Apa salahnya wanita meminang lelaki ?
Ya, apa salahnya ya. Kalau kita dah jumpa mereka yang berkenan di hati adakah kita mahu tunggu sahaja sehingga dia datang melamar kita? atau kita buat gaya seolah-olah kita ni minat kat dia? atau kita buat gossip murahan melalui kawan-kawan kita? atau kita akan cuba sesuatu yang menarik minat lelaki tu?
Sekarang zaman dah berubah. Tapi kalau nak diikutkan zaman tak pernah pun berubah, hanya mindset kita sahaja yang berubah. Bahkan sebenarnya zaman dah berulang kembali. Bukan berubah.
Tiada salahnya wanita meminang lelaki dan hal ini sabit dalam syarak dan juga dilakukan sendiri oleh wanita pertama Islam iaitu Khadijah ra.
Berkata Ibn Hisyam ra dalam mengisahkan teladan Khadijah ra dalam menawarkan dirinya kepada rasulullah dengan mengutuskan perantara (orang tengah) bagi menyampaikan hajatnya kepada rasulullah dengan menyampaikan pesanan khadijah ra :
“Wahai anak saudara pak cikku, sesungguhnya aku telah tertarik kepadamu dalam kekeluargaanmu dan sikap amanahmu dan kebaikan akhlakmu dan benarnya kata-katamu….” (lihat Sirah Nabawiyah oleh Muhammad Abd Malik Ibn Hisyam m/s 122 Jilid 1).
Bukanlah sesuatu yang aib dan memalukan sebaliknya merupakan sunnah dan kebaikan ini berdalilkan kepada hadith dari Anas ra yang berkata telah datang seorang wanita kepada baginda rasulullah salallahualaihiwasalam dan menawarkan dirinya kepada baginda dengan berkata :
“Wahai rasulullah apakah engkau berhajat kepada aku ?
lalu ketika menceritakan hadith ini maka menyampuklah anak perempuan Anas ra dengan mengatakan sungguh kurang malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas ra :
“Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri) lebih mulia dan baik darimu kerana dia mencintai nabi salallahualaihiwasalam dan menawar dirinya demi kebaikan” (lihat hadith sahih dalam riwayat Bukhari no 5120 , Nasaie dan Ibn Majah).
sumber: link
peh..sume berkisarkn munakahat je..haha..nk tau guane ade notification ek?
ReplyDeletehehe.. blog ni memang dr dlu lagi berkisarkan munakahat..haha..
ReplyDeletehmm.. melalui email atau subscription, ko kena ambil feed 2.0 dekat browser ko kalau ada.. tapi aku guna email jer... nampak dah orang hantar komen...
oh kne bukak sokmo ke emel?mls sguh..haha
ReplyDeletenah link undilah PAS
http://adiwidget.blogspot.com/search/label/Parti%20Islam%20SeMalaysia
aah la.. baru nampak.. tak pun kat dalam blog ada recent commentkan.. tgk la kat sana ada org komen ke tak... mcm tu je.. ni bukan fb...hahaha
ReplyDeletewah terbaikla... haha, kena buat blog baru la ak pasni...
haha
ReplyDeleteleceh je nk buat blog baru..igt sng mcm fb ke?hoho
http://www.facebook.com
ReplyDeletekahwin..kahwin..kahwin...
"hanya kerana aku seorang pendiam,tidak bermakna aku tiada apa-apa untuk diperkatakan"
hahaha.... betul2... tapi aku nak buat satu fake akaun nanti....
ReplyDeletekerol: aish kerol... promote fb nampak... guwa puasa dong...haha...
"bukan jenis aku yg melayan pompuan melebihi kaum lelaki x kira dlm fb,phone,chat atau di alam nyata"