana pencapaian akademik yang cemerlang, tapi kerana nama aku yang unik. Haha. Persetankan.


“Perhatian kepada semua PRS, petang ini akan diadakan perjumpaan pada pukul 4.30 petang di perpustakaan, semua dikehendaki hadir.” pengumuman dari corong pembesar suara kedengaran.

Cikgu Khaireni selaku penasihat PRS juga merangkap guru kaunselor sekolah memberikan sedikit ucapan alu-aluan. Alhamdulillah, nama aku telah terpilih sebagai PRS sekolah. Macam tak percaya tapi itulah hakikatnya.

Di sekolah, PRS selalu digelar sebagai Perosak Rakan Sebaya. Ini kerana sikap segelintir senior yang tidak berakhlak seperti yang sepatutnya.

“Jadi kalau boleh cikgu nak, yang baru dilantik ni tunjukkan akhlak yang baik pada pelajar-pelajar lain. Kamu adalah cermin kepada pelajar-pelajar disekeliling kamu. Dan yang paling penting jaga akademik kamu. Jangan sesekali malas buat kerja rumah. Kalau cikgu dengar ada complaint dari cikgu lain, siaplah kamu ! faham ?”

Aku mengangguk perlahan.

“Baiklah sekarang ini kita akan mulakan sesi taaruf sesama ahli kita. Kita mulakan dengan senior dari hujung belakang tu..” seraya tunjuk ke arah kanan.

Satu persatu senior memperkenalkan nama sehingga tibalah giliran junior yang baru dilantik ini taaruf diri masing-masing.

“Assalamualaikum wbt.. hai, nama saya Najwa Latif, eh silap Nur Najwa Awatif Binti Mahad, asal dari Setia Alam, Selangor, kelas 4 Perdagangan.. Salam perkenalan..”

Aku tersentap senafas. “Najwa ? Budak yang tu ke ? Macam mane pulak dia boleh jadi PRS nih…”

Tibalah giliran aku, tidak semena-mena aku berasa nervous. Urat saraf aku seolah-olah jem tetiba. Hairan.

“Assalamualaikum.. nama diberi Tengku Dhon Isfahan Bin Tengku Zahan, asal Damansara Utama, KL, kelas 4 Mekanikal 2.. wallahu’alam..” ringkas tanpa mendongak sedikit pun. Malu.

“Baiklah errr.., ni nak panggil apa ni nama ?” tanya cikgu Khaireni.

“er.. kawan-kawan panggil Dhon je” aku tersengih.

...

Begitulah pertemuan singkat kali pertama aku melihatnya. Entah, aku tidak pasti bagaimana pertemuan itu boleh terjadi, tapi takdir Allah telah membuatkan segala-galanya seperti tiada apa yang mustahil.


“Weh Dhon, engkau datang tak meeting petang ni?” tanya Haziq yang juga PRS yang baru dilantik pada bulan April lalu.

Ya, empat bulan sudah aku melalui hariku sebagai PRS. Bebanan kerja pun semakin bertambah. Tugas PRS yang menjadi rutin di sekolah adalah membaca doa semasa dalam perhimpunan. Dan aku ditugaskan baca doa pada hari rabu dalam bahasa Inggeris. Heh~

“Ada ke? aku tak dengar pun”

“Eh eh, adalah.. kau nak ponteng pulak.. Tadi kiteorang da meeting nak masukkan korang dalam exco ape.. so bersiap sedialah.. aku dah masukkan kau exco sekali dengan ‘dia’.” Razak, merupakan salah seorang senior PRS menyampuk perbualan aku dengan Haziq.

“Wah bang.. cayalah.. Haha, tahniah Dhon.. senanglah sikit kau nak dapat dia” tambah Haziq.

“Jangan risau Dhon.. abang da settlekan semua, so kau pandai-pandailah eh.. haha” galak si Razak.

-_-

“Kesitu pulak, ha ye la. Petang nanti aku datang. Jom solat zohor dulu” 

Malas nak layan, lalu aku mengambil jalan tengah. Sejak dari awal persekolahan, bila bergosip, maka mereka memang adalah juara.


Pada petang itu, kami telah bermesyuarat berkenaan gerak kerja yang perlu kami lakukan. Aku telah dipilih sebagai ketua Exco Akademik dan Kebajikan (Luka). Dan dia, erm. Jadi timbalan.

“Bismillahirrahmannirrahim, erm.. Assalamualaikum”

“Waalaikumussalam” sahut Najwa.

“Kita nak buat ape ni ?”

“Rasanya.. kita kena bincang macam mana nak jaga akademik kawan-kawan kita.”

“Oh.. Baiklah, ada cadangan tak?”

Dia mengangkat kedua belah bahu. “Erm, entahlah..”

Aku pandang keliling. Semua sedang sibuk berbincang dengan timbalan exco masing-masing.

Aku pandang dia, dan dia pandang aku. Dua-dua jem. Memang betul cakap Adnan, comel jugak dia nih.

“Arghh..!!” jerit ku dalam hati.

“Macam ni la, saya ada satu cadangan.. apa kata kita lantik seorang PIC bagi setiap subjek, sesiapa je la dalam PRS ni dan buat satu study group minta dieorang ajarkan pada kita, macam mane ?” cadangku.

“Wah, cadangan yang baik.. Kite setuju !” Dia membahasakan dirinya kita, alahai..

“Ok, kalau macam tu, nanti Najwa bentang bole tak ?” bab-bab ni memang aku suruh orang, malas nak cakap. Haha.

“Ha, kenape kite pulak, Dhon la yang bentang, cadangan Dhon kan..”

-_-

“Ha ye la.. erm..”

...

Alhamdulillah cadangan aku diterima baik oleh tuan presiden, Hisyam. So lepas ni aku kena rajin la gerak kerja dengan dia.


Suratan atau kebetulan ?

Di satu negeri, Negeri yang ada sembilan daerah. Namanya negeri sembilan, mungkin sebab ada sembilan daerah, maka namanya Negeri Sembilan. Entah, haha.

Di dalam negeri tersebut terdapat satu sekolah di dalam sebuah daerah yang agak dalam dan jauh dari kota, sekolah tersebut mengadakan sebuah program yang dinamakan Berlian.

“Baiklah, cikgu telah tampal senarai nama yang terpilih untuk ikuti program Berlian dekat papan pengumuman. Nanti kamu semua boleh tengok di sana.” umum cikgu Sanisah.

“Weh, Dhon ! nama kau terpilih la.. sekali dengan dia.. da memang jodoh kaulah Dhon.. haha” sapa Haziq.

“Wah Dhon.. hebatlah korang.. sepuluh orang je yang terpilih dalam sekolah ni. memang untuk budak-budak yang pandai” sambung Adnan yang mencelah dari belakang.

Aku teliti senarai nama satu persatu. Erm. “Aah lah, kenapa nama aku dan dia asyik ada je ni..?” soal hati.

“Ah kebetulan je tu. Da la, jom masuk kelas. Nanti cikgu Sanisah mengamuk pulak masuk lambat” ajakku.

...

Di pertengahan jalanan, tetiba aku nampak kelibat dia dari hadapan.

“Weh, korang naik atas dulu eh, aku nak gi tandas ni, tak tahan” dalih ku.

“Pulak dah. Ok, kiteorang naik dulu” balas Haziq.

“Weh, Haziq. Kau nampak ape yang aku nampak ? Najwa lah kat depan tu..  patutlah Dhon lari.. Haha, jom kacau die” Adnan sudah mula menghidu tindak tandukku.

“Ceh, patutlah. Haha, jom-jom.. Kau start dulu.. kate dhon kirim salam” cadang Haziq.

!!


.

Hujung tahun 2007.

Seusai hari raya ke-tiga, aku terima satu mesej.

“Jom pergi PN” sender Azri.

“ok” balasku.

.

.

.

Sesampai je di Perpusatakaan Negara, kami mengambil tempat di tingkat 3. Kelihatannya ramai orang dari pelbagai lapisan umur sedang tekun membaca. Adapun golongan tua terdiri daripada bangsa Cina. Melayu ? Ya, mungkin mereka lebih gemar membaca e-book di rumah berbanding buku. zaman ni facebook belum popular.

“Kau nak study ape hari ni ?” tanyaku sebaik sahaja mengambil tempat duduk.

“Study add-math la, kau bawa buku ape ?”

“Aku bawa buku add-math dan kimia. Aku pun nak study add-math.. Payah subjek nih. ”

“Dhon.. sebenarnya aku nak tanya sesuatu nih. Tapi kau kena janji jangan marah ?”

“Tanya ape ? Kau tak tanye lagi macam mane aku nak marah..”

“Tengok.. Tak tanya lagi dah marah.. Kalau aku tanye kau jangan marah la, eh ?”

“Macam penting je..”

“Memang penting pun. Sebenarnya..”

“mmm… Kau dah mula suka dengan Najwa tu kan ?”


Cuti hari raya telah berakhir. Peperiksaan hujung tahun makin menghampiri dan para pelajar sudah mula kembali ke asrama untuk memulakan persekolahan keesokan harinya.

Pertemuan aku pada hari tu dengan Azri cukup memberikan kesan yang mendalam buat diriku. Sekaligus mematahkan harapan yang mula terbit sinar.

“Cinta pertama ? mengarut..” Gumamku keseorangan. Hanya berbisik pada angin dan sedikit keluhan terluah di bibir.

“Sudahlah Dhon.. Tak perlulah nak bohong diri kau lagi.. Apa yang dah jadi tu terimalah. Mungkin Allah telah pilih seseorang yang lebih baik dari dia untuk kau” hatiku membujuk-bujuk perlahan agar air mata tiada lagi tertumpah.

Langit pada malam ini berbalam-balam. Unggas berterbangan menyahut-yahut seruan si cengkerik. Menghiburkan malam ku yang kian sepi tanpa cahaya bulan.

Aku menutup buku diari, dan segera ke katil melepaskan segala duka dan resah di atas bantal. Tangis masih lagi setia berteman.

“Mungkin Tuhan masih lagi menyayangimu..” hanya berbisik, tapi Tuhan maha tahu.

.


“Azri.. aku dah buat keputusan.. Tentang apa yang kau cakap haritu. Kalau dah memang jodoh kau dengan dia.. aku kawan baik kau, sejak dari kecil lagi… Biarlah aku mengalah.. Jagalah dia dengan baik” Amri merenung muka aku dalam-dalam.

“Dhon.. Aku betul-betul rasa serba salah.. Aku…”

“Takpe, aku faham.. Tak perlulah nak terangkan.. Kalau orang dah tak suka nak buat macam manakan?” Aku cuba memaniskan roman wajahku. Tapi sirna kesedihan tidak dapat berselindung di balik suaraku yang serak kebasahan.

“Jangan risau.. nanti aku tolong carikan perempuan yang lagi baik dari dia..”

“Tak perlu lah.. Aku bukan jenis macam tu.. Ok lah.. Kita jumpa lagi..” hayunan langkahku terasa amat berat. Pergi berlalu meninggalkan satu-satunya sahabat yang amat aku sayang tika dahulu.

.

.

.

“Antara cinta dan persahabatan.. hmmph..~” Aku melontarkan pandanganku ke arah matahari senja. Ia kian berlabuh menenggelamkan cahaya merah.

Udaranya aku tarik sedalam-dalam mungkin. Agar hidayahNya mampu ku raih dengan mengenal erti rasa syukur diberi peluang hidup. Dan tika itu, aku hanya mampu mengeja hujan.

Hujan-hujan yang hadir dalam hidupku: ─ berat. 


p/s: Cinta pertama ? Mengarut. Yang pasti sebenar hakiki adalah cinta Allah. Cinta pertama dan terakhir. Kisah di atas tiada kena mengena antara hidup mahupun yang mati dan ianya adalah rekaan semata-mata.

Karya kali ini adalah merupakan karya ketiga penulis setelah karya Aku |Aisyah | Cinta dan Farah Hana

6 comments:

  1. cite akhir tu sedih la pulak.. tak pe dhon.. insyaAllah dhon..perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik..

    ReplyDelete
  2. ya, tapi ini hanya rekaan semata-mata.. zzzz

    ReplyDelete
  3. ye ke?? la.. ingtkan betul2.. ke.. mmg betul2 ni..

    ReplyDelete
  4. dhon,mabruk! best kot,nanti bolehlah buat novel:)

    ReplyDelete
  5. Zuwie: Mane ade betul.. ana tak pernah bercinta la.. hahaha

    Syahid: Taknak cite ke masalah tu? huhu..

    ReplyDelete
  6. oh. .. ye ke.. bgusnya.. ada bakat boley jadi novelis ni.. teruskan usaha anda..

    ReplyDelete