Monday, August 29, 2011

Bisikan Nurani, Baitul Muslim dan Salam Lebaran

Ceit! panjang giler tajuk. Tapi InsyaAllah, aku tak gile. Percayalah. Ni adalah salah satu propaganda untuk memancing para pengundi pengunjung diluar sana. “Buat ape?” ok, no reason. Ese sobana eh nak layan lagu err bawah ni. Sekali sekala.
 

“Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara. Kerana AGAMAnya, HARTANYA, KETURUNANNYA, dan keCANTIKannya..” “…Maka pilihlah yang BERAGAMA, Nescaya beruntunglah kedua tanganmu..” [Abu Hurairah]

Maksud kepada lagu ni apa yang dapat aku hayati ialah satu sebuah sketsa kehidupan seorang pemuda. Pertemuan yang dikala singkat itu telah membibitkan satu ukhuwah dan silaturrahim yang mesra hingga akhirnya membawa kepada jinjang pelamin. Mabruk alaik. Semoga aku kita dapat membina baitul muslim idaman hati.

Nota kaki:

Penglipur Lara

Duhai insan bernama kekasih

Pertemuan kita di suatu ketika

diselimuti keindahan dan

kebesaran yang Maha Esa

Ku mengenalimu tanpa kau sedari

dalam perjuangan kita sehari-hari menuntut ilmu…

kegigihan dan kesungguhanmu

kejernihan wajahmu wahai kirana

keturunan terpilih

kesederhanaanmu

pelbagai kebaikan dapat kulihat

dari peribadimu…

Namun aku lebih tertarik kerana…

keteguhan agamamu

Ku yakin perasaan yang lahir terhadap

diriku adalah anugerah Yang Maha Esa

Namun segalanya berubah di saat aku

meluahkan rasa…

kau terdiam lalu menjauhkan diri

Perubahan lakumu membuatkanku pasrah.

Lalu ku berserah dan

mengharapkan hikmah dariNya…

Meskipun jauh di sudut hati aku masih mengharap..

dan masa terus berlalu…

kita kian jauh…

“Aku berserah diri sepenuh hati pada-Mu

Ya Rabbi. Semoga Engkau memberi kekuatan

sebagai ganti kelemahan dan

memberi kecukupan dari segala kekuranganku..”

Hinggalah disuatu ketika

kau mengirimkan berita

disaat engkau beristikharah

rupanya engkau menyimpan rahsia cinta Agung

Dan akhirnya kita bersatu

disaat cinta berputik

hatinya memuji Tuhan

Disaat rindu mengusik

Rasul menjadi pilihan…

p/s: Dikesempatan ini juga aku nak mengucapkan Salam Aidilfitri 1432h buat semua muslimin dan muslimat yang beragama Islam dan yang juga mengenali diri ini.


Salam dihulur maaf ku
pohon buat semua rakan2..
Disini, ku ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya dan juga
ingin meminta maaf sekiranya ada:
TERkasar bahas,
TERsilap bicara,
TERmarah yang tak kena,
TERtanya tak tentu hala,
TERsasul yang tak sengaja,
TERpukul kat mana-mana,
TERpekik di telinga,
TERhantuk di kepala,
TERpinjam harta benda,
TERmoody tak semena-semena,
TERumpat bila-bila,
TERusik yg sengaja,
dan segala macam ‘TER’ lagi
Maaf Zahir & Batin! (。◕‿◕。)

Saturday, August 27, 2011

Baby yang tengah tidur main acah-acah

Aku ade jumpe video ni dalam satu belog, oleh kerana terlampau taksub, excited, exaggerating and tremendous, so ak nak abadikan video ni dalam belog aku. Baby oh baby, I wish someday I could own you one. Ahaks..! :p

 

Oh cak! oh cak! haha. Ya Allah.. comelnye baby ni. Rasa macam nak picit-picit je. Comelkan? Aku suke pada kecomelan. (✿◠‿◠)

p/s: Aku nak berazam satu hari nanti aku nak jadi ayah yang baik. Awat lak hang gelak. tak caya ke? hmmph~ sudahlah.

Baby-baby sekalian yang comel yang telah aku cari di google telah menjadi mangsa kepada profile picture aku dalam facebook, skype, ym, google+, belog ni, dan juga tagged. Aku tak suke letak gambar sendiri walaupun aku tau yang aku ni… Ok sekian.

Thursday, August 25, 2011

Kisah saya dan awak

Sedar tidak sedar, sudah 3 tahun saya mengenali awak. Tak pernah saya terfikir peristiwa memalukan saya terjatuh ke dalam longkang membuat hati kita bertaut. Terima kasih kepada Allah kerana mentakdirkan saya terjatuh dan terima kasih juga kerana Allah menggerakkan awak untuk mentertawakan saya.

Jika tidak, hubungan kita tidak mungkin sampai sejauh ini. Siapa pernah menyangka peristiwa sekecil itu mampu mengikat hati dua insan. Walaupun saya dan awak masing-masing berjauhan, teknologi benar-benar mengikat kita.

Saya sedar, hari demi hari saya semakin menyenangi kehadiran awak dalam hidup saya. Saya bersyukur atas hubungan ini. Bersyukur kerana kita bukanlah seperti pasangan kekasih lain.

Awak tidak pernah mengucap kata rindu, apatah lagi kata sayang. Seingat saya sepanjang 3 tahun ini, tidak sampai 5 kali kita bersua muka. Itupun tatkala awak dan keluarga datang beraya ke rumah saya.

Saya juga bersyukur ibu bapa kita saling meredhai persahabatan kita. Hari demi hari, kita semakin matang. Saya semakin mengenali dunia, semakin mendalami ajaran Islam sebenar. Dulu, saya fikir hubungan kita tidak salah. Ya, memang tidak salah dari pandangan mata luar.

Namun jujur jauh di sudut hati saya, saya sering merindui awak biarpun tiada siapa antara kita yang pernah melafazkannya.

Pernah saya angankan awak menjadi pembimbing keluarga saya kelak. MasyaAllah, begitu jauh saya lalai. Kata-kata seorang teman suatu waktu dulu benar-benar mendorong saya berfikir panjang. “Zina hati sememangnya kelihatan kecil, namun dosanya tetap sama”.

Astaghfirullah…saya beristighfar panjang. Dengan segala kekuatan yang ada, saya katakan kepada awak. “Jangan hubungi saya lagi melainkan awak bersedia mengahwini saya”. Saya sendiri tidak pasti dengan apa yang saya lakukan.

Saya sedar awak pasti kebingungan dengan kata-kata saya kerana antara kita sememangnya tiada yang istimewa.

Saya juga sedar hakikatnya, awak juga punya perasaan terhadap saya biarpun awak membisu seribu bahasa. Hubungan kita terputus begitu sahaja. Enam bulan berlalu dengan amat sukar bagi saya.

Setiap hari saya berdoa semoga Allah permudahkan segala yang terbaik untuk saya, semoga Allah permudahkan jika apa yang saya lakukan benar-benar keranaNya. Ingin saya katakan, betapa sukar melupakan awak.

Dalam kesibukan saya melupakan awak, tiba-tiba saya dikejutkan dengan rombongan peminangan. Andai awak dapat melihat hati saya, pastinya awak tahu betapa terkejutnya saya.

Ya, awak tunaikan permintaan saya. Awak datang lagi ke rumah saya, tapi kali ini dengan sebentuk cincin. Sekarang saya sudah sah menjadi permaisuri hidup awak.

Sekarang saya bebas merindui awak tanpa rasa berdosa, saya bebas berbicara dengan awak tanpa rasa bersalah dan saya bebas menyayangi awak kerana awaklah pembimbing hidup saya. Terima kasih Allah ikatkan kita dengan tali perkahwinan biarpun pada usia muda remaja.

Terima kasih Allah menghadirkan awak sekali lagi dalam hidup saya....

sumber: link

p/s: Sedang tercari-cari dan ternanti-nanti seseorang yang dapat mengucapkan. “Jangan hubungi saya lagi melainkan awak bersedia mengahwini saya”. Kalaulah ada… hmmph~

Monday, August 22, 2011

Angry Birds gantikan Facebook

Dulu

Kini

Kerana

Semoga anda berjaya! Hey, Angry Birds pun ada facebook jugak ape!

haha. Sori, gile jap… (ړײ)

Selamat tinggal facebook ku.

www.facebook.com/dhon.da.great

(≧◡≦)v

Friday, August 19, 2011

19 Ramadhan 1419H yang lalu…

Petang 5.53, wanita itu sedang bertarung nyawa melahirkan bayinya yang pertama. Itulah anak sulung mereka. Kehingaran diseluruh bilik pesakit dengan esakan tangisan bayi menyambut dunia.

Jururawat yang bertugas dengan pantas melakukan kerja-kerja mereka. Mereka membersihkan bayi itu sebelum diserahkan kepada ibu pesakit tersebut. Ibu bayi tersebut yang dalam keadaan lemah setelah kehilangan banyak darah, menyambut anaknya dengan penuh lembut.

Lelah, setelah habis berhempas pulas sepenuh tenaga melahirkan bayi sulungnya selama hampir lebih setengah jam. Itulah kekuatan seorang wanita. Lemah bukan bererti hina. Disitulah letaknya kemuliaan seorang ibu.

Dengan wajah yang pucat dan penuh kasih, si ibu merenung anaknya dengan linangan air mata bahagia melahirkan seorang bayi lelaki yang comel dan sihat. “Alhamdulillah..” si ibu memanjat kesyukuran pada Ilahi.


20 tahun berlalu…

Kini si anak itu telah pun membesar dalam sistem pendidikan yang baik.

“Ibu.. terima kasih kerana melahirkan aku dengan penuh kasih dan sayang..” bisik si anak. Meski waktu berputar dengan pantasnya, janganlah sesekali kita lupa dari mana kita berasal, dari mana kita berada.

Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Kulah kembalimu. (Luqman: 14)

Si anak tersedar dan tersentak dengan firman Allah tersebut. Dia sedar selama ini dia telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai anak.

Dengan linangan air mata keinsafan yang penuh pengharapan, si anak memanjatkan pada Yang Esa agar diberi kesempatan berbakti pada kedua ibu bapanya. Itu azam si anak.

“Alhamdulillah, akhirnya Allah telah membalas segala permintaanku” Ucap syukurnya pada Ilahi. Kini keluarga itu telah pun membesar dan memiliki pelbagai karenah anak-anaknya masing-masing. Si ibu terus tertawa sendu dalam bahagia, anaknya dibesarkan kini hidup dalam sejahtera… n_n

Nota tangan: Selagi hayat dikandung badan, selagi nyawa dihurung jasad, berbaktilah kepada kedua ibu bapa kerana merekalah insan yang tanpa mengenal erti lelah dan jenuh membesarkan tanpa mengharapkan sedikit pun balasan.

Nota kaki: Si anak ialah penulis. Mendapat hidayah sebaik sahaja masuk ke sekolah berasrama dan kini terus berada di jalan ini untuk menyebarkan kata-kata nasihat yang baik dan sedaya upaya mencegah kemungkaran. Tinta penulis adalah tidak lain tidak bukan untuk dirinya juga. Yang baik jadikan pedoman dan yang buruk tinggal-tinggalkan la ye.. n_n

Disepanjang perjalanan hidup , disebalik tabir kehidupan, Disebalik kejayaan seorang lelaki…

Berdirinya seorang wanita…

Thanks mom, You’re my hero…

Thursday, August 18, 2011

La Tahzan

Disebalik kesulitan itu ada kemudahan, esok akan merekah bunga yang harum mengusir kesedihan menjadi penghibur hati InsyaAllah

Kullu nafsin za iqatul maut. Setiap yang bernafas pasti akan mati. Mana-mana makhluk yang bernyawa pasti tidak akan terlepas dari ketentuan dan takdir Allah. Kita sama sekali tidak boleh lari daripada ajal.

Ajal sering sekali mengingati kita. Maut itu tersangatlah hampir. Dan kita kenalah sentiasa mempersiapi diri dengan segala amal bekalan dan takwa.

Pemergiannya adalah satu tanda dan ketentuan Allah. Disini Allah ingin mengajar kita, mendidik kita agar menerima qadha’ dan qadar. Belajar merasai kehilangan sesuatu benda yang kita kasihi dan sayangi.

Jalan Allah itu indah. Setiap jalanNya di ajarkan kita dengan mengenal erti kesusahan dan kesedihan. Belajarlah DIAM dari banyaknya BICARA, Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN, Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG, Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN, Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN, Belajar TAWAKKAL dari UJIAN, dan Belajarlah REDHA dari satu KETENTUAN

Sesudah itu Allah mengurniakan kita sebuah kemanisan iman dan takwa. Innallaha ma ana.

Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah.

Semoga hari esok menjanjikan langit yang cerah dan hidup yang indah!

La Tahzan sahabatku… n_n ::senyum::

Tuesday, August 16, 2011

Kerana Dia Manusia Biasa ...

Kerana Dia Manusia Biasa ...~

Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu?

Jawapannya ada bermacam-macam.. Bermula dengan jawapan kerana Allah hinggalah jawapan duniawi.

Tapi ada satu jawapan yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap detail percakapannya. Jawapan dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib.

Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja.

Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat. Satu hal yang pasti, Dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami.

Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka Berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak mahu melihatnya menangis lagi.

Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya.

Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya. Sebenarnya.. . ..!!!

Saya ingin tau, kenapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan Untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu (benar-benar sibuk).

Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara.

Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. That's all......Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing.

Saya menggambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap dirumahnya.

Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual -hanya- berdua. Hiruk pikuk persiapan akad nikah besok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal.

Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa Kali Mamanya mengetuk pintu, meminta kami tidur. "Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja. Saya faham keadaanya ketika ini.

"Padamkan je lampunya, biar disangka kita sudah tidur."

"Ya.. ya." Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar. Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik.

Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya Nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini Saya pendamkan.

"Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih HP dibawah bantalku.

Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD HP dia mengais lembaran kertas didalamnya.

Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping envelop kepada saya. Saya menerima HP dari tangannya. Envelop putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ni. Saya melihatnya tanpa mengerti. Eeh..., dia malah ketawa geli hati.

"Buka je la..." Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya putih. Hehehehehehe. .........

"Teruknya dia ni." Saya menggeleng-gelengkan kepala sambil menahan senyum. Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya.Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu........


Kepada Yth ........

Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya

Assalamu'alaikum Wr Wb

Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai.

Saya, yang bernama ............. ... menginginkan anda ............ ..... Untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa.

Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak.

Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar Isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.

Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa.. Cinta saya juga biasa saja.

Oleh kerana itu. Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa.

Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik.

Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istiqarah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda.

Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak Berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini.

Saya memohon anda soat istikharah dulu sebelum memberi jawapan pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah redha Dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin

Wassalamu'alaikum Wr Wb


Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah.

Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa.

Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan.

"Kenapa kamu memilih dia.......?"

"Kerana dia manusia biasa........ . " Dia menjawab mantap. "Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya.

Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari.

Entah kenapa, justeru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku.."

"Maksudnya?"

"Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu besok masih ada. betuI tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau Suatu masa nanti kami jadi miskin.”

"Ssttt...... ." Saya menutup mulutnya. Khuatir kalau ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga.

Sunyi. Suara cengkerik terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.

"Sudah tidur. Esok kamu mengantuk, aku pula yang kena marah dengan Mama." Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya..

"Nik.....?"

"Tidur...... Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya. Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik esok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini.

Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiannya. Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur Segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak ruh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang Tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak.

Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah 'proses usaha'. Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, takhta dan 'nama'.

Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang ini/itu), ditanggalkan.

Ketika segala yang 'melekat' pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya.

Maka semua menjadi indah.

Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap HambaNYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan Sebuah pernikahan.

Kita hanya boleh memohon keredhaan Allah. MemintaNYA mengurniakan barokah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan Dan kemantapan untuk menikah. Jadi, bagaimana dengan cinta?

Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir, lalu tumbuh, kemudian merawatnya.

Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa).

Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin.

Wallahu 'alam

* Kalau rajin.. Tolong sebarkan petunjuk ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi Orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

"Life without friendship is like the sky without sun..."

Apabila nafsu dikuasai syaitan, insan menjadi haiwan dan jiwa mulai akan tertekan. Di sini teman diperlukan untuk berkongsi pengalaman, disini..

baitul muslim? (^_^)V worth to ponder, i guess!!

sumber : link

Sunday, August 14, 2011

Fares – Albi Nadak ♫…♥….♫

Lirik Lagu Albi Nadak (Arab) 

Albi Nadak

Leek, ana milk leek

ta'ala arrab dommeni, makhtag

eleek, o rokhi feek

ya hob 'omr ana 'omri kollo hakhyesho leek

hawak howa el khaya,

wenta elly ana, ba'ashek hawa

kan albi monaah

agmal malak, yekoon ma'ah

yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya

yah ba'd esneen shok wa khaneen alak eek hena ma'aya

yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek

we ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek

wa 'omri fadak

yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya

yah ba'd esneen shok wa haneen alak eek hena ma'aya

yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek

we ha'eesh 'omri 'ashana 'ineek

wa 'omri fadak

Eh, akhtag le eh

law konti ganby ma'aya daiman kolly eh

ya dana min zaman

makhtag le alb yehess beya o ahess beek

hawak howa el haya,

wenta elly ana, ba'ashek hawa

kan albi mona

agmal malak, yekoon ma'a

yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya

yah bad esneen shok wa haneen alak eek hena ma'aya

yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek

we ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek

wa 'omri fadak

yah albi nadak wetmanak teb enta wayaya

yah ba'd esneen, ba'd elsneen alak eek hena ma'aya

yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek

we ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek

wa 'omri fadak

Translated into Bahasa Melayu - Albi Nadak by Fares

Hanya padamu...

Diri ini hanya milikmu

Datanglah dekat

Air mataku mengalir

Mengharapkan mu

Hanya padamu...

Dan jiwaku padamu

Wahai kasihku usia kita,usiaku

Seluruh hidupku untukmu

Cintamu adalah hayatku

Dirimu buat kita bercinta sebenar2 cinta

Hatiku disini, keindahanmu millikku

Jadi bersatu

Hatiku memanggil

Harapkan engkau sentiasa kekal

Hanya dirimu

Selepas bertahun lihatlah sayang

Kita berjumpa di sini dan bersama

Airmataku mengalir keranamu

Engkaulah kekasih, hidupku hanya untukmu

Seluruh hidupku, usiaku..

Kerna matamu, aku serahkan segalanya

Apa yang daku harapkan

Indahnya kau disisi bersamaku selamanya

Katakanlah kepadaku..

Diri ini..sekian lama mengharapkan

Hati ini, perasaan ini

Bersama hati dan perasaanmu

p/s: ntahlah…

credit to link and link

Saturday, August 13, 2011

Kisahku di Kmtk

Berulang-ulang kali aku telah cuba menelaah buku kimia yang setebal 2.5 inchi tu, erk, mungkin 1.5 inchi rasanye, namun otak aku masih lagi blur menangkap maksud definition bagi sesetengah term dalam chemistry.

“What the..” keluhku.

Aku tutup buku, jenguk ke tingkap melihat surau. Kepala otak aku dah berserabut gara-gara kimia tu. Aku mengambil keputusan untuk berjalan-jalan ke surau, mengambil angin setelah hampir 2 jam 30 minit 53 saat 97 detik berhempas pulas bertarung dengan buku antara mengantuk dan sedar. (not precisely I remember that moment)

Waktu itu malam. Sunyi sepi hanya bunyi cengkerik yang berkumandang melagukan malam yang penuh dingin dan kabus. Saat itu aku terpandang sekilas seseorang yang berpakaian serba putih dari dalam arah surau ku melihatnya.

“Eh, sape pulak yang kuar tengah-tengah malam gini” Atas rasa ingin tahu, aku cuba memberanikan diri menjejaki kelibat bayangan tersebut.

“Eh, ni asrama perempuan.. Bahaye gok ni klu aku gi sane” Desir ku.

Lalu aku mengambil langkah yang paling tepat dengan balik ke asrama lelaki dan mengintai dari sudut yang dapat dilihat ke asrama puteri.

Beberapa jam kemudian, aku terdengar teriakan dari arah asrama puteri. Dengan mengambil langkah yang panjang, aku memanjangkan lagi langkahku bagi mendapati apa yang telah berlaku disana tanpa ada niat apa-apa pun untuk mengintai pelajar perempuan disana. (Baik tak aku..) Di depan pintu masuk asrama puteri aku terlihat ada sekumpulan pelajar perempuan bersama-sama dua orang security guard tengah berkerumun bagai orang tengah bersidang dalam dewan parlimen.

Aku mendekati mereka dan cube memperlihatkan keprihatinan aku. Pelajar perempuan tersebut teresak-esak melaporkan sesuatu yang baru di alaminya sebentar tadi manakala rakan-rakan yang lain cube menenangkan beliau.

“Ape yang dah berlaku ni Zulaikha (bukan nama sebenar) ?” aku bertanya pada salah seorang rakan mangsa.

Dikatakan ade seorang telah menyelinap masuk ke dalam asrama puteri sewaktu Najwa (bukan nama sebenar dan juga mangsa kejadian) sedang pergi ke bilik air.

“Mungkinkah kelibat yang aku lihat tadi telah mengacaunye.. Ish, tak boleh jadi ni.. Silap haribulan, habis semua budak perempuan kat kmtk ni kene kacau” fikirku.

Tiba-tiba, lampu jalan di sepanjang corridor telah terpadam. Malah seluruh bangunan pun tiada bekalan elektrik. Bagaikan telah terputus secara tiba-tiba.

Aku agak terkejut dan tersentak apabila aku mendongak ada sepasang mata yang berwarna merah kehitam-hitaman sedang berligar antara bangunan aspura (asrama putera) dan aspuri (asrama puteri). Seluruh badan aku menjadi kaku apabila aku melihat lagi pelajar-pelajar perempuan tadi bersama security guard yang ada di sebelah aku telah hilang secara tiba-tiba sebaik lampu telah dipulihkan.

Segala bulu yang ada pada badan aku waktu itu semua telah naik. Meremang. Aku terus berlari ke arah surau untuk mendapatkan perlindungan. Namun aku telah tersadung, di tangga berhadapan dengan surau.

Tiba-tiba,

Ada satu tangan cube dilhulurkan kepada aku. Aku berasa ragu dan ngeri. Tangan itu hitam dan penuh kudis serta penyakit.

Apabila aku mendongak ke arahnya…

Bersambung…

Wednesday, August 10, 2011

Wajah Baru

Kuala Lumpur – Gara-gara seorang maniac, hackers, dan penyangak yang menjadi buruan polis, dipercayai telah merosakkan sistem belognya apabila belog yang selama ini menjadi pujaan hati telah damaged teruk gara-gara menukar headernya.

Alamat yang selalu menjadi kunjungannya kini telah berubah wajah atas inisiatif yang diambil bagi membendung kesilapannya. Kini berbekalkan wajah baru memberi kesegaran pada beliau.

Iktibar dari insiden di atas di ambil sebagai pengajaran agar berhati-hati apabila melakukan sesuatu.

sumber – Reuters

Tuesday, August 9, 2011

Tips mencari jodoh

Alhamdulillah, untuk entry kali ini, kita bicarakan bagaimana nak mencari jodoh. Tapi bagi sapa-sapa yang dah jumpa jodoh pun, boleh je baca. Manalah tahu nak pasang dua ke tiga ke empat ke. Tapi sebarang risiko anda tanggung sendiri la ya. Wawa.

Berdasarkan respon dari ustaz, jadi saya simpulkan bahawa ada beberapa step dalam mencari jodoh ni.

بسم الله الرحمن الرحيم

Pertamanya perlu kita sama-sama insafi bahawa tiada satu kuasa yang mampu menjodohkan seseorang kecuali Allah SWT. Tiada seorang manusia yang mampu mengahwinkan manusia lain, kecuali dengan keizinan Allah SWT. Maka, perkara pertama yang perlu dibuat ialah

  • mengekalkan doa yang sedia dan memperbanyakkan doa agar dibantu oleh Allah mempertemukan jodoh yang baik.

Sentiasa ingat, tiada usaha yang mampu menembusi takdir Allah. Hanya Allah sahaja akan memberikan jodoh dan perkahwinan apabila tiba masanya. Oleh itu, biarlah hati kita sentiasa meletakkan pergantungan penuh kepada Allah.

Keduanya,

  • berikhtiar.

Berikhtiar itu adalah sebagai bukti kita tidak putus asa dengan ujian Allah. Orang-orang yang tidak berikhtiar, seolah-olah dia telah putus asa dengan rahmat Allah. Ini salah ya. Jangan putus asa, kalau cuba sekali sudah gagal. Jangan berhenti, minta orang tengah carikan lagi calon lain. Tidak semua cubaan berjaya. Jangan merasa malu atau segan. Ini adalah proses biasa, cuba dan cuba lagi sampai dapat.

Ketiganya, bentuk-bentuk usaha yang boleh dibuat.

  • Solat hajat setiap malam, selepas solat isyak. Minta Allah buka jalan untuk menemui jodoh yang baik. Amalkan setiap malam.
  • Minta orang yang ‘dipercayai’ tolong carikan pasangan. Kalau boleh, mintalah ‘bapa’ yang lelaki. Jangan minta IBU. Sebab ibu orang perempuan. Jadi, langkahnya dan kenalannya tidak luas. Jika minta bapa, mungkin kenalannya lebih luas. Jika bapa tidak mampu, mintalah ‘bapa saudara’ atau adik beradik lelaki carikan.
  • Jika ahli keluarga tidak mampu. Boleh minta tolong ‘ustazah’ yang mengenali diri kita mencarikan pasangan untuk kita. Jika ustazah juga tidak mampu, minta tolong ustaz yang kita kenal (bukan ustaz cinta). Adalah lebih baik meminta bantuan orang yang dekat dan mengenali diri kita. Agar komunikasi tidak menjadi sukar dan boleh elakkan salah faham.
  • Jika semuanya tidak berhasil, maka cuba muhasabah diri. Jauhkan maksiat dan sucikan hati dengan amalan fardhu dan sunat.

Ingat pesanan nabi SAW :

- Amanah akan mendatangkan rezeki.

- Maksiat seseorang akan menghalang rezekinya.

Kesimpulannya, jodoh adalah rezeki Allah. Jadi, cubalah kita menjauhi sebarang maksiat dan sentiasa amanah menunaikan hak-hak Allah. Pasti Allah akan memudahkan kita mendapat rezeki yang berupa jodoh. InsyaAllah. Kita hanya mencari dan Allah sajalah yang menentukan. Tapi selain jodoh, perlu kita ingat tanggungjawab kita yang lain pada agama Allah. Janganlah kita terlalu sibuk mencari jodoh sehingga mengabaikan tanggungjawab kita pada Allah. Semoga Allah memudahkan jalan pada kita. Amin.

Sunday, August 7, 2011

Star Five - Satu Cinta ♫ ♥ ♫

Alhamdulillah, seminggu sudah berlalu Ramadhan. Madrasah tarbiah yang baik bagi mendidik hawa nafsu kita. Adakah Ramadhan kali ini yang terbaik?

ha ha. Apa-apa pun kalau boleh jangan kita jadi hamba pada Ramadhan, tapi jadilah hamba pada Allah. Maksudnya, janganlah dibulan puasa ini baru kita nak meningkatkan amal ibadat kita and then bila berakhirnya Ramadhan, datang balik setan kita. Huh, bahaya tu.

Jadikan ibadat kita semata-mata kerana Allah. Dan kekalkan momentum ibadat kita pada bulan lain juga. Cuba ye, saya kata ni pun untuk diri ini juga. heh~

Kekalkan prestasi tingkatkan potensi. Itu nasihat saya.

Jadi sebenarnya kali ini saya postkan sebuah lagu dari kumpulan star five. Sungguh saya tak pernah dengar pun nama kumpulan ini. Dan salah satu lagunya cukup sayu dan menginsafkan. Jika dihayati bait-bait lirik dalam lagu ini, nescaya dapat membuatkan hati yang sekuat titanium or diamond cair.

Satu Cinta. Tu diaa.. Satu cinta, sejak kita dilahirkan ke atas muka bumi ini, kita telah dilahirkan dengan rasa cinta Allah pada kita. Tanpa cinta Allah, maka kita tiada apa-apa. Hayatilah liriknya dibawah ni. tok sah godek2 google tu. Kaya die nanti. ha ha. (ړײ)  

 

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu

Ampunkanlah s’gala dosa dalam diri

Ku percaya Engkau bisa meneguhkan

Pendirianku… Keimananku…

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu

Ampunkanlah s’gala dosa dalam diri

Ku percaya Engkau bisa meneguhkan

Pendirianku… Keimananku…

Engkau satu cinta

Yang s’lamanya aku cari

Tiada waktu ku tinggalkan

Demi cintaku kepada-Mu

Walau seribu rintangan

Kan menghadang salam diri

Ku teguhkan hati ini

Hanya pada-Mu

Ku pasrahkan…

Oh Tuhan… s’lamatkanlah hamba ini

Dari segala fatamorgana dunia

Oh Tuhan… jauhkanlah hamba ini

Dari hidup yang sia-sia

Saturday, August 6, 2011

Perjuangan Ramadhan

بسم الله الرحمن الرحيم

Di keheningan malam suci yang penuh qudus dan sepi, aku bangun dari pembaringan melihat jam di dinding dengan mata yang berpinar-pinar. “Oh, sudah masuk rupanya.” Lalu aku bangkit mengambil air wudhuk dan gosok gigi.

“Allahu akbar” aku mengangkat takbir dengan dimulai niat qadha subuh dan seterusnya terus mengerjakan solat sunat yang lain. Jam menunjukkan 5 pagi dan aku terus menyeduk periuk nasi melihatkan lauk yang masih bersisa untuk aku jamah. “Alhamdulillah…” gumamku.

Balik dari solat subuh di masjid aku melihat rumah aku gelap, sunyi, dan penuh suram. Aku gagahkan kaki aku ini memijak dan memarkir motor di bawah rumah dan terus naik ke atas. “Oh, tidur rupanya mereka ini. hmm…”

Jadi aku pun terfikir, apa perkara terbaik yang patut aku buat untuk mengisi masa yang lapang waktu pagi ini. “Nak online facebook, hmmm… aku tengah berpuasa… err, baik aku buka blog aku ini, manalah tahu ada benda yang pelik-pelik” fikirku.

Adalah menjadi sesuatu kejarangan bagiku untuk tidur selepas subuh melainkan waktu cuti sekolah dan terlampau letih. Aku mengira bahawa perjuangan untuk beberapa hari di bulan Ramadhan kali ini tidak cukup hebat jika dibandingkan pada tahun yang sebelumnya. Ye lah, puasa kali ini duduk rumah jer, mana taknya. he he.

Apapun, ada satu perjalanan yang harus ku tempuh dalam menunggu hingga tibanya waktu berbuka berpuasa, Nafsu. Perjuangan aku kali ini lebih dalam perjuangan mengawal hawa nafsu yang cukup kuat apabila berada di rumah.

Usai tadarus al – Quran, aku melihat jam masih senja lagi melabuhkan matahari di ufuknya. Aku berkira-kira hendak mengemas rumah bagi menyenangkan hati kedua ibu bapaku. And I did. Sekali-kala apa salahnya kan.

Itulah perjuanganku. Sedikit sebanyak coretan kisah-kisah lalu untuk dijadikan kekuatan dan pengajaran. Untuk hari-hari yang akan mendatang, aku akan terus berjuang meski jalan yang akan ku lalui itu lebih penuh berduri dan liku.

Bukankah manusia itu dicipta untuk di uji dan menyembah pada yang Esa? jadi, perjuangan itu bahkan sebenarnya baru sahaja bermula. Perjuangan aku di bulan Ramadhan.

Ya Allah yang jiwaku berada ditanganMu, Engkaulah Maha Menguasai, yang mengetahui bagaimana keadaan hambaMu ini. Yang lemah lagi berharap pada ampunanMu. Yang hina lagi tidak berdaya. Engkaulah Maha Segala-galanya. Kuatkanlah hati ku ya Allah dan teguhkanlah pendirianku dan keimananku.Semoga Ramadhan yang dinanti berbuahkan iman dan takwa.  

p/s: notis untuk diri ini. n_n

Friday, August 5, 2011

Cerpen – Sempena Ramadhan

Alhamdulillah, hari ini telah masuk lima hari kita puasa, semoga kita dapat menggandakan pahala amalan kita dan amal ibadat. Untuk disepanjang bulan Ramadhan yang mulia dan penuh barakah ini, sukalah saya menyisip sebuah cerpen untuk santapan rohani dan jiwa. Ntah manalah dapat cerpen ni, tau-tau je ade dalam laptop. ha ha…

Najwa melangkah longlai menuju ke kampus. Bukan kerana penat tubuhnya, tetapi terasa jiwanya ada sesuatu yang tidak kena. Najwa terasakan dirinya ibarat belon yang tak cukup udara, tekanan atmosfera luar yang lebih tinggi memenyekkan belon itu. Ramadhan telah berlalu, separuh daripadanya. Najwa mengkontemplasi saat-saat lepas di dalam Ramadhannya kali ini, apakah yang telah dicapainya.

Ditakdirkan Allah, assignments di universiti sangatlah banyak, yang kadang-kadang dia tidak mampu untuk iltizam dengan tilawah Al Quran 1 juzuk sehari. Mahupun ingin berlama-lama di atas sejadah, kerana discussion di sana sini. MP3 player berisi bacaan ayat-ayat Al Quran oleh Sheikh Mishari al Efasy menjadi peneman jiwanya yang terasa kosong.

Ya Allah, jangan jadikan aku orang yang mensia-siakan bulan barakah ini..” Najwa mengeluh sendirian.

Penat juga dia mengenangkan, kenapa pula kelopak matanya tersangat kering. Dia juga letih mengenangkan, kenapa apabila dia membaca kalamullah tidak tersentuh jiwanya. Najwa teringat surah Al Anfal ayat 2:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah apabila disebut nama Allah, bergementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhan mereka sahajalah mereka bertawakal”

Najwa mengulangi doa yang diajarkan Rasulallah SAW.

“Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan. Jangan tinggalkan aku sendirian walau dengan kadar sekelip mata. Perbetulkan segala urusanku. Laa ilaha illa anta (Tiada Tuhan selain engkau)” Riwayat Abu Dawud, Ahmad.

Najwa singgah duduk di satu “bench” di bawah pokok. Musim bunga kali ini dirasakan tidak membunga-bungakan iman di dalam hatinya.

“Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan”. Dalam Najwa mengulangi doanya itu, tiba-tiba terdetik di dalam hatinya:

Benar-benarkah hanya rahmat Allah yang dia harapkan?

Benarkah hanya kepada Allah dia berharap, benarkah dia berharap Allah mengiringinya di dalam setiap urusannya.

Najwa teringat suatu peristiwa, semasa Najwa mengajak beberapa juniornya untuk mengikuti halaqah mingguan. Dia terasa sangat “excited” kerana nampak wajah-wajah baru yang ingin mendekatkan diri kepada Allah. Pada hari tersebut, Najwa dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan tazkirah. Usai tazkirah tersebut, Siti, salah seorang juniornya berkata kepadanya, “Best la tazkirah kak Najwa…

Najwa terasakan dadanya kembang keseronokan.

Najwa tersentak… Kelopak bunga spesis Rhododendron berterbangan ditiup angin.

“Oh.. di situlah silapnya… Benarkah aku hanya mengharapkan rahmat Allah dari amal yang aku perbuatkan? Rupa-rupanya, aku masih seronok dengan pujian. Sedangkan aku tak tahu, sama ada amal itu masih diterima Allah atau tidak…. Ya Allah, benar-benar kali ini… Hanya rahmat Engkau sahaja yang aku harapkan… Lebih baik sekiranya manusia benci aku atas usaha aku, asalkan Engkau tidak marah kepadaku”

Najwa mengenangkan, rahmat Allah sudah semestinya tersangat besar. Allah, Dialah Tuhan yang telah menyelamatkan Najwa daripada lemas di dalam paya busuk jahiliyah. Allah, Dialah Tuhan yang telah melahirkan perasaan malu dalam dirinya, lalu perasaan malu itu menyelematkan Najwa dari ikhtilat (percampuran bebas lelaki dan perempuann), lalu dengan perasaan malu itu, pakaiannya semakin sopan menepati ciri-ciri muslimah. Allah, Dialah Tuhan yang telah memilihkan teman-teman seperjuangan yang saling memperingatkan kepada kesabaran, keimanan dan mengajak kepada amalan soleh.

Najwa teringat lagi, apabila dia sibuk mengendalikan program-program islami semasa cuti musim bunga. Masya-Allah, Allah telah beri dia keizinan untuk berlari ke sana ke mari, kelam kabut, berpenat-penatan untuk memikul tugasan dakwah. Allah telah beri peluang untuk dia mujahadah. Tapi, dia kelam kabut dalam solatnya kerana ingin mengejar urusan “dakwah”nya. Dia tidak dapat iltizam dengan tilawah Al Qurannya. Dia tidak sempat berhenti seketika untuk muhasabah amalan-amalannya. Tiba-tiba Najwa tersentak lagi..

“Mengapakah kamu suruh orang lain mengerjakan amal kebaikan, sedang kamu melupakan diri sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab? Maka tidakkah kamu berfikir?”

Najwa teringat Surah Al Baqarah ayat 44, ya benar… Dia telah melupakan dirinya sendiri.

“Ya Allah, benar-benar kali ini.. aku mengharapkan Mu jangan tinggalkan aku bersendirian bersama urusan-urusanku.. walau pada kadar sekelip mata,” Najwa berharap.

Sesungguhnya manusia itu pelupa sifatnya. Manusia zalim terhadap dirinya. Hanya atas rahmat Tuhan Yang Maha Penyayang yang mampu menghindarkan manusia daripada menzalimi diri mereka sendiri.

Manusia jua mudah terasa dirinya serba cukup. Mudah sahaja terasa bahawa dia tidak perlukan sesiapa untuk membantu urusannya. Kerana dia mempunyai kepandaian, kekuatan fizikal dan kelebihan untuk mengendalikan urusan hariannya. Tetapi, manusia lupa.. Di belakang sesuatu urusan, Allah, Tuhan yang Maha Mengetahui sedang memerhatikan apa yang manusia perlakukan. Malah, Dia mengetahui apa yang berada di benak fikiran dan lubuk jiwa insan.

Najwa terkedu.

“Hah! Termenung apa tu!” Najwa disentakkan oleh temannya, Hayati.

“Awak ni, terkejut saya tau!” Najwa mencebik.

“Alah.. maaflah.. Assalamualaikum” Hayati tersengih sambil beri salam.

“Awak dah sampai ke negeri China ke tadi Najwa? Maaflah ganggu kembara angan-angan awak” Hayati memang terkenal dengan sifat suka menyakat. Walaupun begitu Hayati memang seorang yang sangat tajam pemerhatiannya.

Najwa sengih sahaja. Najwa bertanya kepada Hayati, “Kaifa imanuki? (Apa khabar iman kamu?).”

Hayati senyum, “Alhamdulillah.. Alhamdulillah… I hope to stay in Ramadhan all the time!”

Najwa sambung lagi, “Kongsi la tips. How to benefit this Ramadhan!”

Hayati melarikan anak matanya ke kiri dan ke kanan. “Err… Saya tak pandai la bab-bab kasi tips ni. Tapi, saya nak share something. Tazkirah yang saya dengar from Sheikh masa solat tarawikh kat musollah”

“Surah Al Ma’un ayat 4-5.”

“Dalam ayat 4.. Allah cela orang yang bersolat. Pelik ye, kenapa pula bila kita bersolat, yakni beribadah tetapi kita masih dicela oleh Tuhan kita. Awak rasa-rasanya kenapa, Najwa?” Hayati buat soalan KBKK pula.

“Alah, mana la saya tau… Awak citer je la” Najwa malas nak fikir.

“Okey lah, kalau kita tengok ayat 5, Allah cakap “iaitu orang-orang yang lalai di sekitar solat mereka”.. “Kalau tengok perkataan Arab ‘an solaatihim, bukannay fi solaatihim. Maksudnya, Allah cela orang-orang yang lalai di sekitar solatnya, iaitu di luar solatnya dia lalai. Bukan referring to orang yang lalai within his/her solat. As if, orang tu dah defeat the purpose of solatnya kerana solatnya masih tidak dapat melindungi dirinya daripada berbuat maksiat apabila dia selesai solatnya. Itu sebab Allah cela”

“Macam kita lah, kalau dok dalam halaqah, kita asyik cerita pasal kena amar ma’ruf nahi mungkar… Tapi kalau di luar halaqah, kita tak buat pun apa yang kita perkatakan tu.. What is the purpose of the halaqah to begin with?” Hayati berkata.

Najwa tertunduk. “Jazakillah ukhti…”

Hayati berkata, “Awak ni cam ade problem je……”

Najwa melarikan pandangannya, “Hmm.. Biasalah, hati kurang sihat.”

Hayati berkata lagi, “Alhamdulillah.. Awak masih dapat rasakan sama ada hati awak baik ke tidak. Rasulallah pernah cakap, sapa yang dalam saat imannya rendah, tapi masih berpegang kepad Sunnah baginda, sesungguhnya dia telah mendapat petunjuk”

“Iman kita memang ada up-s and –down-s. Tapi di saat down ni, sebenarnya Allah nak kasi clue kepada kita. Betapa sebenarnya seronok dan indah apabila iman kita baik. Allah nak beritahu kita bila kita tengah down ni, bahawa Allah rindu dengar kita merintih dan mengadu kepadanya..”

“..Sepertimana ada satu Hadith Qudsi, Allah berfirman “wahai malaikat, turunkanlah musibah ke atas hambaKu, kerana aku rindu mendengar dia merintih kepadaKu”

You know what, Najwa…Asalnya , kita tak perlu pun mengadu kat Allah dosa-dosa yang kita buat atau kejahilan yang kita buat.. Sebab Allah memang dah tau pun. Tapi Allah suruh kita doa dan mengharap kepadaNya, supaya kita lebih akrab kepada Allah” Hayati mengusap-usap kepala Najwa.

Najwa menyeka air mata. Ah! Akhirnya basah juga kelopak matanya!

Benarlah, bertafakur lebih baik daripada solat 1000 rakaat. Kini, Najwa terasa qalbunya lebih ringan. Mudah-mudahan langkahnya selepas ini mengharungi saat-saat terakhir Ramadhan, diterima oleh Allah.

sumber: link

Thursday, August 4, 2011

Nikah gantung satu alternatif

بسم الله الرحمن الرحيم

Artikel ini saya nak kongsikan atas permintaan seorang kawan, Soleh namanya.

Taysir Az Ziwaj ialah " Permudahkan Proses Perkahwinan " terutama kepada anak - anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan .

Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan [ nafsu ] syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul , benar dan baik .

Gejala seks bebas [ zina ] dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul , tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain . Sedang Islam menggalakkan perkahwinan [ aqad nikah ] agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal . Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia .ala

Firman Allah swt yang bermaksud :

dan kahwinkanlah orang - orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang - orang yang soleh dari hamba - hamba kamu , lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui . An Nuur : Ayat 32

Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas [ zina ]. Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib [kerajaan] seperti [ sekadar menyebut beberapa contoh ] :

  1. Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin
  2. Memberi insentif sebagai galakan berkahwin
  3. Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan
  4. Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
  5. Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan
  6. Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
  7. Merendahkan hantaran perkahwinan

Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung . Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :

  1. Suami
  2. Isteri
  3. Wali
  4. Saksi
  5. Aqad [ Ijab Qabul ]

Cuma bezanya ialah pasangan pengantin [ suami isteri ] tidak tinggal serumah dalam tempoh - tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti [sekadar menyebut beberapa contoh] :

  • Masih menuntut di kolej atau uniersiti
  • Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
  • Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga

Justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan [ atas persetujuan bersama kedua - dua pihak ] dan barangkali tinggal bersama keluarga masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan diatas telah selesai dan mereka benar - benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.

Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang - undang negara . Andai dalam tempoh itu mereka bertemu , keluar makan , dating , study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks , maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram .

Andai berlaku kehamilan , maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab [ keturunan ] . Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah .

Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata - ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang . Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama . Akhirnya , jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara .

Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab . Menurut amalan tersebut , sewaktu majlis pertunangan , ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah [ halflun nikah ] tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali [serumah] sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan [haflul Qiran] . Terkadang tempoh itu [ antara pertunangan dan perkahwinan menjangkau tahun lamanya.]

Dalam masyarakat Melayu , amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan nama Nikah Gantung . Ia pernah di kaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz , Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara .

Malah menurut Abdul Jalil Borhan , perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 [dalam bahagian 5] enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor.

Perbahasan Hukum

Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim , Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun . Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah , maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.

Apabila pasangan pengantin [ nikah gantung ] bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi , maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin [ jima' \ bersetubuh ] . Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir [ material ] . Berkait perkara ini , kita mempunyai beberapa pandangan :

  • a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini [ nafkah zahir ] wajib dengan berlakunya aqad , maka selepas sahaja aqad nikah , suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya .
  • b] Pandangan Jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat - syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami [ berpindah ke tempat suami ] , boleh melakukan istimta' [ mengambil keseronokan] , jima' [ bersetubuh ] , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya .

Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa : bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku . Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama , maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri , buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .

Tegasnya saya sebutkan disini , terutama kepada pihak berkuasa agama , ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak - anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam . Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak , tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak - anak gadis dan teruna kita berpeleseran , bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan . Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar , murka Allah swt itulah yang paling ditakuti

sumber: link

Wednesday, August 3, 2011

Apa salahnya wanita meminang lelaki ?

Apa salahnya wanita meminang lelaki ?

Ya, apa salahnya ya. Kalau kita dah jumpa mereka yang berkenan di hati adakah kita mahu tunggu sahaja sehingga dia datang melamar kita? atau kita buat gaya seolah-olah kita ni minat kat dia? atau kita buat gossip murahan melalui kawan-kawan kita? atau kita akan cuba sesuatu yang menarik minat lelaki tu?

Sekarang zaman dah berubah. Tapi kalau nak diikutkan zaman tak pernah pun berubah, hanya mindset kita sahaja yang berubah. Bahkan sebenarnya zaman dah berulang kembali. Bukan berubah.

Tiada salahnya wanita meminang lelaki dan hal ini sabit dalam syarak dan juga dilakukan sendiri oleh wanita pertama Islam iaitu Khadijah ra.

Berkata Ibn Hisyam ra dalam mengisahkan teladan Khadijah ra dalam menawarkan dirinya kepada rasulullah dengan mengutuskan perantara (orang tengah) bagi menyampaikan hajatnya kepada rasulullah dengan menyampaikan pesanan khadijah ra :

“Wahai anak saudara pak cikku, sesungguhnya aku telah tertarik kepadamu dalam kekeluargaanmu dan sikap amanahmu dan kebaikan akhlakmu dan benarnya kata-katamu….” (lihat Sirah Nabawiyah oleh Muhammad Abd Malik Ibn Hisyam m/s 122 Jilid 1).

Bukanlah sesuatu yang aib dan memalukan sebaliknya merupakan sunnah dan kebaikan ini berdalilkan kepada hadith dari Anas ra yang berkata telah datang seorang wanita kepada baginda rasulullah salallahualaihiwasalam dan menawarkan dirinya kepada baginda dengan berkata :

“Wahai rasulullah apakah engkau berhajat kepada aku ?

lalu ketika menceritakan hadith ini maka menyampuklah anak perempuan Anas ra dengan mengatakan sungguh kurang malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas ra :

“Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri) lebih mulia dan baik darimu kerana dia mencintai nabi salallahualaihiwasalam dan menawar dirinya demi kebaikan” (lihat hadith sahih dalam riwayat Bukhari no 5120 , Nasaie dan Ibn Majah).

sumber: link