Demikian, buat sekian jutaan kalinya.
Kali ini, sesuatu dengan izin Allah
Entry yang terakhir buat tahun ini.
“Sometimes, we have to lose something good,
to get something better”
Di dalam kehidupan, penuh suratan dan kebetulan. Sesuatu yang tak disangka, seringkali mendatangi kita. Dalam ketidakbersediaan kita menghadapi ujian tersebut, kita terpaksa bersabar.
Setiap hamba ujiannya berbeza. Allah, Tuhan semesta alam, telah memilih jalan ini buatku. Sedang, aku punya rencana lain. Namun, perkara apakah yang lebih baik selain apa yang telah di atur olehNya ?
Kadangkala, maqam syukur lebih tinggi darjatnya dari maqam sabar.
Syukur dan sabar adalah sepasang sayap iman. Keduanya harus saling memerlukan untuk terbang.
Dalam dunia ni, semua orang mampu bersabar terhadap ujian yang menimpa dirinya, namun berapa ramai yang mampu bersyukur.
Aku hitung setiap ujian yang aku terima. Dan aku hanya mampu bersabar, namun jarang sekali aku bersyukur dengan apa yang ada. Hinggalah tatkala encik ayah berkata,
“Sekurang-kurangnya, engkau masih mempunyai peluang..”
Aku termenung mendengarkan kata-katanya, yang cukup perlahan menyentuh.
Sehebat ujian yang Allah berikan, aku masih mempunyai peluang untuk bangkit semula. Itu, antara salah satu nikmat yang Allah berikan. Tatkala aku merasa sudah gagal dan hampir, hampir.. Putus asa.
.
InsyaAllah, dengan izin Allah.. Aku akan kembali, mengutip cinta-cinta Allah melalui tulisan. Dengannya tulisan, moga di hati akan terlihat indahnya cinta tuhan terhadap hambaNya.
Silakan.
Kutip, dan sebarkan segala ilmu yang ada disini, mahupun dimana. Teruskan. Janganlah berhenti menulis, dan sebar ayat-ayat cintamu terhadap tuhan. Allah mendengarkanmu.
Biidznillah
Buat sahabatku,
Minta maaf dan ampun segala salah silap sepanjang kita bersahabat. Semoga terus thabat dalam perjuangan.
Halalkan segala makan minum yang tak berbayar, yuran yang bertangguh, budi yang baik, gerak kerja yang tak terlaksana, dan jasa yang tak terbalas.
InsyaAllah, andai matahari belum terbit sebelah barat, andai nyawa ini masih,
^__^
Kita jumpa lagi.
Jangan tanya kemana aku hilang.
Jangan tanya kemana aku pergi.
Jangan tanya kenapa aku sepi..
Jangan tanya, apa-apa..
Kerna itu lebih baik buatku.
Bahkan disaat ini, aku hanya perlu kalian memahami keadaanku, bahawa aku tidak minta kalian berbuat demikian.
Syukran ala kulli hal.
mohon pengertian yang penuh dalam.
tolong lupakan aku.
sebarang komen tidak akan dibalas, harap maklum.
Hiatus, bermula.
We have plan, but Allah is the best planner.
No comments:
Post a Comment