Tuesday, December 9, 2014

Matahari

Terbenam wajah melihatnya seketika.

Pandangan senja yang penuh mendamaikan. Membawa ku pergi melupakan hal dunia. Aku perlu tenang sejenak.

Berlari pergi meninggalkan hal hal duniawi. Pada keindahan rona senja. Aku melabuhkan segala perasaan.

Semoga segala masalah ku terbenam, seperti terbenamnya dirimu. Dari pandang mata manusia. Senyum. :)


Friday, October 17, 2014

Hampir kesitu..

Adakalanya kita rasa kita mahu hampir ke syurga.

Tapi perjalanan itu masih panjang. Kita tidak pernah sedikitpun mahupun hampir di syurga Tuhan. Bayangan, dosa silam menghantui sepanjang perjalanan.

Namun sinar harapan, untuk terus berusaha, menjadi hamba sebaik mungkin. Tiada pernah surut. Malah mengibar azam dan harapan. Jalanku disoroti dengan nian pelita yang hampir padam. Segelap titik hitam yang mendiam dalam hati.

 

Inilah hamba yang penuh sekali dengan kesalahan pada PenciptaNya. Tiada pernah kenal erti sesal dan taubat. Istighfarnya hanya bermain dibibir. Melakarkan symposium atas angin yang sia-sia.

Setiap bait katanya, akhlak dan perilakunya di khalayak ramai, senyiur daun yang melambai. Melayarkan orkestra “Konserto Terakhir”.. Indah di pandangan tuan dan hamba.

 

Inilah hamba, walau beribu kali sesal di utarakan. Semaraknya bak bah memukul pantai. Namun akhirnya surut ke samudera. Walau beribu kali sesal ku bisikkan padaMu Tuhan, namun adakah pada akhirnya jalan ku akan kembali ke muaraMu ?

atau ia akan berhilir ke arah lembah yang membakar.

 

Sungai kehidupan ini masih mengalir, sederas arus dunia yang menghambatku ke perosok sana. Tiada dahan untuk ku berpaut. Hanya menanti sinar hari esok. Pulang ke pangkuan ribaMu.

 

Hanyalah padaMu doa dan harapan. Dan tawakal setinggi awan. Usahaku untuk meraih redhaMu yang hanya tinggal kini, dan untuk selamanya. Selama nyawa direlung jantung.

 

..

 
 
 
 
 

p/s: Jumaat, 17/10/2014. Kak Ema jiran rumahtangga ku telah kembali ke rahmatullah. Semoga Tuhan berkati roh dan amalannya. Hidup ini hanya sementara. Itu yang aku cuba sampaikan pada diriku. Kenapa aku masih tidak mengerti. hm ~

Friday, August 29, 2014

Sekejap sahaja..

Itulah ungkapan yang sering ku dengar.

Bila aku meluahkan letihnya belajar. Mahu berhenti belajar. Lama lagikah ? “Sekejap sahaja.” Diulang-ulang sehingga aku merasa bosan. Bagaimana harus melaluinya ?

Masa begitu perlahan berlalu, apabila aku sering menghitung saat. Dari saat jatuh ke minit. Dan seterusnya jatuh ke jam, ke saban hari dan minggu. Sehingga berlangsungnya hari yang aku tunggu.

Bila saat sukar berlalu dalam hidup. Itulah detik yang aku pinta pada Tuhan. Berlepas daripada ujian yang sukar. Kesabaran terlalu menggugat keimanan, yang pada akhirnya akan disinari dengan kebahagiaan.

Sabar.

Inilah ayat klise yang selalu diutarakan oleh mereka. Setutur lidah meluncur perkataan ‘sabar’. Atau ingin aku penuhkan bicara mereka seperti ini, “Sabar, sekejap sahaja… ” .

 

Ujian ini terlalu menghambatku.

Aku yakin, aku benar-benar telah kehilangan cahaya. Terperosok ke dalam. Timbul tenggelam. Tiada daya melawan gelora. Hanya terngiang ditelingaku adalah ‘sabar’. Namun, berapa lama lagikah ?

 

“Sekejap sahaja…”

 

Aku meyakininya. Mungkin pada suatu hari nanti, saat yang dilalui ini, hanyalah sekejap sahaja. Ketenangan yang aku cari selama ini. Perjalananku semakin hampir ke muara akhirat.

 

Wahai, indahnya.

Jika aku dapat merasai kesabaran itu semula, yang sering kalian utarakan. Kerna ianya semakin haus di gesel bersama ujian. :)

 

‘Sabar, dimanakah kau sekarang ?’

 

 

Monday, August 18, 2014

Sebiji roti..

Pernah sekali, dalam satu hari. Aku memakan roti perisa jagung, dengan penuh sebak dan juraian air mata. Hari itu, aku hanya memakan sebiji roti. Belum pernah aku merasa begitu bersyukur, dengan nikmat yang telah Allah beri selama ni.

Dengan roti itu aku bersabung nyawa. Aku pecahkan duit tabung, "Alhamdulillah, cukup beli sebiji roti." lalu air mataku tumpah tanpa segan silu. Hanya itu yang ada.

Aku kunyah dengan perlahan. Dan dengan perlahan air mata tumpah lebih laju. Aku minta pada tuhan, tabahkanlah hati ini. Dan tangisanku mula menjadi. Seperti anak kecil meronta-ronta.

Rapuh. Badan ku semakin susut. Sujudku betul-betul tenggelam dalam larut dunia. Esakku menjadi. Aku pandang bilik, sepi. Lalu aku hamburkan segala.

Malam itu ditemani dengan unggas berterbangan di angkasa, ada seorang hamba yang kehilangan cahaya, merintih sayu. Suaranya berkeladak, tersekat dikerongkongan. Meminta simpati tuhan.

Dia memandang, pada plastik pembungkus roti. Lalu tangisnya kembali lagi. Dan dengan penuh tiada daya, dia tidur bagi menghilangkan rasa duka. Atau mungkin rasa hiba.

Sebungkus roti perisa jagung, itulah makanan yang paling enak yang pernah dia rasa.

Walaupun rasanya sama...

Thursday, August 14, 2014

Sayap-rindu..

MENUNGGU DI SAYAP RINDU

Burung pun bernyanyi
melepas segala rindu
yang terendam malu
di balik qalbu

Angin pun menari
mencari erti
apakah ini fitrah
ataukah hiasan nafsu

Didalam sepi ia selalu hadir
Didalam sendiri ia selalu menyindir

Kadang meronta bersama air mata
seolah tak kuasa menahan duka
biarlah semua mengalir
berikanlah kepada ikhtiar dan sabar
untuk mengejar

Sabarlah menunggu
Janji Allah kan pasti
Hadir tuk mendatang
Menjemput hatimu ..

 

 

 


cp. shared

Friday, July 25, 2014

Prioriti..

Memilih prioriti dalam autoriti.

Berkisar soal jodoh episode lalu, aku telah memutarkan tentang pilihan yang bagaimana harus kita cuba. Memilih prioriti dalam autoriti. Ia satu subjek yang mudah untuk dihadam.

Cerna baik-baik.

Dalam memilih pasangan, kita ada autoriti untuk memilih. Dalam sebuah hadis, Nabi bersabda, pilihlah pasanganmu berdasarkan kecantikan, keturunan, harta, dan agama. Ini autoriti.

Namun,

Dalam hadis demikian, nabi dah highlight untuk memilih agama berdasarkan keempat-empat pilihan terbabit. Ini prioriti. Keutamaan. Maka pilihlah beragama. Memilih prioriti dalam autoriti. Kekuasaan kita.

You decide it.

 

Memang sukar untuk mengukur agama seseorang, maka jika ketahui oleh kita baik agamanya, taatnya pada orang tua. Maka tugas kita menyempurnakannya. Nak terus cari sempurna ?

Tiada masalah kalau jumpa.

 


p/s: Suka benar aku tajuk nih. Entah kenapa..

 

.

Monday, July 21, 2014

Campak-belakang..

Pejam pelik pejam pelik, empat tahun sudah berlalu.


Pelik betul.

 

Masa berlalu bagaikan angin yang bertiup kencang. Menerawang meninggalkan daku asap yang berkepul-kepul di liang eksos motor, terkulat-kulat tidak berdaya. Meninggalkan ku seribu satu cerita dan pengalaman yang sangat berharga,

 

ketika berada di buminya Melaka…

 

Saat pertama kalinya memijak kaki di sini. Ku lihat serba serbi kekurangan di sana sini. Tanggapan ku meleset. Fakultiku merempat merata-rata. Itu cerita semester pertama.

 

Masuk semester kedua,

Fakultiku dipindahkan ke Cubic sana. Mulanya tak berapa berkenan. Banyak infrastruktur yang masih belum sempurna. Bumbung bocor sini sana. Bangunan pun masih lagi disewa. So, tiada apa nak dibangga. Pengajianku, ku teruskan jua.

 

Masuk semester ketiga,

Aku masuk tahun dua. Tapi kolej kediaman ku tercampak ke ceruk dunia. Aduh ! Jauhnya.. Tahun ni, ditaklifkan dengan bermacam-macam jawatan, tapi ya.. Hanya sebagai kuli sahaja. Tak hebat mana.

 

Masuk semester keempat,

Masih lagi berada di tahun dua. Dipenggal yang kedua. Belajar bagaikan nak gila. Pelajaran ku di ambang kejatuhan. Sedikit demi sedikit pointer jatuh tanpa rasa kasihan. Aku yang tercungap-cungap kebasahan.

 

Melangkah ke tahun tiga, ku mula membawa diri. Pergi bersama teman sekelas, serumah menyewa. Konon, yakin gila pointer akan naik. Tapi aku lupa, tanpa usaha kita tak kemana. Demikianlah nasib, bujang pak malang.

 

Sampai satu saat, pengajianku tergendala.

 

Aku hilang tiba-tiba. Kaki ini didorong Maha Kuasa, melihat sudut lain pada sebuah kehidupan.

Yang yakin, teramat yakin pada rezeki, ajal dan jodoh.
Yang tiada pada hatinya dunia.
Yang tidak mengejar sijil semata-mata.
Yang menghambakan seluruh penghidupannya dengan yang Esa.

Itulah hati yang mendendang harap. Pada kalam Allah, cintanya bersemi, mengimani dengan segenap leluruh dedaun yang berterbangan. Aku temuinya satu pelajaran, dalam satu semester yang panjang. Harga sebuah keyakinan.

 

Semester ketujuh baruku usai berlalu. Rentak langkahku masih layu. Sama seperti dahulu. Yang beda hanya satu. Azam aku untuk bergerak dengan lebih laju. Untuk mengejar langkah sahabatku yang telahpun beransur lalu. Takpe, biarkan sahaja. Jalanku, ternyata jauh lebih panjang tak seperti diduga.

 

Masih ada satu semester berbaki. Dengan imbuhan kredit yang sangat menggila. Mampu atau mampu ? Positifkan saja. Kerna aku yakin, disebalik kesulitan, ada kemudahan. Biar keruh air dihulu. Mungkinkah jernih dimuara ?

 

Untuk satu lagi arus yang akan ku lalui. Aku akan betah disini. Redah, dan lalui onak duri.

Bersendiri…

 

Telah tertulis suratan nasibmu
derita buatmu ada hikmahnya..


p/s: Lama tak menconteng kanvas putih ini disini. Post sekali sekala akan membuatkan ia sangat berharga. Bukankah begitu ? :)

 

.

Saturday, June 14, 2014

Panas..

Manusia.

Ada sahaja istilah yang digunakan bagi menampakkan sesuatu benda itu terjadi kerna ‘scientific reason’.

El-Nino lah.

Tsunami lah.

Katrina lah.

and to name a few.

 

Ketepikan segala istilah-istilah yang digunapakaikan selama ini. Seolah-olah menampakkan sesuatu benda besar itu terjadi kerana putaran alam, or some other reason relate to earth’s age. Or any other digestible reason that could be warm for some kind of creature to proceed destroying the nature habitat.

Fikirkan,

Kenapa benda ini terjadi ?

Sebab apa benda ini terjadi ?

Kuasa mana yang membuatkan ini terjadi ?

 

Tuhan, cuba menyedarkan kita. Betapa kita telah jauh melakukan kemungkaran dibuminya. Kita hamba yang berdosa. Tak pernah sekalipun kita cuba menyenangkan hati Tuhan kita, meraih redhaNya.

 

Padanlah Tuhan murka.

 

Panas … Panaskan ?

 


p/s: Guwa pun panas jugak nih. Baca berpuluh kali, tapi masih jua tak faham apa yang soalan cuba nak sampaikan . Oh final exam, be warmed.

 

Saturday, May 24, 2014

Seindah biasa..

4 tahun yang lepas

Kami berkumpul bersama-sama. Dan tatkala kami berkumpul, bicara baitul muslim mesti tidak pernah lepas. Bergurau dengan sejenakanya. Dan dalam kumpulan kami, bicara yang biasa-biasa, akhirnya menjadi nyata.

dan masa itu pun semakin berlalu..

 

Meninggalkan segala memoir indah bersama. Salah seorang dari kami telah pun mengotakan apa yang dikata. Inilah dinamakan gurauan berbisa. Waima, aku antara orang yang paling galak, bila isu sensitip ini disentuh.

 

Isu ni lah yang membuat aku belajar sesuatu. Belajar melalui pengalaman hidup, melalui pengamatan, dan pemerhatian. Namun, belum sampai lagi kepada penghayatan…

 

Setelah sekian masa bergulir

Isu ni semakin lama semakin tenggelam. Mungkin setelah sekian disibukkan dengan tugas dan amanah sebagai pelajar.

 

Namun, entah bagaimana…

Usrah pada malam itu, hanya kami bertiga.

 

Sharing moment, tentang sesuatu yang telah lama pergi. Kembali timbul, menghangatkan arena pentas akhir. Dipenghujung usia seorang pelajar.

 

Ianya segala berkisar tentang kasih sayang. Yang Allah utuskan pada tiap-tiap hambaNya. Mereka diseru dengan seruan kasih sayang. Harus saling mengasihi antara sesama insan dan makhluk yang lainnya.

 

4 tahun berlalu

 

Kami masih sama. Namun masa tidak akan pernah sesekali sama. Duduk di dalam sebuah bulatan bahagia. Menceritera sebuah pengalaman panjang, walau belum pernah bersua dengannya. Duduk membicarakan perkara ini dengan lebih matang melihat. Bukan hanya sekadar gurauan berbisa lagi.

 

Baitul muslim yang didirikan,

 

Memerlukan tiang-tiang yang kukuh. Bata-bata yang ampuh. Bumbung-bumbung yang meneduh, sejuk panas dan hujan.

Begitupun, soal amanah dan tanggungjawab, ia harus dipikul. Dengan seganyang-ganyangnya rasa, dan selumat-lumat pengertian.

 

Usrah pada malam itu, hanya kami bertiga.

 

Namun, dengan watak yang berbeza. Dan karakter yang berbeza. Kerna masa telah mendewasakan kita. Mengajarkan kita tentang sebuah silabus dalam hidup. Pengalaman.

 


p/s: perjalanan ni masih panjang. itu yang selalu aku bisikkan dalam kalbu terdalam. tentang bagaimana kesudahan cerita ini.

 

psm.. hmmph~

Wednesday, April 30, 2014

Cossy..

Dear my forever alone online diary,

I had made up my mind. Due to the burden circumstances that I have been gone through all this while, I’m decided to migrate far far away to the Mother of the beautiful Island. Where is it?

yea, it is country of Kiwi’s fruit. New Zealand. Sound impossible right? Everyone have their own dream. Either to me. I rather particularly pick this dream to live peacefully so that no one will knew about me and no one ever questioning my name again. Poor me born as Dhon Damaska. I do not know whereas to put this name. This name is not belong to Malaysian people to know. Because they all feel awkward, HahaHaha.

So, for the time being, I will learn a little a bit about the historical story of the NZ, and seek the opportunity to get a work there. And for the time being, try from time to time to improve my English language. Haha.

Till then, So long Malaysian. n_n v

Monday, April 21, 2014

Dia..

Dhon Damaska bin Darwin. Nama ayah Darwin bin Burhan. Nama mak Masnita binti Zaini. Mak ayah membesar di kota Pariaman, Padang.

Anak sulung, daripada lima orang adik beradik. Nama adik-beradik:

1. Dhon Damaska

2. Eron Damaska

3. Zulhadi Damaska

4. Ahmad Amyrul Damaska

5. Nurul hazlin Damaska.

Lahir kat Hospital Bersalin Kuala Lumpur. Sebuah keluarga miskin yang tinggal di rumah setinggan. Lepas tu terbakar, tumpang rumah orang lain. Pernah jatuh basikal, sampai berdarah dan berparut.

Lepas tu berpindah ke rumah sewa, mak yang sara hidup. Mak orangnya kuat, selalu menangis, tapi dia memang hebat. Tak kenal erti jemu melakukan kerjanya berhari-hari sampai sekarang.

Mak kerja sendiri, tak pernah bercuti. Kalau cuti nak makan apa?!

Itulah mak. Walau dia bukan seperti ibu yang lain, yang jaga makan minum keluarga. Tapi dia masih mampu berbakti pada keluarga. Darah mak mengalir dalam jiwa.

Dhon Damaska, orang yang pendiam. Sejak dari kecil lagi. Sukar nak bersosial dengan rakan sebaya. Hanya ada seorang kawan baik sejak dari sekolah rendah, sekarang hilang entah kemana. Tak pernah couple! ye sebab tak hensem. Sapa lah nak kat dia.

Adik dua orang lagi masih belajar di sekolah. Dan ibu sudah makin tidak larat. Seharusnya, giliran dia gantikan tempat ibu. Masa untuk dia sara keluarganya pula. Aduh, tanggungjawab.

Tuhan,

Mudahkan langkah ini.

Wednesday, April 16, 2014

Kesilapan..

Hikmah itu, telah membuat langkah ini kembara
Mengenal Sang Pencipta.
Membuat langkah ini laju dan perlahan lalu berhenti.
Hikmah ini, membuat langkah ini terbejat seketika,
Memikirkan tentang kehidupan disisi hamba.
Langkah ini terlalu dhaif.
Terlalu rapuh.

Hanya mengenal tauhid, diri akan terselamat.
Tapi berapa lamakah lagi langkah ini akan mengembara.
Mencari ‘kekuatan’ yang sebenar.
Bekalan menempuh ranjau dunia.


Hikmah itu, telah membuka langkah ini.
Sederap menuju ilahi.
Bayangan dosa lalu, menggamit kenangan yan tidak dapat dilupakan.
Hikmah ini, telah membuka jalan.
Yang mana permata, yang mana kaca.
Menghalusi keputusan, atas dasar kerna Allah.
Yang membuka mata langkah ini, keindahan bunga lotus, dalam lumpur.


Hikmah itu, terlalu besar harganya.
Dan kerna hikmah itu yang hendak Engkau berikan.
Maka aku hilang.
Samar dalam ilusi.
Pergi tak dicari.
Hilang tak ditemui.


Langkah ini kembali terbejat.
Perlukah Engkau hadirkan lagi sebuah hikmah dengan bayaran sebesar itu, Rabbi?

Mohon ampun terlalu.


p/s: dan apabila pintu kemaafan telah terbuka untukku, maka berikanlah aku jalan untuk ku melaluinya. kenapa terlalu sukar, ya rabb..

 

 

 

Wednesday, April 9, 2014

Khandaq..

Pada gagasan mereka, budaya menjadi iman

Masihi enam ratus dua puluh tujuh;

Siapa tahu usulan yang dibangunkan sang pria dari Parsi; Salman Al Farisi bakal mengikat sejarah besar dalam peradaban Islam.

"Wahai Rasulullah! di Parsi ketika kami takut akan serangan pasukan berkuda, kami biasanya akan menggali parit di sekeliling kota! Izinkan kami menggalinya mengelilingi kota!"


Strategi luar biasa dan tidak terduga sama sekali. Malahan sepanjang proses penggalian berlangsung terdapat beragam hikmah diungkapkan.

Ketika mana kerja-kerja penggalian disertai junjungan Rasulullah sendiri. Baginda memperdengarkan iringan do'a, lantunan puisi dan lagu yang segera para sahabat ikuti bersama-sama.

Saat-saat kebersamaan dalam suasana harmonis – Pengekspresian cinta dan kasih yang tidak terbatas kepada apa yang mereka terima daripada Tuhan tetapi juga dalam cara mereka menyuarakan perasaan.

Lalu di sudut itulah kita belajar keimanan memerlukan penyertaan pada ruang sosial dan budaya sebagai dokongan agar ruh-ruh islam itu sendiri lebih hidup sekalian ditenagai.

Begitulah hikmahnya kepimpinan junjungan Rasulullah. Bagaimana baginda menyelami dan melibatkan sisi manusiawi -- budaya masyarakat sebagai salah satu energi untuk mentenagai iman.

Lantaran itu cinta mereka tidak bertumbuh menjadi gagasan yang bersifat ritual keagamaan semata-mata bahkan hal-hal berupa budaya awalnya – Syair dan lagu turut bersama membangunkan gagasan iman yang ber'ilahkan Allah subhanahu wa ta'ala.

Keimanan memerlukan budaya untuk menjadikan iman sebagai budaya; Gagasan Khandaq mengajar kita.

Maha suci Allah!

AwwabHafeez_kelopakdisember

 


p/s: Begitulah rasa saat keberadaan bersama. Ujian menghujat jatuh seluruh arah menguji sumpah taatmu pada berjuang. Sehingga darah menyimbah jatuh pada bumi yang menjadi saksi. Kekarkah kita hingga ke saat itu? Biidznillah.

Monday, April 7, 2014

Kisah Shuhada

Author by: Nurul Hazlin Damaska
Editor: Penulis (Admin)s


Sudah 5 hari ku diam membisu. Kalau cuti SEMESTER balik rumah duduk dalam bilik. Kalau ibu ajak makan, aku tak makan. Kalau lapar, curi-curi masuk dapur senyap-senyap. Kalau aku demam baru cepat-cepat minta manjaFreezing, tu pun kalau demam teruk, kalau tidak makan ubat yang ada dekat peti sejuk je la…Sick smile. Kalau dekat asrama memang aku yang paling bising, tapi dalam 5 hari ni aku kurang sikit, bukan kurang sikit ! Tapi ade 1 hari aku tak cakap langsung…Thumbs downCikgu bagi soalan dengan aku pun tak terjawab…

 

Sebenarnya nama aku Shuhada. Ada sebab aku jadi macam ni. Kisah dia dalam 5 hari lepas la… Masa hari jadi aku memang meriah!Birthday cake Banyak yang bagi aku hadiahGift with a bowada orang siap bagi aku kamera lagiCamera. Aku gembira sangat tapi masa malam-malam tu, aku terdengar ibu dan ayah ku bincangkan sesuatu Left hugRight hug. Aku pun curi-curi dengar.


Rupa-rupanya aku adalah anak angkat sahaja! Sejak hari tu aku terus mencari ibu dan ayah kandung kuThinking smile. Tapi sia-sia sahaja. Namun hari ini aku dah tak sengsara kerna aku sudah jumpa ibu dan bapa kandung ku.

Hargailah ibu bapa kitaaa!!!! See ya~~~~Laughing out loudSmileRed lips


 

p/s: Adik aku ada bakat nak menulis. Umur baru setahun jagung, tapi kuat baca novel. Haha, boleh tahan. Abang share ye Lin.. :D

Thursday, April 3, 2014

22-tahun..

22 tahun yang sia-sia,
Dan esok yang belum tentu ada.
Andai ini saat terakhir masa,
Maafkan hamba yang penuh dosa.

 

22 tahun yang berlalu
Kau kira berapa banyak amal yang ada ?
berapa pula timbunan dosa
Kuat mana kau usaha,
Meraih ampunanNya..

 

22 tahun lepas
Tuhan berikan pinjamanNya,
Yang berupa batas waktu,
Untuk kau cari mengenal Dia,
Ma’rifat tuhan yang esa
Ada kau jumpa ?

 

22 tahun sudah..
Dosa dan maksiat tidak lepas juga,
Masih juga kau butuh masa,
Untuk apa ?
Tambah dosa ?

 

22 tahun yang dilewakan..
Jeriji jeriji nafsu masih membelenggu,
Umur tinggal bersisa
Dan kau masih mengira dosa,
Cukupkah tangan menghitung ?
Perlu tambah satu ?

 

23 Tahun kini..

Masa untuk berubah,

Ampunkan saya
segala salah dan silap sepanjang penulisan ini.
Kerna diri ini penuh dosa.
Entah terampun entah tidak.
Moga dijauhkan dari azabNya.

Kerna dikala umur yang bersisa.
Aku tak yakin akan dipanjangkan usia.
Aku hanya mohon berkat dan rahmat.
Moga Tuhan perkenankannya.

 


p/s: Tahun ni adakah sama seperti tahun lepas? Hadiah mane, hadiah? haha. meminta dekat lorong gelap, hati. Hadiah sudah banyak tuhan beri.

*Pang !! penampar sebijik.

 

Monday, March 31, 2014

..

Some people says, “Tak kenal maka tak cinta.”
 
Others say, “Tak kenal maka ta’aruf.”
 
Blindly, to know someone, is letting to know yourself. Mengenal kekurangan dan kelebihan diri akan membuatkan kita lebih mengenal Allah. Nothing is imperfect.
 
So let me judging myself, before others do. And yet, I’ve already hears a rumors about me. Frankly, if others have a problem with me, please do let me know. Fill up the form below. It is completely anonymous.
 
Kita ni kadang-kadang suka kutuk orang kat belakang. Ada yang tak puas hatilah dan sebagainya. So what if you just direct to me ? At least I’m know what are my mistake and try to fix it. See ? Haha.
 
 
#stillneh #lahms
 
This is what I’m describing me..
 

Kelemahan

Kelebihan

Pemalas

Suka membaca novel

Suka bertangguh

Penjimat

Pendiam

Tidak berkira

Lemah daya ingatan

Open minded

Underweight

Understanding

Suka mencari alasan

Pemaaf

Tidak berani

Self-motivational

Tiada pendirian yang teguh

Penyayang pada orang dikasihi

Kedekut

Sukakan alam semulajadi

Kurang peramah

Suka tolong orang tua (mak ayah)

Kurang keyakinan diri

Mudah tersenyum

Gagap

Sentiasa mencari jalan untuk memperbaiki diri

Gugup bila bercakap depan orang ramai

Mudah tersentuh

Pemalu

Tidak mudah berputus asa

Kuat mengumpat (Dulu)

Kadang rajin

Kuat berangan

Minat menulis

Sentiasa down

Minat Habib Ali Zainal Abidin, Syeikh Nuruddin, Baba Salleh dan Us Zulkifli BQ, eh?

Jahat pada diri sendiri (zalim)

Sukakan roti Squiggles

Selalu menyusahkan orang

Safety rider on the road

Tak pandai jaga hati kawan

Lebih minat EPL dari Liga Malaysia

Suka lari daripada masalah

Seorang yang setia (arsenal fans since 2003)

Tidak berani mengaku kesalahan

Tidak pernah couple

Suka membuang masa

Pendengar yang baik

Mempunyai azam yang lemah

Mempunyai kesedaran yang tinggi

Hati tisu

Tidak suka menghampakan harapan orang

Kadang ego tinggi

Mempunyai pandangan yang positif

Daya tahan badan yang lemah

Sukakan kebersihan

Stamina kurang

 

Tak tepati janji

 

Tak pandai bercakap

 

Suka buat hal sendiri

 

Lemah dalam ujian

 

Tak pandai bawa kereta

 

Cakap tak serupa bikin

 

Tak hensem

 

Selekeh

 

Tak pandai bergaya

 

Tak boleh tengok darah

 

Tak pandai marah

 

Sangat emotional

 

Sensitip

 

Jalan sangat perlahan

 

Lembap

 

Suka pendam perasaan

 

Suka tunggu arahan

 

Mulut laser

 

Otak lambat ‘pickup’

 

 

 

 

 

 

 


p/s: the sad rhythm playing in my mind. The sorrow blanquettes, tear drop. Wish there have a time..

Saturday, March 22, 2014

Langkahmu..

Ketika engkau melangkah denai perbatasan hidup,
Di setiap garisan sempadan,
Melukis wajahmu bening..
Penuh lelah memberati langkah.

Biar engkau melangkah sampai berdarah.
Langkahmu tetap kekar merah.
Walau seluruh dayamu meluruh pergi.
Langkah ini tidak mahu berhenti.

 

Pada Tuhan engkau mengadu sepi.
Mengapa pada si tubuh hawa ujian seberat ini ?
Tangis menjadi temanmu saban waktu.
Gelisah habis menyenggoroti dada.

Tuhan sedang berbicara padamu Ibu.

Langkah yang di atus kemas,
Pasti akan ada yang sumbang..
Apalah ertinya hidup,
Jika ujian tak sering kunjung.
itu tanda Allah masih sayang sama kita.
Biar mereka mengambil seluruh hartamu,
Sabarmu tetap ampuh.. 


 


p/s: Penuh harapan tersirat. Penuh duri dan onak. Perjalanan yang masih panjang. Lama tak berceloteh. Sepi, kosong, mangkuk.

Monday, February 24, 2014

Tangisan Gaza..

Tangisan Gaza

Derita kami,
Kerana anak tidak mendengar kata,
Derita kami, hutang melambung tinggi,
Derita kami, membanting tulang sehari-hari,
Derita kami, putus cinta berkali-kali..

 

Deritamu..
Anak-anak menjadi kubu, ditembusi peluru..
Badan dirobek, disiat sehawa nafsu.
Hawa diseksa, diperkosa dan diburu..
Tiada lagi canda tawa..
Kemana pergi ibu, ayah.. dan saudara..

 

Tika mehnah menyerbumu wahai syuhada!

Engkau maknai perjuangan ini dengan derap kakimu melangkah,
Engkau lewati jalan berduri dengan sayap kirimu tercalar,
Engkau melontar keras batu hikmat,
Padanya engkau terlalu berharap,
Agar mudah mereka mengukur, pada siapa mereka bertempur.

 

Maafkan kami Gaza,
tika darahmu mengalir sunyi,
Dalam pucat lesu, lemah tiada berdaya..
Kecintaanmu menjadi saksi pada darah yang mengalir.
Biar mereka cuba merobekmu..!
Membadai peluru selebat ribut!
Menghujam segala kuasa tembok keangkuhan..

 

Maafkan kami buminya Syam,
tika darahmu berjejeran jatuh,
Saat kalian berpaling, mencari perlindungan,
Kami hanya menyaksi, dengan mata bergenang..
Dendam amarahmu tetap terus membakar
Membentaki kami yang hanya kian membisu.

 

Wahai..
Engkau terlalu berharapkan sengsara ini berakhir.
Dalam simpuhan, air matamu berlinang.
Merenung bahagia yang bakal menguntum bunga,
Dipenghujung perjuangan itu,
Yang jerih dan tak terperi.
Tenanglah wahai hati yang menangis,
Moga Firdausi menantimu disana…

 


P/s: of what reason behind the tears,
Soul ripping apart from the body,
Child cry tear-blood,
and the silence; is betrayal.

#sajak #syria #momentsofsilence

Monday, February 10, 2014

Colors-of-rainbow..

Macam tak percaya,

lagi seminggu je cuti tinggal..

 

Macam tak percaya,

Tak lama lagi aku sambung belajar.

Setelah sekian lama..

 

Macam tak percaya,

Cuti tinggal bersisa

Dan aku masih sama..

dan lagi..,

 

Macam tak percaya,

bahawa semangat untuk sambung belajar,

 

.. tiada..


Cuti yang cukup lama, membuatku banyak berfikir. Telah beku hati ini. Otak sangat lembap berjalan. The enthusiast to success in academic, tiada. Hilang, gone with the wind was blowing, bersama angin hampa. Kenapa..?

 

Lagi seminggu,

Aku akan sambung belajar.

Bagai mimpi dalam mimpi. Meneruskan perjuangan yang tertangguh. Dengan harapan yang kian lumpuh. Untuk bersama merangkul, dengan hati yang rapuh.

 

Lagi seminggu,

Kembali menghadapi kawan-kawan, setelah sekian lama. Diremuk redam. Menghadap kembali timbunan kertas bertanda. Karenah pensyarah dan suasana. Enam bulan merana..

 

Enam bulan.. Ditimpa ujian berpanjangan. Demi harga sebuah keikhlasan. Dalam beribadah kepadaNya. Nikmat ini, satu anugerah. Telah membuat langkah ini kembara. Mengenal ma’rifahNya.

 

Enam bulan.. Sebuah pengajaran yang teratur susunanNya. Pada sebuah kamus, dalam lembaran sirahku. Yang mula gugur, pada dahan yang rapuh. Dalam keluasan ilmuNya, tuhan berikan cahaya.

 

Enam bulan.. telah cukup mematikan. Aku mula membuka mata. Tentang selama ini yang aku pegang, pada dahan manakah aku bertaut.

 

Aku tahu kenapa, but why I’m still losing it. How could I’m possibly lose the thing after all I’ve been said over the times.

Mimpi ini,

telah jauh berlayar.. Dan aku rasakan, semakin mendapat petunjuk. Dari angin yang bertiup. Yang menghala ke arah jalan tenang. Redha, bersama Allah. This life have to go on.

 

Meski enam bulan, terlalu cepat berlalu.  Aku harus tabah, because that is the thing I‘m only have. Yang dapat membuatku bertahan dari lemas. Dihanyut bersama Nil dunia.

 

Enam bulan lepas.. makes me think a lot. Hidup ini.. For the sake of my life, life wouldn’t be better without this flaw. Thanks Allah for reminding me. This hasn’t to be so far. Smile, pray and have faith. A greater thing waiting ahead. :)

 

Semangat..

Aku perlukan semangat.

Untuk kembali bersama, sebaris. Walau jauh tertinggal, I have to run. Even more faster.


P/s:

When I’m so weak, and doesn’t have anyone to share with besides Him, I’m nukil this for me. This is what makes me! feel that life should go on. writing this hoping.. May Allah bless His Mercy.

Allah, this deen, don’t be so hard, janganlah uji kami sebagaimana ujian orang yang terdahulu. This deen, guidance me, dengan cahaya ilmu yang benar. 

 

Dear Allah..

Padaku, hanya Engkau tempatku berpaut. Tiada lain. sungguh…

Friday, January 31, 2014

Memoir..

Dahulu..

Sewaktu kecil, ku teringin cepat membesar. Belajar berdikari hidup sendiri. Menggalas bebanan sebagai abang.

Hujan tidak henti-henti turun.

Sehingga banjir di kolah hatiku.

Baru kini ku sedar, seiring kedewasaan emosi sering terganggu. Langkah semakin berat dan perlahan. Terlalu perlahan dan sering rebah. Telah jatuh berkali-kali, namun masih lagi bangkit. Tenaga hanya tinggal bersisa.

Luka melumuri seluruh tubuhku. Namun, masih aku lagi katakan, “Tak ada apa-apa..”

Ayah..

Telah kau ajarkan aku erti nilai-nilai hidup yang harus ada buat hayat ini. Satunya terkesan dalam diriku adalah nilai, ‘Berjimat’.

Sehingga sekarang,

Tiap kali nak berbelanja, pasti aku akan berjimat. Terkenang sewaktu dahulu, kau pernah memukul ku kerana aku boros berbelanja. Itu yang telah melentur rebung sebelum menjadi buluh.

Ayah..

Susah benar melangkah kedewasaan ini.

Terpaling kebelakang ditelinga ku, saat aku jatuh hampa. Nian harapan bertahun-tahun aku pendamkan lerai, kau datang beri sebuah harapan. Yang awal sangkaku engkau akan kecewa.

Tapi ternyata,

Kau selam jiwaku yang terdalam, sambut tanganku kembali ke atas. Allah..

“Engkau masih muda lagi nak..” ─ Ayah.

 

Bagaimanakah agaknya, akhir nanti ?

 

Hidup ini.

Terlalu sunyi.

Sepi sungguh.



 


Aku rindu,

Pada adik-adikku. Entah. Mengapa perasaan itu makin menebal, melihat kecomelan adik-adikku sayang.


P/S: Dan Kita pun akan menjadi tua,
Hidup bagaikan garis lurus,
Tak pernah kembali ke masa yang lalu.

Thursday, January 23, 2014

Salju..

Manusia semakin rakus

Menarah segala khazanah alam

sudahnya cuaca tidak menentu

banjir sini sana

lalu mereka menyalahkan tuhan?

sedang tangan mereka yang mengotorinya

celakalah tangan itu,

dan celakalah..


P/s: Melaka sejuk. Seakan turunnya salji yang mencurah di negeri atas angin. Beku, dan tidak terdaya melawan.

 

Wednesday, January 8, 2014

Rindu..

Kerinduan Ini membawa hati,

Mengukir nada kasih

Menyentuhmu

Maha Kasih.

Izinkanlah hamba sempurnakan sang waktu.

Melukis sang rindu dalam Bait Syurga di bawah langit-Mu.

Walau tak mampu menyentuhnya.

Izinkanlah hamba mengukir senyumnya.

Dalam doa teratur cinta.

Dalam doa teratur rindu.

Ibu…

Tersenyumlah dalam mimpi ku…


P/s: Dulu, teringin nak membesar dengan cepat. Punyai kerja dan cita. Kini, teringin kembali ke pangkuan ibu, dalam peluk dan belai lemah seorang ibu.

 

Sunday, January 5, 2014

Semi..

Al Imam Ibnu Faris Al Lughawi bersyair,

"Apabila engkau merasa terganggu dengan panas di musim panas, atau
keringnya musim gugur dan dinginnya musim dingin, atau terpesona dengan
eloknya musim semi."

Jawablah: "Kapan engkau akan menimba ilmu?"

 


faghfirli ya rabbi, 

bukannya ingin mempersoalkan ujian-Mu, cuma hanya tertanya pada sendiri

secetek apa taubatku. 

allahu,

lumpuhkan sendi-sendiku hingga hanya tahu sujud menunduk pada esa-Mu. 

agar apa jua prahara yang menerpa masih kaki ini bisa kokoh menapak.

mohon dengan sangat. terlalu.


~~> kelopakdisember|bs|com (Tasbeeh Camara)

Saturday, January 4, 2014

Mind..

 

 

 

 

 

 


Tidak perlu.


Mind conception. For time being.

Friday, January 3, 2014

Friends..

Very inspired watching those people around me, ─ my friend.


Semua mereka telah berjaya. Membawa hala tuju masing-masing. Mempunyai masa depan yang baik dan pekerjaan yang tetap. Dulunya mereka sebangku denganku waktu zaman sekolah. Kini aku betul-betul kagum dengan mereka.

Ada setengahnya mereka menjadi cikgu, erm. Ramailaah juga jadi cikgu sebenarnya. Kawan sejak dari zaman sekolah rendah sampailah ke sekolah menengah. Gembira dan seronok sangat tengok dieorang mengajar anak-anak murid. Rasa macam tak percaya kawan aku ni seorang ialah cikgu.

Aku melihat dari perspektif anak murid, apabila cikgu mereka didatangi kawan, pelbagai perasaan hadir. Nostalgic melayan perasaan tu.

Dan ada kawan sekarang bekerja di Tingkat 6+, KLCC. Ada yang jadi ahli society petroleum engineer. Yup, mereka sebaya dengan aku. Thermometer cemburu aku telah mencecah 100C. Bebola merkuri tidak dapat menampung perasaan aku sekarang.

Ada juga kawan, ramailah kawan aku sekarang telah menamatkan pengajian di universiti yang hebat. Antaranya UM, USM bla bla. Nak sebut semua, memang berlubanglah skrin aku lepas ni. Tak dapat bayangkan die orang dapat menamatkan di Universiti yang hebat. Sedang aku..

Dan, ada juga kawan sekolah menengah dulu telah mendirikan rumah tangga. Tak ajak pula tu. Takpe lah, aku doakan semoga kamu semua bahagia sehingga akhirat. Yang ni aku tak cemburu sangat, relak lah, kau bukannya ambil ‘crush’ aku pun. Dan sememangnya aku mana pernah ada ‘crush’. Aiskrim ‘crunch’ ade la.

Apa-apa pun. Walau kita sudah seperti tidak kenal antara satu sama lain, tapi dalam doa kamu semua tidak pernah lari dari hati ini. Sering aku berdoa agar kalian dapat menjalani hidup yang baik bersama cita-cita kalian.

Alkisah buat-buat sahabatku di Sekolah Rendah Padang Tembak 1 dan Sekolah Menengah Padang Tembak. Kalianlah penyuntik inspirasi keinginan ku untuk terus berjaya. Kini tibalah giliran aku untuk berubah.


P/s: Tahun 2007, aku mengambil keputusan untuk berhijrah. Selepas dari itu, aku baru sedar satu perkara. Aku tidak berjaya menggenggam seorang kawan pun untuk djadikan teman baik. :)


Thursday, January 2, 2014

Pluviophile..

Mimpi semalam seakan-akan kenyataan.

Aku dapat rasa denyut nadi mereka

apabila menuturkan kalimah kesabaran dan ketenangan.

Walau itu hanya sekadar mimpi,

namun ia dapat jua mengubat hati yang luka memendam rindu.

Perjalanan ini masih panjang.

Sangat berat dan terlalu perlahan.

Masih jauh dan terlalu sukar.

Dalam hujan aku merembes.

Dugaan hidup yang terlalu.

Dalam hujan itu. ─ Masih ada ketenangan.


p/s: Si Pencinta Hujan. ─ Pluviophile. ─ Tu saya. :)

Wednesday, January 1, 2014

Sepi..

Semuanya seakan tidak lagi bersahabat

Tiada lagi terdengar senandung nyanyian termanis

Semua tak bersahabat

Seakan tidak ada yang peduli

 

Ku pikul semua ini sendiri

Hanya sendiri

Terjerat dan tak mungkin mampu lepas begitu sahaja

Kesedihan kini telah menjadi

Aku sepi dalam dunia sendiri

 

 


Pohon, angin, bintang, langit dan awan.

Kembalilah.. Bersahabat denganku semula.

saya rindu. :)


But they didn’t.





 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Azam..

 

Setahun yang lepas..

1. Menghabiskan kitabullah dan juga tafsirannya dua kali tahun ni.
2. 
Lens tamron 70-300mm. [link]
3. Menghabiskan novel-novel yang telah dibeli ! (membazir kalau tak baca! huh!)
4.

Menghafal surah As-sajdah.

5.

Taknak missed pergi surau/masjid ! (subuh? erm..) [Ongoing Subject]

6.

Solat taubat tamo tinggal da lepas ni. [Ongoing Subject]

7.

Jangan nak tunggu exam jer baru nak minta maaf kat mak bapak. (ye, baik)

8. Jangan lupa turun mengundi.
9. Rajin bersedekah. (senyum kat tabung masjid pun bole) [Ongoing Subject]
10. Jaga hubungan dengan Allah dan manusia. (Sepatutnya ini yang pertama, –_–)

[Ongoing Subject]

11. Tambah berat badan. (underweight)
12. Cakna isu semasa. Bukan bola jer. [Ongoing Subject]
13. Sem depan nanti, tolonglah rajin sikit. LI pilih tempat yang jauh dari Melaka.
14. Belajar berjimat.
15. Belajar bangun pagi. Istiqamahkan tahajud. Esok kubur terang.
16. Buat yang terbaik. Jangan malas.
17. Nak cari jodoh? pergi mampos..

Setahun kini..

1. Lens tamron 70-300mm. [link]
2. 

Menghafal surah As-sajdah dan Juz amma.

3.

Taknak missed pergi surau/masjid !

4.

Solat taubat tamo tinggal da lepas ni.

5.

Jangan nak tunggu exam jer baru nak minta maaf kat mak bapak.

6.

Rajin bersedekah.

7.

Jaga hubungan dengan Allah dan manusia.

8. Tambah berat badan.
9. Cakna isu semasa. Bukan bola jer.
10. Belajar berjimat.
11. Belajar bangun pagi. Istiqamahkan tahajud. Esok kubur terang.
12. Buat yang terbaik. Jangan malas.
13. Beli smartphone baru
14. Khatam kitab Bakurah dan Majmuk Salasa
15. Achieve a great pointer.
16. Kumpul duit nak kahwin
17. Istiqamah

 


P/s: Setahun bagaikan semalam berlalu. Bermula lembar baru, menyusup semangat dan iltizam jitu. Dari segenap tekad dan usaha padu. Tahun ini menuju puncak segala mercu.