Sunday, August 4, 2013

Kumpul..

Kelakar pulak isytihar nama tajuk kumpul.

Nilah mantan kelas aku dahulu.

Ada yang berubah.

Ada yang maintain.

Ada yang dah bekerja.

Ada yang masih belajar.

Ada yang makin comel.

Makin kurus pun ada.

Dan tentulah aku makin hensem.

Ada yang makin cantik.

Ada yang dah tak bertudung pun ada.

Ada yang dah jadi cikgu.

Ada yang dah nak jadi bapak orang.

Ada yang dah jadi technician.

Ada yang dah jadi event planner.

Ada yang dah jadi graphic designer.

Ada yang sedang menganggur.

Ada yang baru habis belajar.

Ada yang dah jadi orang.

Sejarahnya bermula dari seorang guru biasa.

Yang mengajar mengenal erti tulis dan baca.

Selamat hari guru.

.

Dengan ucapan, dimana-mana pun bumi kita melangkah, walau jauh mana kita pergi, hatta tinggi mana kita mendaki. Bila kau jatuh, kami setia berada disisi. Ini jiwang. Bila kau jatuh, sila bangun sendiri.

5 tahun tak jumpa, kau tetap sama. Membunuh segala nostalgia yang sering bermain di mimpi.


Reference.

Sekolah Menengah Teknik Juasseh

School year 2007-2008 · Seremban

  • 5PKM2

    Kelas Yang Paling Cemerlang dalam Sejarah Teknik Juasseh. Pernah beberapa kali merangkul kelas yang paling ceria dan bersih dan hanya sekali sahaja mendapat tempat kelas paling terkotor.

  • 4 PKM 2

    Kelas Paling Terbersih dan Terceria. Mulanya camtu. tapi bila lama-lama, pelajar mula menjadi malas dan meninggalkan tanggungjawab mereka. Alahai~ aku pun same, kih3...

No comments:

Post a Comment