Dalam perjalanan ke surau;
A: Aku pelik la, sem ni aku rasa aku dah belajar sungguh-sungguh, tapi carrymark rendah. Si Fadli tu aku tengok takde pun belajar sangat.
B: Tak berkat..
Mudah je jawapan sahabat aku yang seorang ni, “Tak berkat..”.
Terngiang di dalam telinga. Dalam echo yang maha rendah, “tak berkat…”.
“Tak berkat..”.
“Tak berkat..”.
Tersentap dalam hati. Selama ni yang aku belajar, belum cukup ikhlas kerana Allah. Mana taknya, ibadah tunggang langgang. Kalau nak dikira solat subuh berjemaah, EHEM ! la jawabnya.
Menuntut ilmu adalah salah satu perjuangan yang perih. Ilmu tidak akan hadir pada hati yang mempunyai sifat malas. Namun begitulah umat dewasa kini. Malas, adalah racun berbisa. Duri dalam daging.
.
Ujian yang Allah beri takkan pernah surut. Makin tinggi iman seseorang, makin hebat ujian yang menimpanya. Sesaat bila kita terleka, terus akan menjerumus ke lembah dosa. Maka berhati-hati wahai teman.
.
p/s: Ya Allah, dalam kurniaan masa yang bersisa, aku pohon segala keampunanMu seluas langit. Berikanlahku kekuatan dalam menghadapi segala mehnah di saat akhir. Dan ajarkanlah erti keikhlasan dalam setiap perbuatanku. Kerna aku tahu, hanyalah padaMu lah satu-satunya tempat aku mengadu.
Nelangsanya. ─ sedih.
No comments:
Post a Comment