Saturday, December 29, 2012

Kerana aku seorang si penggembala

Al-Imam Malik menukilkan sebuah hadis dalam kitabnya al-Muwatta`; Rasulullah bersabda

Bukanlah daripada kalangan nabi melainkan dia itu seorang gembala kambing”. Lalu beliau ditanya “Dan Tuan juga wahai Rasulullah?” Jawabnya “Dan saya juga”.

Begitu juga Abu Hurairah r.a menukilkan sebuah hadis Rasulullah yang menyentuh tentang kambing:

Allah tidak mengutus seorang nabi kecuali dia itu seorang gembala kambing”. Maka para sahabatnya bertanya “Adakah Tuan juga?” Jawab beliau “Ya, aku pernah menggembala kambing dan bertanggungjawab ke atas  beberapa bahagian penduduk Mekah”. [Sahih Bukhari]

Begitulah pekerjaan para anbiya. Menggembala kambing. Antara sunnah yang kita sering lupa, namun hikmahnya cukup besar.

Itu adalah salah satu sunnah dalam kehidupan  sekalian para ‘Anbiya seperti Nabi Syuib, Nabi Musa dan Nabi Muhammad.

Dalam kitab Qasas al-Anbiya, Ibn Katsir menyatakan anak nabi Adam, Habil merupakan penternak kambing yang pertama di muka dunia. Ternyata haiwan ternakan itu adalah milik bapanya, Nabi Adam a.s.

..

Impian dan anganku bukanlah kosong.

Satu hari nanti, pasti aku akan menjadi seorang si penggembala kambing di sebuah pergunungan Alps. Sambil di temani langit dan matahary. Dan akan ku kongsi cerita bersama awan. –_–


p/s: Let’s spread Islam ! ~

6 comments:

  1. jangan lupa awan dan angin menjadi saksi.

    walaupun sepotong ayat ia tetap menyentuh.

    moga cita2 mu menjadi pengembala kambing termakbul. :)

    ReplyDelete
  2. Awan akan terus bercerita..

    dan pokok akan terus bergoyang..

    mendengar kalam seorang daie..

    InsyaAllah.. :')

    ReplyDelete