Tuesday, August 9, 2011

Tips mencari jodoh

Alhamdulillah, untuk entry kali ini, kita bicarakan bagaimana nak mencari jodoh. Tapi bagi sapa-sapa yang dah jumpa jodoh pun, boleh je baca. Manalah tahu nak pasang dua ke tiga ke empat ke. Tapi sebarang risiko anda tanggung sendiri la ya. Wawa.

Berdasarkan respon dari ustaz, jadi saya simpulkan bahawa ada beberapa step dalam mencari jodoh ni.

بسم الله الرحمن الرحيم

Pertamanya perlu kita sama-sama insafi bahawa tiada satu kuasa yang mampu menjodohkan seseorang kecuali Allah SWT. Tiada seorang manusia yang mampu mengahwinkan manusia lain, kecuali dengan keizinan Allah SWT. Maka, perkara pertama yang perlu dibuat ialah

  • mengekalkan doa yang sedia dan memperbanyakkan doa agar dibantu oleh Allah mempertemukan jodoh yang baik.

Sentiasa ingat, tiada usaha yang mampu menembusi takdir Allah. Hanya Allah sahaja akan memberikan jodoh dan perkahwinan apabila tiba masanya. Oleh itu, biarlah hati kita sentiasa meletakkan pergantungan penuh kepada Allah.

Keduanya,

  • berikhtiar.

Berikhtiar itu adalah sebagai bukti kita tidak putus asa dengan ujian Allah. Orang-orang yang tidak berikhtiar, seolah-olah dia telah putus asa dengan rahmat Allah. Ini salah ya. Jangan putus asa, kalau cuba sekali sudah gagal. Jangan berhenti, minta orang tengah carikan lagi calon lain. Tidak semua cubaan berjaya. Jangan merasa malu atau segan. Ini adalah proses biasa, cuba dan cuba lagi sampai dapat.

Ketiganya, bentuk-bentuk usaha yang boleh dibuat.

  • Solat hajat setiap malam, selepas solat isyak. Minta Allah buka jalan untuk menemui jodoh yang baik. Amalkan setiap malam.
  • Minta orang yang ‘dipercayai’ tolong carikan pasangan. Kalau boleh, mintalah ‘bapa’ yang lelaki. Jangan minta IBU. Sebab ibu orang perempuan. Jadi, langkahnya dan kenalannya tidak luas. Jika minta bapa, mungkin kenalannya lebih luas. Jika bapa tidak mampu, mintalah ‘bapa saudara’ atau adik beradik lelaki carikan.
  • Jika ahli keluarga tidak mampu. Boleh minta tolong ‘ustazah’ yang mengenali diri kita mencarikan pasangan untuk kita. Jika ustazah juga tidak mampu, minta tolong ustaz yang kita kenal (bukan ustaz cinta). Adalah lebih baik meminta bantuan orang yang dekat dan mengenali diri kita. Agar komunikasi tidak menjadi sukar dan boleh elakkan salah faham.
  • Jika semuanya tidak berhasil, maka cuba muhasabah diri. Jauhkan maksiat dan sucikan hati dengan amalan fardhu dan sunat.

Ingat pesanan nabi SAW :

- Amanah akan mendatangkan rezeki.

- Maksiat seseorang akan menghalang rezekinya.

Kesimpulannya, jodoh adalah rezeki Allah. Jadi, cubalah kita menjauhi sebarang maksiat dan sentiasa amanah menunaikan hak-hak Allah. Pasti Allah akan memudahkan kita mendapat rezeki yang berupa jodoh. InsyaAllah. Kita hanya mencari dan Allah sajalah yang menentukan. Tapi selain jodoh, perlu kita ingat tanggungjawab kita yang lain pada agama Allah. Janganlah kita terlalu sibuk mencari jodoh sehingga mengabaikan tanggungjawab kita pada Allah. Semoga Allah memudahkan jalan pada kita. Amin.

6 comments:

  1. hehe.. biar aku jadi tuk ko kerol..haha.. ak bukan ape.. bende ak da jumpe, pe salahnye ak share kan~

    ReplyDelete
  2. salam! nice blog and great post dhon! :)

    ReplyDelete
  3. wassalam.. syukran atira.. u too hve a great blog! n_n

    ReplyDelete
  4. tu ha.. suh kerol tolong mgkn die bole mmbntu.. haha

    ReplyDelete