Friday, August 30, 2013

Semi-hiatus..

Demikian, buat sekian jutaan kalinya.

 

Kali ini, sesuatu dengan izin Allah

Entry yang terakhir buat tahun ini.

 

 

“Sometimes, we have to lose something good,
to get something better”

 

 

Di dalam kehidupan, penuh suratan dan kebetulan. Sesuatu yang tak disangka, seringkali mendatangi kita. Dalam ketidakbersediaan kita menghadapi ujian tersebut, kita terpaksa bersabar.

Setiap hamba ujiannya berbeza. Allah, Tuhan semesta alam, telah memilih jalan ini buatku. Sedang, aku punya rencana lain. Namun, perkara apakah yang lebih baik selain apa yang telah di atur olehNya ?


Kadangkala, maqam syukur lebih tinggi darjatnya dari maqam sabar.

Syukur dan sabar adalah sepasang sayap iman. Keduanya harus saling memerlukan untuk terbang.

Dalam dunia ni, semua orang mampu bersabar terhadap ujian yang menimpa dirinya, namun berapa ramai yang mampu bersyukur.

Aku hitung setiap ujian yang aku terima. Dan aku hanya mampu bersabar, namun jarang sekali aku bersyukur dengan apa yang ada. Hinggalah tatkala encik ayah berkata,

 

 

“Sekurang-kurangnya, engkau masih mempunyai peluang..”

 

 

Aku termenung mendengarkan kata-katanya, yang cukup perlahan menyentuh.

Sehebat ujian yang Allah berikan, aku masih mempunyai peluang untuk bangkit semula. Itu, antara salah satu nikmat yang Allah berikan. Tatkala aku merasa sudah gagal dan hampir, hampir.. Putus asa.

.


InsyaAllah, dengan izin Allah.. Aku akan kembali, mengutip cinta-cinta Allah melalui tulisan. Dengannya tulisan, moga di hati akan terlihat indahnya cinta tuhan terhadap hambaNya.

 

Silakan.

Kutip, dan sebarkan segala ilmu yang ada disini, mahupun dimana. Teruskan. Janganlah berhenti menulis, dan sebar ayat-ayat cintamu terhadap tuhan. Allah mendengarkanmu.

 

Biidznillah

 


Buat sahabatku,

Minta maaf dan ampun segala salah silap sepanjang kita bersahabat. Semoga terus thabat dalam perjuangan.

Halalkan segala makan minum yang tak berbayar, yuran yang bertangguh, budi yang baik, gerak kerja yang tak terlaksana, dan jasa yang tak terbalas.

InsyaAllah, andai matahari belum terbit sebelah barat, andai nyawa ini masih,

^__^

Kita jumpa lagi.

 


 

Jangan tanya kemana aku hilang.
Jangan tanya kemana aku pergi.
Jangan tanya kenapa aku sepi..

Jangan tanya, apa-apa..

Kerna itu lebih baik buatku.

Bahkan disaat ini, aku hanya perlu kalian memahami keadaanku, bahawa aku tidak minta kalian berbuat demikian.

Syukran ala kulli hal.

mohon pengertian yang penuh dalam.

 

 

tolong lupakan aku.

sebarang komen tidak akan dibalas, harap maklum.

 


 

Hiatus, bermula.

We have plan, but Allah is the best planner.

Thursday, August 29, 2013

Rindu, berjalanlah..

Masa yang ada tinggal bersisa

 

Masa untuk meninggalkan serpih-serpih ingatan

Untuk mengingatkan kalian

Walau mata tak bertemu sua

Rindu tak ditatap

Biar tulisan ini jadi pengganti diri

 

Sungguh,

Berat yang aku rasakan

Hanya mengenangkan sepeninggalan nanti

Bagaimanakah,

dan harus bagaimana lagi ?

Untukku pergi,

tanpa kalian ketahui.

Bukan dengan meminta

kalian akan mengerti.

Pasti memerlukan penjelasan,

yang harus diberi.

Dan sungguh,

penjelasan itu tidak dapat ku beri.

 

Maka mengertilah, wahai

Bahawa aku hanya mahu pergi !

Dan benarkan aku berlari pergi

Sekuat hati

Sehingga aku penat dan lelah

Terlalu lelah dan rebah

Dan bisikkan semangat buatku

Tentang matahari esok

yang pasti akan menyinar dengan gemilang

seizin-izinNya.

 

Suatu nanti, aku kembali

Pandanglah daku semula,

saudaramu, sahabatmu

Jangan kalian mencaci, memaki

Diherdik jangan, disoal tak usah

Benarkanku,

Berlari,

Kembali mengejar mimpi dan impi

Tentang perjalanan hari esok yang tertangguh

Tiuplah azam, membaralah..

 

Aku pasti rindukan kalian. Saat mata bertatap sehingga mata terpejam. Terasakan didalam setiap langkahku mengenangkan hari-hari bahagia bersama. Membina ikatan yang terjalin kemas didada.

 

Terbit soalan kemudian nanti, andai lembaran ini disingkap, kemana ku berlari. Untuk itu, aku tidak mempunyai jawapan. Kerna bagiku, segala yang berlaku masih dalam rahsia Allah. Aku, hanyalah hamba yang sedang mencungkil hikmah dibaliknya.

 

Sayunya, bukan ?

Perpisahan dalam diam. Namun, aku buntu. Telah ku beri segala yang terbaik, agar momen momen indah lewat bersama, dapat diingati.

 

Andai sahaja detik akhir kita bersama, kalian dapat merasa, betapa tenung ku ke dalam matamu cukup dalam. Untuk membuatkan berkas dihatiku, sebagai pengubat rindu dikemudian hari.

Sungguh hari-hari itu benar-benar ku hargai.

Semoga kita dipanjangkan umur didalam keredhaan dan rahmat Allah, selalu.

 


P/s: Dulunya ku biarkan rindu terhenti. Namun, rindu sering tidak dapat dipisahkan dari manusia. Manusia itu perlukan rindu. Kerna, ia adalah bunga-bunga dari cinta. Dan cinta yang murni, datangnya dari hati yang suci kerna ilahi.

Rindu, kembalilah berjalan.

 

Monday, August 26, 2013

Mesirku II..

Mehnah menyerbumu wahai syuhada.

 

Darahmu

membasahi Mesir.

Demi harga sebuah demokrasi.

yang mereka laungkan

di Dataran Rabaa Al-Adawiyah,

namamu terukir di langit.

Hamba pilihan Allah.

 

Sang penguasa yang angkuh

Sebetulnya tidak dapat menguraikan

Semangatmu..

Walau mereka membaling peluru

menikam jatuh

membadai canister..

sampailah mereka buntu.

Harus bagaimana memecahmu.

 

Darahmu,

Dibuminya Yusuf dan Musa

Hamba pilihan Allah.

 

“Jika penjara ini membuatku lebih mendekatiMu, maka aku lebih rela dipenjara daripada hidup diluar sana”

 

Allah akan membayar setiap jiwa dan darah yang dikorban keranaNya. Maka beruntunglah dikau wahai syuhada. Engkau sedang berjual beli pada yang Esa.

 

Hanya,

Hanyasaya, aku kuat untuk menyusulmu. Sungguh dunia ini, terlampau kelam. Ingin lari dari dogma. Hidup di luar norma.

 

Masih kosong.

Barakallah..

Teruntuk buatmu, sahabat

 

Tentang sebuah cinta yang tak terucap

mengalir sebening aliran ilahi

cintamu menumbuh, memekarkan taman-taman dihati

mengukir cinta di belahan jiwa

 

Apakah maknanya cinta ?

 

Cintamu,

ku yakin suci.

Kau alirkan dengan sebuah ‘janji yang kukuh’

Kau simpulkan dengan lafaz sakinah

Bakal kau kucup kening dia

Bakal kau sentuh tangannya

Biar mengalir semi-semi cinta dalam jiwa.

Pegangilah erat tangannya..

Biar tersimpul mati.

 

Tentang sebuah pelayaran yang jauh,

yang menduga hidupmu..

Di sebuah jalanan yang panjang..

Duri dan onak

Bakal kau lalui..

 

Tentang sebuah kehidupan itu..

Hadapilah bersama.

Di atas dua buah jiwa yang tenang..

 

.

 

Maka sempurnalah sebahagian imanmu
doakan ku menyusul pula..

 

Gambar ihsan facebook.


P/s: Siapalah aku nak membicarakan soal cinta. Sungguh rasa berdosa yang terlalu bila berbicara soal yang kita sendiri tak pernah alami. Namun, wahai.. Aku hanya bicara melalui pengamatanku, melalui pembacaanku. Maka dengarkanlah, walau hanya sebaris cuma.

Cinta menuntut pengorbanan.

Cinta menuntut waktumu, hidupmu, tidurmu, perhatianmu dan segala. Cinta kekadang terasa amat indah, dan boleh jadi derita buatmu. Cintailah dia seadanya. Janganlah terlampau mencintai melebihi cintamu terhadap tuhan. Dengarkan,

 

..dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. [Al Baqarah, 216]


Dan rahsia sebuah hubungan berkekalan, harus saling memahami. Selamat melayari bahtera ! hahaha. 

 

 

.


For the elapsed time, may Allah bless you a prosperities and happiness along the journey of your life-time.

 


“Me ?”,

 

When comes the right time, I’ll be sending to you my invitation. For the time being, let’s me contributing to my dear parents. It’s the least that I can do, as they growing old. Till then, have a barakah in your life.

dearly friends,

 

 

 


 

 

 

 

 

 

 

 

aku pergi dahulu-

Wednesday, August 21, 2013

Ikhlas..

Jadilah seikhlas Salman al-Farisi

 

Salman ingin meminang seorang perempuan di Madinah.

Tapi kerana dia berasal dari Parsi dan tak berapa tahu adat Madinah, dia meminta sahabatnya Abu Darda sebagai wakil, lalu pergilah mereka ke rumah wanita itu dengan segala persiapan.

Ketika di rumah wanita itu, Abu Darda pun memperkenalkan Salman al-Farisi. Ketua rumah itu berbesar hati menerima kunjungan sahabat Nabi SAW yang sama-sama berjihad itu.

Lalu Abu Darda pun menyatakan hajat Salman al-Farisi untuk meminang anak perempuan kepada tuan punya rumah.

Setelah tuan rumah itu berbincang dengan anaknya, si ibu memulakan bicara, mewakili anak perempuan itu.

Kata si ibu, “Maaf atas keterus-terangan ini. Tetapi maaf, kami menolak pinangan Salman al-Farisi. Namun jika pinangan itu datang daripada Abu Darda, mungkin kami akan menerima.”

 

Bayangkan jika anda di tempat Salman al-Farisi.

 

Anda ajak kawan baik anda untuk wakil meminang, tapi anda ditolak sebab orang tu berkenan kat kawan anda.

Kalau ikut drama dalam TV, memang akan ada konflik. Tapi ini bukan drama TV. Ini kisah sahabat Nabi SAW.

Lalu apa kata Salman al-Farisi ?

 

"Allahuakbar! maka semua mahar dan persiapan kahwin yang aku sediakan ini, aku sedekahkan kepada Abu Darda supaya dia boleh bernikah dengan anak perempuan kamu."

 

 

Terkedu saya bila baca kisah ni.

Terharu. Sayu. Betapa bersihnya hati seseorang kerana keihklasannya dalam bercinta, hingga sanggup melepaskan apa yang dikehendaki untuk kebahagiaan insan lain. Allahu. jujur, saya menangis. Keikhlasan sebegini memang sesuatu yang unik.

 

Kerana Salman al-Farisi itu orang yang yakin pada jalan Allah.
Kerana orang yang ikhlas kerana Allah takkan merasa pernah memiliki apa-apa.
Kerana tiada suatu benda pun yang kita miliki dalam dunia ini.

 

Sesuatu yang kita cintai itu, bukan untuk dimiliki tapi untuk dipinjam. Dan bila dipinjamkan, kita kena bersedia pulangkan balik.

 

Bagaimana caranya untuk redha ?

 

Ikhlas.

Ikhlaslah :’)


p/s: “

"Ya Allah, ikhlaskan aku seperti sahabat Nabi SAW ini, ikhlaskan aku seperti Salman al-Farisi, dalam urusan mencintai dan segala urusan."


copied

.

 

Friday, August 16, 2013

Habibah..

Menjiwai jiwa sastera.

 

Dalam kelembutan sutera

Jiwanya halus berbahasa.

Bait-bait puisi disusun dari hati.

Memaknai setiap perbuatan dan ujian.

Tulisan senjatanya.

Mewarnai pelangi ini.

 

Sungguh,

maya terlihat indah dengan ujudnya mereka.

Anafora memecah metafora.

Dengan aksaranya.

Setiap baris.

Setiap perenggan.

Punya rasa dan roh insani.

Menulis dengan perasaan dan ingin kembali.

Yang bisa membangunkan hati-hati yang mati.

 

Mengenalinya walau hanya dengan berentitikan anonymous secara diam, adalah suatu hal yang terindah.

Mereka yang bernurani rabbani. Sentiasa punya cara melahirkan rasa terhadap tuhan. Waima perantaraannya tulisan yang rapuh. Namun, tutur mereka cukup jernih. Mengimpi sesuatu balasan rindu.

Duhai ilahi,

Tangkaplah cinta mereka. Suburkanlah dalam qalbu terdalam. Tulisannya yang mampu menjaga hati yang lena. Mengusik kamar kala dinihari. Tentang tanggungjawab, tentang amanah yang diberi.

Juga mampu merobek jeriji-jeriji besi. Membela jiwa-jiwa yang ternoda. Menegakkan hak-hak yang benar. Dengan sentuh tangannya menggoncang. Dunia dan seisinya.

Susuk kecil bidadari.

 

Dia yang bernama Habibah.


p/s: uuu. Tiada chemistry bila aliran teknikal yang bermain minyak hitam bercampur dengan aliran pena. Sungguh mata pena lebih tajam dari pedang. Or counterclockwise.

Ni.., bukan Habibah. Gambar Ihsan Tumblr.

Thursday, August 15, 2013

Buta..

Cinta itu buta

 

 

Kolah cinta kian bertakung
Dalam sumur kedalaman bening pagi

 

 

Memang

cinta itu buta

Aku tidak bisa melihat

Mana satu permata, mana kaca

Dalam kelam, aku meraba-raba

tanpa menyedari di hujung sana

ada setitik cahaya.

 

Tatkala cinta itu hadir,

Datang menyerbu; aku diam, terpaku

Kerna sering terbiasanya kecewa dalam mencintai

Apakah rasa ini cinta ?

Bisakah rasa ini di gelar rindu ?

Dan aku terus diam membatu.

Mencari jawapan terbaik dalam erti

makna cinta buat kita.

 

Dan memang cinta itu ternyata buta

Bunga teratai lebih indah dari pohon lotus

Cintaku,

dibutakan dengan nafsu

Merah lebih lembut dari biru

Semerah cintanya yang membakar diriku !

Perlahan menutup mata cinta.

 

Tuhanku,

Pemilik teratas segala cinta,

Yang memegang cinta para hambaMu

butakan mata aku..

Dalam memilih cinta

Satukan cintaku dengan orang yang mencintaiMu

Biar rasa ini membelenggu

 

.


P/s: Pandangi ufuk cakerawala, lautan setia memuji tuhan, langit terlihat indah dengan gubahan awan. Biji tasbih terus berputar, mendalami hakikat cinta terhadapMu.

 

Wednesday, August 14, 2013

Le tour..

Ini bukan sembarangan le tour de France. Mahupun se’grand’ de Langkawi.

Ziarah (walau menzarahi sekecil atom yang berisipadu 6.132x10^-6), tetap sangat bermakna, kerna menghubungkan silaturrahmi adalah menjadi main element dalam nucleus ukhuwah.

Nabi SAW ada berpesan, :

 

 

Mengeratkan silaturrahmi mengikut resam Melayu, setahun sekali. Maka dengan resam yang mulia ni, kunjung mengunjungi sering menjadi perbualan tiap kali membuka bicara.

Namun,

Tentu suasana tiap kalinya berbeza. Di bandar, mahupun di desa.

 

le tour

Tuesday, August 13, 2013

Keji..

Engkau hanya mengenalinya tidak sampai sejam, lalu pantaskah kau menghakiminya ?

 

Terkadang, membawa imej seorang yang alim, bertudung labuh bagai, tidak sesekali menjamin dirinya mempunyai akhlak yang baik.

Namun adalah lebih tidak baik, jika kita terus berprasangka buruk dengan hanya menilai patah kata yang meniti di bibirnya.

Iman bukan dapat diukur melalui pakaian.

Sebelum menilai orang tu, cermin diri kita semula. Mungkin ada bayangan diri kita dalam diri dia.

Mungkin dia berdosa dengan terlanjur berkata.

Namun adakah kita sanggup juga berdosa dengan mengata belakang dia ?

 

Ketahuilah, bahawa kita pun tidak lebih kurang sama seperti dia jika kita terus mengumpat tentang aibnya.

 

Kembalilah, pada Sunnah nabi. Mendoakan lebih baik dari mengeji.

 

*Berkata pada cermin.


p/s: Ending unplanned. Wonder, what’s is going happen to my life next ? So much misery and trouble I’d made.

Thursday, August 8, 2013

Lebaran..

Lemang, ketupat dan rendang.

 

Aidilfitri kali ini, di sambut dengan cukup sederhana oleh keluarga besar Darwin. Tanpa pakaian baru, perabot baru, langsir baru, dan tanpa ada persiapan raya yang sempurna.

Semuanya ala kadar.

Dengan hati yang separuh tabah, aku melangkah ke masjid. Menyempurnakan tuntutan agama.

Usai solat, Imam berkhutbah.

Tentang hari raya aidilfitri yang sebenar.

Hari raya aidilfitri bukanlah tentang memakai pakaian baru, perabot baru, langsir baru dan segala persiapan raya yang baru.

Aidilfitri yang sebenar adalah apabila ketaatan kita kepada Allah semakin bertambah setelah berlalu madrasah Ramadhan.

 

Begitulah. Hakikatnya, bila kita melalui aidilfitri, ini harus kita alami. Tanda kemenangan kita. Tanda kejayaan.

 

*Sehari sebelum syawal, saat aku mengadu pada Tuhan betapa syawal kali ini cukup sedih buatku, lalu Tuhan menunjukkan ku pada seorang pengemis di pasar, sedang mengais rezekinya. Sedang membetulkan tempat tidurnya yang di alas dengan kertas kotak. Hati aku menjerit. Betapa tidak bersyukurnya aku.

 

Dan tentang lemang, ketupat dan rendang. Tiada.

 


p/s: Di kesempatan yang ada, saya ingin menghulur beribuan, bahkan juta kemaafan kepada semua yang mengenali susuk ini. Dalam kita bergembira menyambut syawal, bukakan mata sejenak melihat mereka yang serba kekurangan.

Apalah ertinya syawal jika jiwa tidak saling memberi ?

Let’s put a smile on that face. ^__^

 

Salam aidilfitri, wahai.. Taqabbal Allahu minna waminkum. Dengan ingatan tulus ikhlas.

 

 

setiap huruf-huruf kecil yang ditulis, sangat punya makna kerna ia ditulis atas satu ‘rasa’ yang kita sendiri pernah alaminya :)

Hati kamu itu indah, sampai-sampai bisa membuat kamu ‘merasa’ saat membacanya.
Semuanya dari Tuhan. :)

Sunday, August 4, 2013

Kumpul..

Kelakar pulak isytihar nama tajuk kumpul.

Nilah mantan kelas aku dahulu.

Ada yang berubah.

Ada yang maintain.

Ada yang dah bekerja.

Ada yang masih belajar.

Ada yang makin comel.

Makin kurus pun ada.

Dan tentulah aku makin hensem.

Ada yang makin cantik.

Ada yang dah tak bertudung pun ada.

Ada yang dah jadi cikgu.

Ada yang dah nak jadi bapak orang.

Ada yang dah jadi technician.

Ada yang dah jadi event planner.

Ada yang dah jadi graphic designer.

Ada yang sedang menganggur.

Ada yang baru habis belajar.

Ada yang dah jadi orang.

Sejarahnya bermula dari seorang guru biasa.

Yang mengajar mengenal erti tulis dan baca.

Selamat hari guru.

.

Dengan ucapan, dimana-mana pun bumi kita melangkah, walau jauh mana kita pergi, hatta tinggi mana kita mendaki. Bila kau jatuh, kami setia berada disisi. Ini jiwang. Bila kau jatuh, sila bangun sendiri.

5 tahun tak jumpa, kau tetap sama. Membunuh segala nostalgia yang sering bermain di mimpi.


Reference.

Sekolah Menengah Teknik Juasseh

School year 2007-2008 · Seremban

  • 5PKM2

    Kelas Yang Paling Cemerlang dalam Sejarah Teknik Juasseh. Pernah beberapa kali merangkul kelas yang paling ceria dan bersih dan hanya sekali sahaja mendapat tempat kelas paling terkotor.

  • 4 PKM 2

    Kelas Paling Terbersih dan Terceria. Mulanya camtu. tapi bila lama-lama, pelajar mula menjadi malas dan meninggalkan tanggungjawab mereka. Alahai~ aku pun same, kih3...