Saturday, December 31, 2011

Mandul ?

Seputar bila perkataan ini terlintas dihati, apa yang terlekat diminda? Okay, jangan bayangkan…

Pernah tak sahabat mendengarkan Iman Yang Mandul?

Kita selalu dengar bahawa perempuan yang tidak dapat melahirkan zuriat adalah perempuan yang mandul. Namun, pernah dengar tak istilah iman yang mandul? Iman yang mandul bukan bermaksud tiada iman, tapi imannya tidak dapat melahirkan cabang-cabang iman yang lain dan tidak dapat melahirkan amal. Itulah iman yang mandul.

Jika kita perasan, keimanan yang kuat kepada Allah akan membuahkan kepada keimanan yang lain. Semakin dalam keimanan kita kepada Allah, semakin kita yakin akan rukun iman yang seterusnya.

Namun jika iman kita mandul, kita percaya bahawa Allah akan menghitung setiap amalan kita, namun kita tidak dapat mencegah diri daripada melakukan dosa.Kita percaya perjuangan Rasulullah itu benar, tetapi kita tidak pun mengangkat perjuangan Rasullullah S.A.W dalam kehidupan kita. Kita tidak meneruskan pun perjuangan Baginda. Itulah iman yang mandul. Iman yang tidak dapat melahirkan penghayatan dalam kehidupan kita.

Sebahagian kita mungkin mengikut usrah, menjalani tarbiyyah, tahu mehnah dan tribulasi dalam berdakwah, tetapi kita tidak mampu berdiri dengan kefahaman kita dan menterjemahkan dalam bentuk amal dalam kehidupan kita.Itulah keimanan yang mandul sebenarnya.

Sesungguhnya keimanan itu memerlukan bukti. Jika bukti kesuburan pokok adalah buahnya, maka buah kepada iman adalah amal yang sohih. Dan ianya hanya terbukti selepas diuji.

“Apakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata : “Kami beriman,” sedangkanmereka belum diuji.” (Al-Ankabut, 29:2)

Iman yang mandul ialah iman yang tidak dapat melahirkan amal, iman yang mandul adalah iman yang merasakan bahawa kita sudah cukup kuat, keimanan kita sudah cukup ampuh, kita menyatakan bahawa kita yakin perjuangan Rasulullah itu benar… tetapi kita tidak dapat aplikasikan ISLAM secara benar dalam kehidupan….. ITULAH IMAN YANG MANDUL.

Iman yang membuahkan akhlak dan amal yang ikhlas adalah sebenar-benar tanda kita beriman. InsyaAllah, let’s the first kick goal to Jannah’s victory.

Shared.

Kbye.

313437_170640486358551_170258003063466_329434_186464200_n

Thursday, December 29, 2011

Tips untuk tidak mudah lupa atau hilang ingatan

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian. Setelah sekian lama tangan ini tidak menari di arena keyboard, Otak pun kian menepu dek disadur kesibukan. Harapnya tangan ini masih mampu menyelak lembaran dakwah yang baru.

Dalam kita nak menghadapi final exam ni, ana nak berkongsi sedikit tips-tips untuk tidak mudah lupa. Al-maklumlah, “Melayu mudah lupa..” – Tun Mahathir Mohamad.


Tips Untuk Tidak Mudah Lupa atau Hilang Ingatan

> Kurangkan makan bawang besar

> Kurangkan makan berempah

> Kurangkan makan ketumbar kering

> Kurangkan menonton hiburan

> Kurangkan membaca majalah hiburan

> Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak

> Kurangkan minuman air sejuk, minuman dalam tin

> Kurangkan makan organ dalaman ayam

> ... Jangan makan kepala ikan

> Jangan minum air yang ada semut

> Jangan tidur selepas subuh

> Jangan tidur selepas asar

> Jangan tidur selepas makan

> Jangan makan terlalu kenyang

> Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam

> Jangan menyapu rumah pada waktu malam

> Jangan makan yang masam-masam berlebihan

> Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan

> Jangan minum susu selepas memakan daging atau ayam


Amacam? boleh ikut tak semua? huhu… tak dapat buat banyak buat sedikit pun jadilah. Dan yang lebih penting banyakkan membaca Al-quran. Hati yang bersih mudah mudah mengingat.


Kbye.

386033_170650523024214_170258003063466_329533_1127372020_n

Wednesday, December 28, 2011

Dia datang kembali

26 Disember malam,
saat ada tahlil,
aku tersapa dan terpana,
cinta yang lama pergi bernada kembali,
cinta yang ingin aku sembunyi,
cinta yang berlapikkan atas dasar kawan,
cinta yang tidak dia ketahui,
cinta yang aku pendam nafsi-nafsi,
cinta yang sekian lama membunuhku…

Apa daya hati ini melawan takdir Ilahi,
Bagaimana mampu aku melawan kehendak hati,
Saat maniam tidak lagi mengenal jauhari,
Aku terperunduk di celah nafsu dunia,
Sentiasa membisik pada kata hati yang mati,
Bahawa dia bukan cinta sejati…

Lalu aku melontarkan kata taubat pada Rabbi,
Memohon istikharah di dinihari,
Cuba mencari rahasia tersembunyi,
Disebalik tirai malam…

Jodoh dan takdir rahasia Allah,
Mana mungkin aku melawan qada’ dan qadar,
Andai dia tertulis untuk ku,
Maka itu adalah satu ujian untuk ku,
Berjihad dalam membentuk fikrahnya…


Kenapalah dah nak-nak exam nie kau mesej kembali? nak sesuatu ke ape? huhu…


p/s: Kadang-kadang kita fikir kita boleh melupakan seseorang itu dengan menyibukkan diri, tapi sesibuk mana pun, kenangan tetap dihati… And it always remains on your heart.

p/s: Entri ini takde kaitan dalam hidup aku, dan bukan ditujukan pada sesiapa pun. Just luahan perasaan yang terasa nak menaip sesuatu. Winking smile

Dia datang kembali

Tuesday, December 27, 2011

Doa Rabitah

Bismilllahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah mempertautkan hati-hati ini. Sesungguhnya Engkau mengetahui hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi perintah-Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu…

Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu.. Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini akan jalan-Nya yang sebenar. Penuhkanlah hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap.. Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman dan keyakinan dan keindahan tawakal kepada-Mu.. Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat tentang-Mu.. Jika Engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu.. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong..

Ameen.

Doa Rabitah~

p/s: sedang menghafal doa ni, mudah-mudahan… ana makin pelupa sekarang…hurm….

4539563931_71a1b96798

Monday, December 12, 2011

Enter a post title

sedang belajar menjadi matang dari masalah hidup

kadang-kadang masalah itu membuatkan kita menjadi seseorang. Ia mengajar sesuatu yang terbaik untuk diri kita.

Apabila sesuatu itu datang membebani diri kita, ingatlah firman-Nya, “Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…”

Memang aku tidak menyangka sama sekali, bahawa aku telah berada di suatu jalan, jalan yang yang aku tidak pernah sangka selama ini, bahawa jalan ini jalan yang penuh mehnah dan tribulasi, malah mampu mencetuskan kontroversi.

sabar

Apabila fikiran memberati jasad, rohani menidakkan kemampuan, jasad tidak berdaya berdiri. Apalagi yang aku terdaya ya Allah…

Aku memohon ampun pada-Mu ya Allah, di atas segala kelemahan diri, dan aku memohon ganti atas kelemahan diri ini..

Dan bila diri terasa bebanan dakwah,
Langkah yang diatur makin perlahan…
Aku makin tenggelam…

Aku terima satu pesanan…

Apabila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang menciptakan segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuat keinginan terhalang serta menyusahkan hidupmu… Maka pasti damailah hatimu kerana Allah tak pernah mentakdirkan sesuatu yang sia-sia… kerana bukan Allah tak tahu deritanya hidupmu, tapi hati inilah yang Allah mahukan kerana Dia tahu yang hati sebeginilah yang lebih mudah dekat dan akrab denganNya. Pasrahkan harapan padaNya kerana Dialah yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu…

iluvislam
Allah…

Tuesday, December 6, 2011

Erti sebuah kehidupan

assalamualaikum...

Ape Kaba sume?

Sihat?

Hari ni Nak Cite siKit La..

Erti Sebuah KEBAHAGIAAN...

aPA ITU BAHAGIA EH?

RAMAI ORANG TERSALAH SANGKA

AKAN MAKSUD SEBENAR ERTI

KEBAHAGIAAN...

BAHAGIA ITU BUKANNYA DATANG

DARI WANG RINNGIT...

DAN JUGA BUKANNYA DARI KUASA DAN PANGKAT...

KITA LIHAT ORANG YANG MISKIN,

KADANG KALA MEREKA LEBIH SELESA DARIPADA KITA...

rAMAI ORANG KAYA TIDUR DI ATAS KATIL YANG EMPUK, DAN SOFA YANG SELESA,

TAPI BELUM TENTU MEREKA MASIH LENA DENGAN TIDURNYA...

BAHAGIA YANG SEBENARNYA ITU

DATANG DARIPADA

KEBERKATAN HIDUP...

RAMAI ORANG YANG MAKAN MEWAH

LAUK PAUK YANG SEDAP DAN ENAK,

TAPI,

ORANG MISKIN DILUAR SANA CUKUP KENYANG DENGAN REZEKI YANG ADA...

JARANG SEKALI KITA MELIHAT MANUSIA ITU BERSYUKUR ATAS SEGALA NIKMAT YANG DIKURNIAKAN...

HANYA BILA NIKMAT ITU HILANG,

BARULAH MEREKA MERASAKAN ERTI

SEBUAH KESYUKURAN...

“KADANG-KADANG MAQAM SYUKUR ITU LEBIH TINGGI DARJATNYA DARI MAQAM SABAR'”

T_T

386033_170650516357548_170258003063466_329531_1264452442_n

Thursday, December 1, 2011

Conteng sini jap

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah, masuk ke tahun baru sudah walau lambat aku wish nye, tapi takpela, at least wish . haha.

Just nak bagi tahu jer yang laptop aku baru siap format. Rasa macam suci je laptop ni. Bersih dari segala dosa dan maksiat.

Alangkah baiknye kalau kite pun boleh format juga macam laptop ni.

Taubat ler dhon… huhu..

lawa la plak font yang aku pakai ni. huhu

Rolling on the floor laughing

Sunday, November 20, 2011

Bungkus dan Tutup

Korang TUTUP aurat ke BUNGKUS aurat ? Beza BUNGKUS dengan TUTUP adalah amat besar.


Situasi 1:

Aisyah: Ahmad, cbe teka aku tengah BUNGKUS ape?

Ahmad: Alaaa, nasi lemak.

Aisyah: Aik? Mane ko tau?

Ahmad: Aku nampk nasi terkeluar sikit tu. Lagipun aku tau ko memang jual nasi lemak.

Aisyah: Ok2. Cube teka nasi lemak ni banyak ke sikit?

Ahmad: Alaaa lagi senang. Banyak la.

Aisyah: Ha? Cam mane ko tau ni?

Ahmad: Tengok bentuk & saiz laa. BUNGKUSan besar, banyak. BUNGKUSan kecik, sikit. Haha kantoi.

Aisyah: Pandainye ko ni.

Ahmad: Bukan aku yang pandai, ko yang x pandai. Haha.

Aisyah: Ceh. Malas la soal.


Situasi 2:

Aisyah: Ahmad, cube teka aku TUTUP ape dengan tudung saji ni?

Ahmad: Hmmm. Ikan goreng?

Aisyah: Salah.

Ahmad: Telur dadar?

Aisyah: Salah lagi.

Ahmad: Karipap?

Aisyah: Salah jugak.

Ahmad: Fail MQA?

Aisyah: Ish. Lagi la salah.

Ahmad: Abis tu ape? Mane la aku nak tau ape yang ko TUTUP tu.

Aisyah: Nasi lemak laa. Cube teka banyak ke sikit?

Ahmad: Ceh. Mane aku nak tau. Malas la jawab.


Maka pilihlah TUTUP.... :-

The beauty of the moon
does not change when
covered by clouds, just as
the beauty of a woman
remains when covered by
Hijab !.... :)

46365_422143094091_266802039091_4850993_540362_n

Friday, November 18, 2011

Ragam dunia

Alhamdulillah, baru sahaja selesai menjelajahi blog para sahabat dan di kesempatan ini nak mengambil jua masa nak meng’up’-to’date’ this blog. (kosa kata yang baru, mungkin boleh dibahaskan dalam dewan bahasa dan pustaka)

Bila tulisan ini menjadi cerminan peribadi, maka saya boleh katakan ramailah yang hipokrit. Ramai tulis benda yang baik-baik, berunsurkan nasihat, pedoman yang berguna dan sebagainya. Tapi hakikatnya tulisan hanyalah sekadar tulisan. Kamu semua hanya boleh melihat tulisan saya hanya di alam maya, but don’t ever judge the writing by its cover ! (ni pun boleh masukkan sekali dalam oxford dictionary)

Ada sahabat saya pernah mengatakan, “…alahai.. perangai dalam facebook bukannya menggambarkan peribadi kita sebenar pun..” Betul, saya akui. Bila kita berada di luar, saya jarang sekali berkomunikasi dan menjadi terlampau statik. Just follow the flow of life.

Tapi bila menerokai world beyond the boundary ni, (alam tanpa sempadan) kita bebas berbuat apa sahaja. Segala perbuatan kita tanpa hadnya dan terkadang terbabas ke tempat yang tidak sepatutnya. Kita boleh sahaja menjadi liar dan dalam sekelip mata sahaja, boleh pula bertukar menjadi ‘alim.

Tidak dinafikan lagi, medium world wide web (http://www…) ni cepat benar berkembang dan menjadi salah satu urat saraf dalam diri yang dapat menyakitkan dan melumpuhkan tubuh kita. Ia boleh saja jadi medium  penyebaran fitnah dan boleh bertukar kepada medium penyampaian dakwah.

Dalam skop penyampaian dakwah, persoalannya sejauh mana keberkesanan dakwah melalui alam maya ini. Berapa ramai sangatlah yang nak baca tentang kisah-kisah, kitab-kitab ulul fiqh dan sebagainya. Do they have time for this ?

Jadi disini memerlukan sangat-sangat kreativiti para daie sekalian. Ada yang berjuang melalui tulisan, lukisan, dan tidak kurang video-video yang di upload merata tempat. Ada yang lagi baik sering sahaja menyebarkan kata-kata nasihat yang berguna, hadis dan dalil-dalil dari sumber nas yang sahih yakni Al Quran dan As Sunnah.

Cuma apa yang saya nak sampaikan disini, mesej yang saya cuba nak tonjolkan pada kali ini adalah berkenan tentang diri saya. Bukanlah saya seorang ustaz mahupun ‘alim (orang yang berilmu) … Segala apa yang tertulis, 79.9% kebanyakannya berlandaskan nafsu dan selebihnya ilmu yang belum terhadam. Maka saya nak buat sedikit pencerahan disini. Agar tersingkap tabir disebalik The KaKaROCT ini, bahawa penulisnya tidak kurang tidak bukan, hanya seorang insan biasa. Miliki naluri yang sama.

Dan bila aku post pasal baitul muslim, “It doesnt mean that I want to marry yet !” .

Tu je nak bagi tahu.

yang benar dan sebenar-benarnya,

banner

Thursday, November 10, 2011

Mantapkan fikrahmu!

“Tegakkan negara Islam dalam diri kamu! dalam jiwa kamu! nescaya ia akan tertegak di atas tanah air kamu!”

Dengan nama Allahu Rabbul Jalil wa Rabbul Karim.

Alhamdulillah, setiap kali bernafas di dalam bumi yang nyata, Allah bangkitkan aku lagi sekali sebagai pejuang Islam. Yang berdiri di atas jalan dakwah. Tanpa pernah aku meminta. Namun Allah lebih mengetahui segala-galaNya. Kerana Dia-lah sebaik-baik perancangan.

Dia tahu segala Maha Tersirat di bumi yang tandus ini. Mana kita mahu menyorok? Tidak akan sekali-kali kita akan terlepas dari pandanganNya. Bila Allah menurunkan ujian maka perkara yang perlu kita buat adalah melaluinya dengan penuh ketakwaan.

Alhamdulillah di atas segala nikmat yang Allah berikan, di atas segala kurniaan sejak aku dilahirkan, membesarkan aku dari setitis air yang hina. Lalu membesar menjadi seorang hamba yang tiada cacat celanya. Lantas apakah balasan selama ini yang telah aku berikan padaNya?

Cukupkah hanya sekadar Alhamdulillah? bilanglah berapa banyak mana sekalipun kita melafazkan kata hamdalah tersebut. Ia tidak akan sekali-kali cukup atau terbalas dengan apa yang telah Allah berikan pada kita.

Firman Allah S.W.T.

Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah). (Ibrahim: 34)

Maka oleh itu Allah telah membukakan jalan ini. Peluang berdakwah untuk Islam. Mendaulatkan syariat Allah di atas muka bumi ini. Meski jalan yang aku lalui bukanlah mudah semudah ABCDEFGHIJK… dan seterusnya. Tapi bahkan Jalan yang aku lalui dibentangkan dengan duri, darah, pengorbanan, hinaan, cacian, cerca, hina, fitnah, dusta, bom pemedih mata, stick FRU nuh, water gun, gangguan dari parti lain sewaktu berceramah, tomahan, final exam, meeting sampai larut malam, dan yang sewaktu dengannya.

47041_422142839091_266802039091_4850987_7648359_n

Jadi oleh yang demikian, (ah, skemanya) demi melawan anasir-anasir, gangguan-gangguan, threats, seperti yang aku sebutkan, maka oleh itulah kita perlu mantapkan fikrah! Agar tidak mudah tumpas pada bisikan syaitan yang merajai hati.

Fikrah inilah yang akan menjadi benteng kepada jahiliah, benteng yang utuh dan ampuh dalam melawan iblis laknatullah serta konconya. KOnconya syaitan-syaitan la dan banyak lagi. Bila makin mantap fikrah, maka makin lajulah kita bergerak kerja. (ni hypothesis guwa, belum buat experimen lagi pada diri sendiri)

“Abang dhon, macam mana nak mantapkan fikrah yer??”

Heh~ tu kena tanya Ustaz Don

p/s: Sekarang ni ramai sahabat ana da ada blog. Maka oleh itu ana kembali bersemangat nak meng-up-to-date this blog yang dah bersawang.

(︶ε︶メ)

.

Wednesday, November 2, 2011

❤●•٠·˙ Jodoh, Usah mencari yang terlalu sempurna…

Jika kamu memancing ikan...
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu...
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja...
Kerana ia akan SAKIT oleh bisanya,
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga...

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU,
hendaklah kamu MENJAGA hatinya...
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja...
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu,
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh... cukuplah sekadar keperluanmu...
Apabila sekali ia retak... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula...
Akhirnya ia dibuang...

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan
lagi...
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya...
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu
istimewa...
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan
mudah bagi kamu untuk menerimanya...
Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga
ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi,
yang kamu pasti baik untuk dirimu...
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain...
Terlalu ingin mengejar kelazatan...
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya...
Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan,
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan MENYESAL...

suami soleh idaman wanita solehah

sumber: link

Sunday, October 16, 2011

Radio on air: Desa fm

Radio ini terbaik. Selalu memutarkan lagu-lagu yang best. Dengarlah ek. salam ‘alayk.

Saturday, October 15, 2011

Isu Penyerahan Memorandum oleh TYDP MPP UTeM

15 Okt : Timbalan Yang di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Melaka (UTeM) semalam diberitakan berjaya menggapai hasrat dan misi mereka.

Jamaluddin Jusoh yang juga anak jati Terengganu Darul Iman semalam telah menyerahkan satu memorandum kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu program di Seri Negeri.

Isu yang telah lama diperjuangkan mahasiswa UTeM itu berjaya menarik perhatian TPM Malaysia untuk menerima memorandum berkenaan sebagai satu usaha untuk menjaga kebajikan mahasiswa.

UTeM masih belum ada asrama

Menurut maklumat yang diperoleh, universiti tersebut sehingga kini masih belum mempunyai sebarang asrama untuk kemudahan penuntutnya dan MPP UTeM merasakan ini adalah masa yang sesuai untuk menanganinya.

Berikut adalah sebahagian pertanyaan yang disoal ahli kabinet MPP berkenaan :

“YAB , Mahasiswa/i yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Menara Gading, sangat-sangat mengharapkan di tempat pengajian mereka mempunyai prasarana dan kemudahan asas yang lengkap dan mencukupi. Seperti ucapan dan harapan YAB sampaikan tadi, YAB ingin melihat lahirnya mahasiswa/I yang berkualiti.

Dalam hal ini, saya ingin ketengahkan berhubung pembinaan kolej kediaman dalam kampus. Ia adalah salah satu keperluan asas yang sangat mendesak .

YAB ,saya bawakan contoh Universiti Teknikal Malaysia Melaka, UTeM. Berdasarkan pemerhatian saya, sepanjang ketiadaan kolej kediaman di dalam kampus UTeM, fenomena ini telah memberi impak yang sangat besar kepada pelajar.

Selain kos sara hidup pelajar meningkat, kadar kemalangan jalan raya melibatkan pelajar UTeM juga turut meningkat. Program-program yang dianjurkan di Universiti kurang mendapat sambutan. Impak ketiadaan asrama di dalam kampus Induk UTeM juga saya yakin memberi kesan kepada pihak pengurusan universiti.

Pihak universiti terpaksa menanggung kos penyelenggaraan dan kos sewaan bas yang tinggi untuk mengangkut pelajar dari kolej kediaman ke kuliah. Sudah 10 tahun mahasiswa/I menunggu, tapi masih tidak kelihatan walau satu pun kolej kediaman dalam kampus.

YAB, soalan saya adalah,saya ingin mohon penjelasan bagaimana saluran peruntukan untuk pembangunan infrasruktur seperti asrama kepada IPTA di seluruh Malaysia?

Saya tak takut terima hukuman

Jamaluddin Jusoh dalam kenyataannya seakan-akan bersedia menerima sebarang pertuduhan dan tindakan sekiranya dipanggil pihak pengurusan pentadbiran universiti.

“Terima kasih kepada semua student UTeM yang telah support bagi tanda tangan.. Aku tahu aku buat kesilapan dari sudut protokol, tapi aku redha apa yang aku tanggung lepas ni.. aku buat untuk korang.. baru tadi aku dapat tahu akan bakal dapat SURAT WARNING.

Sepanjang MPP ni surat warning yang kedua aku. Semua student, aku mohon sokongan korang untuk bantu pertahankan aku.

Aku sedia untuk disiasat polis dan aku sedia untuk dimaki pihak pengurusan.”, ujarnya dalam satu kenyataan.

Terima sokongan

Sementara itu, di UTeM, sebaik sahaja berita itu diterima masuk dan disebarkan di kalangan warga kampus, sokongan terhadap usaha MPP UTeM terus mendapat perhatian dan sokongan tinggi.

Rata-rata mahasiswa yang mengetahui isu terbabit memberi sokongan penuh kepada MPP UTeM atas usaha tersebut yang disimpulkan gagal direalisasikan bekas MPP sesi lalu. – GZDaily

link

Thursday, October 13, 2011

………. (≧◡≦)

Sahabat

 1016975_f496

Masa itu ingat lagi dimana waktu kecik2, kita selalu main guli, gasing, daun terup, kejar duduk, polis entri, baling-baling selipa (mujur tak termakan selipa), main gebok, main tembak-tembak, yoyo, layang-layang, main tikam, uish… bahaye ni cite sume. haha.

Dan apabila kita bermain-main dan bermain sampailah waktu dah nak maghrib, kita balik rumah masing-masing. Dan kejadian sama berlaku juga seperti hari yang semalam.

Kita terus bermain tanpa rasa serba salah dan tanpa memikirkan hal-hal yang lain. Indahnyalah hidup time tu. Kecik lagi kan~

Masa pun beredar, awan mendung cerah silih berganti, dan matahari turun naik pada paksi dan orbitnya jika dicepatkan masa dan difokuskan pada subjek (matahari) itu. Segala-galanya cepat betul berlalu. Wau, tak sangka kita dah besar.

Dulu kecik-kecik, cita-cita semua orang hampir sama. Aku pun tak faham. Doktor, bomba, polis, jurutera, askar, kerani (eh, ade ke?) dan yang paling famous sekali adalah PILOT! well, aku pun salah seorang yang bercita-cita nak jadi pilot dan cita-cita itu bertahan selama hampir lima tahun (sampai darjah lima kalau tak silap).

Dan sekarang, aku tak tau aku nak jadi apa sekarang. Tapi yang pasti aku nak jadi seorang hamba yang taat kepada Tuhan, seorang anak yang berbakti pada kedua ibu bapa, seorang abang yang penyayang kepada adik-adiknya, seorang sahabat yang setia pada temannya, dan yang paling penting seorang suami yang akan membimbing isterinya ke syurga~ (◡‿◡✿) ❤●•٠·˙

Aku pasti dan percaya engkau diluar sana tentu akan berbahagia bersama-sama orang yang dikasihi. Doa dan harapan aku, semoga Allah menemukan kita suatu hari nanti. Tak didunia pun, akhirat ada kan. ◕‿◕

Farewell~

Sunday, October 9, 2011

“Dalam perjuangan, janganlah berkira duit minyak…”

“Hish, tak tahan betullahh..” Aku mencampakkan kunci ke atas katil lalu ia melantun-lantun sebanyak 2 kali sebelum ia landing tepat ke bantal aku. Aku terlupa buka kunci locker, aku ambil balik kunci tu.

“Kalau tiap-tiap hari macam ni habis la duit minyak motor aku..” gumamku.

tenet.. tenet” bunyi mesej kedengaran lagi. “salam, Dhon.. free tak? datang jap induk.” What the…

Belum pun aku melepaskan lelah ke atas katil, aku terpaksa lagi merempit ke induk. Tahu tak kampus mana yang aku maksudkan ni? Kampus induk UTeM bro~ Kalau dekat aku tak heran sangat.

Aku mula start enjin motorku, “vroomm..vrooomm…!!” Motorku membelah jalan menuju ke kampus ter’cinta’.

“Ha Dhon.. sampai pun, tolong buat ni… tolong buat itu.. tolong gi sni.. tolong gi sana..tolong bla..bla…bla…”

“BAIK BOSS!” aku jawab dengan penuh senyuman dan tanggungjawab. Eh, seriuslah, (✿◠‿◠).

Sebenarnya dalam kita menjalankan amanah Allah dimuka bumi ini, memang pelbagai risiko kita akan alami. Perjuangan ni tak menjanjikan tidur yang lena, makan yang enak, sofa yang empuk, langit yang cerah dan mandi yang basah. Adakalanya kita terpaksa mengorbankan sesuatu.

Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. (At-Tawba: 41)

Sebagai timbal gantinya, Allah akan menjanjikan syurga untuk kita sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. (At-Tawba: 111)

Kalau kita ikhlas dalam memperjuangkan jalan ini, maka mengapa perlu kita berkira? Balik nanti check balik hati kita, betulkah kita seorang yang benar-benar ikhlas. Kita berjual beli dengan Allah bro~ bukan dengan manusia yang sukar menepati janji. Janji Allah itu pasti. Sesungguhnya Allah itu tidak memungkiri janji-Nya.

Semoga lepas ini aku lebih ikhlas dalam memperjuangkan agamaNya.

Hasbunaallah wani'mal wakil.

08

p/s: Eh, entri ni sebenarnya untuk aku. Akulah yang selama ni jenis berkira sikit duit minyak. lalala~….♫ ok, aku insaf dah.

Thursday, October 6, 2011

Tentang Kita

Masa itu berlalu bagaikan air yang mengalir di pergunungan

Ia tetap mengalir walau jalan itu berliku

Dilekuk dan jalan yang bersimpang siur

Tanpa ada sesiapa yang dapat menghalang pengairan itu

Sehingga sampai di laut nanti..

 

Dan apabila bicara soal kita,

Memang tiada akan penghujungnya

Selagi masa itu mengalir bagai air yang deras

Terus menguji keutuhan hubungan kita yang rapuh

dan hanya ajal sebagai noktah kisah kita..

 

Aku melihat engkau terkapai-kapai meminta ihsan

Berlari-lari mencari teman sejati

Tidakkah engkau sedar aku berada disisi

Setia menemanimu di kala sepi

Atau mungkin diriku sudah mempunyai pengganti.. 

 

Mungkin di suatu saat nanti

Engkau akan mengetahui kewujudanku ku selama ini

Yang setia memberimu sokongan sepenuh hati

dan walau hari itu bakal pasti

Mungkin engkau akan ku lupai..

 

 Maafkan aku teman

Tiadalah dayaku melainkan hanya insan hina

Sering kali akur kepada fitrah Ilahi

Apa yang ku damba ialah cinta yang hakiki

Yang menjadi penawar rindu buat hati ini..

 

 Akan ku palitkan engkau sentiasa dalam doaku

Agar bisa bertumbuh iman dan menguntum harum

Melahirkan akhlak dan peribadi solehah

Dan hanya ukhuwah itu

Terletak pada ingatan seseorang pada sahabatnya yang sejati

 

 

p/s: …. You may have someone in your mind…

someone in your heart…

someone in your dreams…

someone in your life…

but I am someone when you

have no one…

I am your friend…

And always be your friend… eternally..

Tuesday, October 4, 2011

Kisahku di KMTK 2

9 tahun lalu…

Sekolah Menengah Teknik Pendang dibuka untuk kemasukan batch pertama. Sekolah itu dibina diatas ladang kelapa sawit yang luas. Dibelakang terdapat sebuah tasik mati. Alkisah terjadinya satu peristiwa yang menggemparkan seluruh sekolah.

Sekolah itu masih didiami oleh makhluk halus dan jin. Sarang mereka telah dinodai oleh pembangunan di atas tanah Pendang itu. Pelajar-pelajar disana sering dihantui dengan pelbagai bayangan misteri yang cukup mengerikan.

Suatu malam, Siti Zubaidah hendak pergi ke tandas.

“Mimi, mimi.. bangunlah..mimi..jom temankan aku pergi tandas sat.. Tak tahan doh ni..please?” Kejut Siti Zubaidah pada rakan sebiliknya.

Dengan mata yang terpisat-pisat Mimi pun terkial-kial bangun sambil mengekori Siti Zubaidah.

Lama dia berada dalam tandas lalu Mimi pun bersuara, “Zu, lama lagi ke? Cepatlah sikit..”

………………………………………….

“Zu, da abis ke belom?”

………………………………………….

“Weh Zu, ko jangan main-main, aku serius ni, cepatlah sikit??!” Laung Mimi.

………………………………………….

Namun masih panggilan itu tak bersahut. Selang beberapa minit, pintu bilik tandas terbuka dengan sendiri.

“kuak….”

Pintu itu terkuak dengan perlahan-lahan. Langkah tidak berbunyi. Desir angin kian menderu laju.

Tiba-tiba,

Segarit lembaga muncul dicelah pintu itu dan terus menerjah ke arah Mimi. Mimi tersentak lantaran itu terus menjerit sekuat hati sehingga kedengaran di seluruh penghuni kediaman asrama putera dan puteri.

Present…

Aku terlantar dihospital akibat kejadian hari itu. Alhamdulillah, hari ni aku dibenarkan pulang. Ramai kawan-kawan aku menziarahiku, sebab aku kawan kesayangan merekakan. Ye ke? heh~

“Dhon, ko da okey ke, ape da jadi hari tu?” soal Khyril (bukan nama sebenar).

“Alhamdulillah, aku da okey.. Tapi aku betul-betul tak ingat apa da jadi hari tu.. ” aku mula mengerang sakit kepala dalam cuba mengimbas kejadian yang samar-samar pada hari kejadian.

Aku mula mengemas pakaianku di almari untuk pulang. Waktu tu cuti pertengahan semester selepas ujian UPS 1. Kebetulan aku mendapat tiket pada waktu malam.

8.00 p.m. “Aisyh.. lambatnye dierg ni, van da nak gerak da ni” gumamku.

“Weh Am.. Jom pegi panggil dierg jap.. da lambat da ni..” Aku mengajak Ammar (bukan nama sebenar) temankan aku sekali pergi panggil kawan-kawan yang lain untuk turun. Waktu tu hanya budak yang tinggal kat KL, Pahang dan Perak sahaja yang belum pulang. Dalam 12 orang.

Saat aku melangkah kaki memijak tangga, aku terpandang seseorang di hujung koridor.

“Ah, mungkin bayangan aku jer..” acuhku.

bersambung…

kisahku di kmtk II

Monday, October 3, 2011

hurmmmmm

Aku tak pasti mana hilangnya mutiara itu. Yang dulu menjadi peneman rindu di kala hujan turun. Aku tercari-cari mana perginya sinar mentari di pagi hari. Saat dunia hilang lagi bicara. Memutuskan untuk membisu.

Aku terjelepuk di pentas dunia. Tercari-cari dan menanti. Agar hilangnya berganti sang bidadari. Namun saat yang ku nanti, hanyalah wujud dalam mimpi. Mimpi yang tak pasti.

Aku mengorak langkah perlahan-lahan. Mengubah ritma dan alunan lagu hidupku. Agar ia sebaris dengan kata hati. Walau bunyinya tak semerdu dulu. Biarkan sahaja alunannya menjadi pendendang halwa telingaku.

Akan tibakah saat yang dinanti? Kenapa aku harus lagi menanti? Kendatipun, masa itu akan terus berlalu. Hanyut bersama kenangan kita. Dalam sungai kehidupan yang deras menguji kita.

Lumrah norma dunia, bertemu dan berpisah. Jauh dilubuk hati yang kelam, aku harap engkau akan hadir membawa cahaya. Walau hanya semilau lilin di atas ubun batu hitam. Agar ia menerangi lubuk hatiku yang sendu kebasahan.

frkeng

~ p/s: Your friendship is not written by chalk to erase or write again… It is written with the ink of love on the wall of my heart… thinking of you my friend..

Sunday, October 2, 2011

entah lerr…

Aku tak pernah sangka bahawa satu hari nanti aku akan jadi macam ni. Tak pernah pun terfikir dan terlintas. Kadang-kadang rasa hidup ni sangat susah nak jadi orang. Kenapa perlu kita ikut telunjuk orang lain. Sedangkan kita sendiri yang mencorakkan peribadi kita.

Mungkin selama ni aku sering berada dibawah. Belum pernah merasai tingginya langit. Orang kata hidup ini umpama roda. Masa memang banyak mengubah aku menjadi seseorang. Kalaulah dulu aku melihat diri aku yang sekarang, tentu aku akan bertanya, “Betul ke ni aku?”

Sekali lagi aku melangkah. Melangkah dan terus melangkah. Dibimbing oleh bisikan hati dan naluri. Kadang iman jadi panduan. Meski iman patut menjadi panduan tiap masa. Dan kadang-kadang hati aku tergertak nak melangkah. Niatku makin bercelaru. Dimain oleh bisikan syaitan.

Aku cuba melawan. Dan ini yang aku kagum. Syaitan tidak pernah berputus asa. Tapi kenapa cepat sangat aku berputus asa? alahai insan.. lemahnya aku.

Bila disaat tekanan yang hebat, mulalah aku ingat nak berdoa bersungguh-sungguh, terasa bagai seolah-olah aku melakukan kesalahan yang maha dahsyat. Merintih memohon simpati pada Tuhan yang Maha Pengampun. Aku sering sangat begitu. Hinanya aku nanti dihadapan Allah.

Setiap orang dengan kelebihannya masing-masing. Aku masih tercari-cari, apa kelebihan yang ada pada aku? Kalau nak kata ada orang lebih baik daripada aku tak boleh juga, sebab Allah dah jadikan semua orang itu baik-baik.

Kadang-kadang aku terfikir, kalau aku tahu nasib aku sebegini sebelum dilahirkan, kenapa aku nak turun ke dunia? Aku sedar, Allah sedang berbicara denganku. Jalan yang sabar  perlu aku lalui.

Ampunilah daku ya Allah. Tempat aku berserah seluruh jiwa dan raga.

jgn bersedih

Friday, September 9, 2011

Azam baru

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga saya melangkah ke sem yang baru walau banyak calar balarnya di sem yang lepas. Mana taknya kalau di sem lepas saya baru mengalami kecundangan yang amat dahsyat. Jadi, sebagai peringatan, saya ringankan jari ini menulis di halaman ni untuk berubah menjadi insan yang lebih baik!

Apa saya nak buat sem ni?

Ya, itu persoalan yang bijak. Kurangkan aktiviti, lebihkan ‘studi’!

Haha, aktiviti? Biarlah rahsia.

Yang pasti, pisang tidak akan berbuah dua kali. (ini fakta, memang pisang takkan berbuah dua kali) Ataupun, pepatah lain, saya takkan tunggu terhantuk baru nak terngadah or sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya dan pepatah lain yang seerti dengannya.

Buat kawan-kawan semua, setelah lebih 4 bulan kita tidak berjumpa, kita akan berjumpa lagi nanti. InsyaAllah.

Yap! see u di ipt. Masa tu, saya nak kamu semua melihat saya sebagai orang yang baru. Orang yang betul-betul dahagakan ilmu. Tapi kalau kamu semua melihat saya tertidur dalam kelas… kejutlah! ha ha ha. Memang perkara itu tak dapat nak dielakkan sejak dari kecil.

Dan lagi, saya berazam andainya saya masih tidak dapat dekan, don’t call me Dhon. ha ha ha.

Itu je ke? (suara dari hati)

No no no. Selain daripada kurangkan aktiviti, ada lagi perkara mustahak yang perlu saya lakukan. That is tinggalkan laptop ni. ha ha ha.

Ya, saya sendiri akan putuskan bila masa saya nak gunakan laptop masa belajar nanti. Seminggu sekali, dan sekali sejam. Maksudnya, sejam untuk seminggu.

Boleh ke ni? (suara dari hati)

InsyaAllah, bila saya dah berazam, saya akan berusaha. Dan bila saya dah berusaha, saya serahkan sepenuhnya pada Allah.

Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya. [Ali Imran 3:159]

Saya akan ingat janji-janji Allah. Itu yang akan membuatkan saya terus hidup dan berjuang demiNya. Saya akan berbakti pada ibu bapa. Mereka yang telah membesarkan saya tanpa sedikit pun membuatkan saya berasa susah. Andai darah ini masih mengalir dalam badan saya, andai bumi ini masih berputar mengikut orbitnya, andai kaki ini masih mampu melangkah dibumi Allah, saya akan terus perjalanan ini, walau didepan sana adalah sebuah lembah yang penuh noda dan dusta.

Hidup dan matiku hanya untuk Allah. Ganbatte!

Thursday, September 1, 2011

Perangi nafsu!

Bismillah.

Salam pembuka bicara. Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga kita melangkah ke bulan syawal setelah sebulan melalui madrasah tarbiyah Ramadhan. Semoga amal ibadat sepanjang bulan itu diterima oleh Allah.

Sudah menjadi kezaliman kelaziman pabila menjelangnya Ramadhan Syawal, kita dihidangkan pelbagai aneka kuih muih, juadah, lauk pauk, dan pelbagai aneka menu lagi bagi menyerikan syawal ini.

Justeru, apa yang sudah kita belajar melalui madrasah Ramadhan sebelum ini?

Sebulan penuh Allah cuba mendidik kita, membentuk kita dengan puasa iaitu menahan segala hawa nafsu dan perkara yang membatalkan puasa. Dan akhirnya nafsu yang selama ini dipendam-pendam dilaharkan juga pada syawal ni.

Alahai nasib perut, terpaksa bekerja keras untuk sebelas bulan yang akan datang. Maka berlumba-lumbalah mereka memenuhkan isi perut mereka setelah habis sebulan tertahan-tahan menahan gejolak hawa nafsu untuk makan makanan yang diinginkan.

Ternyata Ramadhan yang berlalu hanyalah salah satu pit stop untuk beribadat sepenuh hati mereka. Bagi mereka Ramadhan hanyalah bulan ibadat, bulan yang harus dicurahkan tenaga bagi mengekang nafsu ini. Bulan lain tak payah la yer?

In fact, nafsu itu patut diperangi sepanjang tahun. Bukanlah hanya pada bulan tertentu sahaja. Bahaya ikutkan nafsu. Nafsu sering mendorong kepada keburukan. Nafsu itu cenderung ke arah kejahatan. Tapi ingat, kita hendaklah kawal nafsu bukan bunuh nafsu itu sendiri.

Ingat apa yang Nabi ajar. Hendak kawal nafsu melalui puasa. Dengan puasa nafsu akan menjadi lemah. Bila dah lemah segalanya akan menjadi lebih mudah.

Sempena lebaran yang menjelang ini, aku ingin menyusun jari kaki hinggalah ke tangan seandainya banyak kata-kata nista yang dilontarkan sejak memasuki arena tiada sempadan ini. Meskipun Arsenal kalah 8-2, anggaplah kita seri 8-8 sama.

(‾˛‾")

Monday, August 29, 2011

Bisikan Nurani, Baitul Muslim dan Salam Lebaran

Ceit! panjang giler tajuk. Tapi InsyaAllah, aku tak gile. Percayalah. Ni adalah salah satu propaganda untuk memancing para pengundi pengunjung diluar sana. “Buat ape?” ok, no reason. Ese sobana eh nak layan lagu err bawah ni. Sekali sekala.
 

“Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara. Kerana AGAMAnya, HARTANYA, KETURUNANNYA, dan keCANTIKannya..” “…Maka pilihlah yang BERAGAMA, Nescaya beruntunglah kedua tanganmu..” [Abu Hurairah]

Maksud kepada lagu ni apa yang dapat aku hayati ialah satu sebuah sketsa kehidupan seorang pemuda. Pertemuan yang dikala singkat itu telah membibitkan satu ukhuwah dan silaturrahim yang mesra hingga akhirnya membawa kepada jinjang pelamin. Mabruk alaik. Semoga aku kita dapat membina baitul muslim idaman hati.

Nota kaki:

Penglipur Lara

Duhai insan bernama kekasih

Pertemuan kita di suatu ketika

diselimuti keindahan dan

kebesaran yang Maha Esa

Ku mengenalimu tanpa kau sedari

dalam perjuangan kita sehari-hari menuntut ilmu…

kegigihan dan kesungguhanmu

kejernihan wajahmu wahai kirana

keturunan terpilih

kesederhanaanmu

pelbagai kebaikan dapat kulihat

dari peribadimu…

Namun aku lebih tertarik kerana…

keteguhan agamamu

Ku yakin perasaan yang lahir terhadap

diriku adalah anugerah Yang Maha Esa

Namun segalanya berubah di saat aku

meluahkan rasa…

kau terdiam lalu menjauhkan diri

Perubahan lakumu membuatkanku pasrah.

Lalu ku berserah dan

mengharapkan hikmah dariNya…

Meskipun jauh di sudut hati aku masih mengharap..

dan masa terus berlalu…

kita kian jauh…

“Aku berserah diri sepenuh hati pada-Mu

Ya Rabbi. Semoga Engkau memberi kekuatan

sebagai ganti kelemahan dan

memberi kecukupan dari segala kekuranganku..”

Hinggalah disuatu ketika

kau mengirimkan berita

disaat engkau beristikharah

rupanya engkau menyimpan rahsia cinta Agung

Dan akhirnya kita bersatu

disaat cinta berputik

hatinya memuji Tuhan

Disaat rindu mengusik

Rasul menjadi pilihan…

p/s: Dikesempatan ini juga aku nak mengucapkan Salam Aidilfitri 1432h buat semua muslimin dan muslimat yang beragama Islam dan yang juga mengenali diri ini.


Salam dihulur maaf ku
pohon buat semua rakan2..
Disini, ku ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya dan juga
ingin meminta maaf sekiranya ada:
TERkasar bahas,
TERsilap bicara,
TERmarah yang tak kena,
TERtanya tak tentu hala,
TERsasul yang tak sengaja,
TERpukul kat mana-mana,
TERpekik di telinga,
TERhantuk di kepala,
TERpinjam harta benda,
TERmoody tak semena-semena,
TERumpat bila-bila,
TERusik yg sengaja,
dan segala macam ‘TER’ lagi
Maaf Zahir & Batin! (。◕‿◕。)

Saturday, August 27, 2011

Baby yang tengah tidur main acah-acah

Aku ade jumpe video ni dalam satu belog, oleh kerana terlampau taksub, excited, exaggerating and tremendous, so ak nak abadikan video ni dalam belog aku. Baby oh baby, I wish someday I could own you one. Ahaks..! :p

 

Oh cak! oh cak! haha. Ya Allah.. comelnye baby ni. Rasa macam nak picit-picit je. Comelkan? Aku suke pada kecomelan. (✿◠‿◠)

p/s: Aku nak berazam satu hari nanti aku nak jadi ayah yang baik. Awat lak hang gelak. tak caya ke? hmmph~ sudahlah.

Baby-baby sekalian yang comel yang telah aku cari di google telah menjadi mangsa kepada profile picture aku dalam facebook, skype, ym, google+, belog ni, dan juga tagged. Aku tak suke letak gambar sendiri walaupun aku tau yang aku ni… Ok sekian.

Thursday, August 25, 2011

Kisah saya dan awak

Sedar tidak sedar, sudah 3 tahun saya mengenali awak. Tak pernah saya terfikir peristiwa memalukan saya terjatuh ke dalam longkang membuat hati kita bertaut. Terima kasih kepada Allah kerana mentakdirkan saya terjatuh dan terima kasih juga kerana Allah menggerakkan awak untuk mentertawakan saya.

Jika tidak, hubungan kita tidak mungkin sampai sejauh ini. Siapa pernah menyangka peristiwa sekecil itu mampu mengikat hati dua insan. Walaupun saya dan awak masing-masing berjauhan, teknologi benar-benar mengikat kita.

Saya sedar, hari demi hari saya semakin menyenangi kehadiran awak dalam hidup saya. Saya bersyukur atas hubungan ini. Bersyukur kerana kita bukanlah seperti pasangan kekasih lain.

Awak tidak pernah mengucap kata rindu, apatah lagi kata sayang. Seingat saya sepanjang 3 tahun ini, tidak sampai 5 kali kita bersua muka. Itupun tatkala awak dan keluarga datang beraya ke rumah saya.

Saya juga bersyukur ibu bapa kita saling meredhai persahabatan kita. Hari demi hari, kita semakin matang. Saya semakin mengenali dunia, semakin mendalami ajaran Islam sebenar. Dulu, saya fikir hubungan kita tidak salah. Ya, memang tidak salah dari pandangan mata luar.

Namun jujur jauh di sudut hati saya, saya sering merindui awak biarpun tiada siapa antara kita yang pernah melafazkannya.

Pernah saya angankan awak menjadi pembimbing keluarga saya kelak. MasyaAllah, begitu jauh saya lalai. Kata-kata seorang teman suatu waktu dulu benar-benar mendorong saya berfikir panjang. “Zina hati sememangnya kelihatan kecil, namun dosanya tetap sama”.

Astaghfirullah…saya beristighfar panjang. Dengan segala kekuatan yang ada, saya katakan kepada awak. “Jangan hubungi saya lagi melainkan awak bersedia mengahwini saya”. Saya sendiri tidak pasti dengan apa yang saya lakukan.

Saya sedar awak pasti kebingungan dengan kata-kata saya kerana antara kita sememangnya tiada yang istimewa.

Saya juga sedar hakikatnya, awak juga punya perasaan terhadap saya biarpun awak membisu seribu bahasa. Hubungan kita terputus begitu sahaja. Enam bulan berlalu dengan amat sukar bagi saya.

Setiap hari saya berdoa semoga Allah permudahkan segala yang terbaik untuk saya, semoga Allah permudahkan jika apa yang saya lakukan benar-benar keranaNya. Ingin saya katakan, betapa sukar melupakan awak.

Dalam kesibukan saya melupakan awak, tiba-tiba saya dikejutkan dengan rombongan peminangan. Andai awak dapat melihat hati saya, pastinya awak tahu betapa terkejutnya saya.

Ya, awak tunaikan permintaan saya. Awak datang lagi ke rumah saya, tapi kali ini dengan sebentuk cincin. Sekarang saya sudah sah menjadi permaisuri hidup awak.

Sekarang saya bebas merindui awak tanpa rasa berdosa, saya bebas berbicara dengan awak tanpa rasa bersalah dan saya bebas menyayangi awak kerana awaklah pembimbing hidup saya. Terima kasih Allah ikatkan kita dengan tali perkahwinan biarpun pada usia muda remaja.

Terima kasih Allah menghadirkan awak sekali lagi dalam hidup saya....

sumber: link

p/s: Sedang tercari-cari dan ternanti-nanti seseorang yang dapat mengucapkan. “Jangan hubungi saya lagi melainkan awak bersedia mengahwini saya”. Kalaulah ada… hmmph~

Monday, August 22, 2011

Angry Birds gantikan Facebook

Dulu

Kini

Kerana

Semoga anda berjaya! Hey, Angry Birds pun ada facebook jugak ape!

haha. Sori, gile jap… (ړײ)

Selamat tinggal facebook ku.

www.facebook.com/dhon.da.great

(≧◡≦)v

Friday, August 19, 2011

19 Ramadhan 1419H yang lalu…

Petang 5.53, wanita itu sedang bertarung nyawa melahirkan bayinya yang pertama. Itulah anak sulung mereka. Kehingaran diseluruh bilik pesakit dengan esakan tangisan bayi menyambut dunia.

Jururawat yang bertugas dengan pantas melakukan kerja-kerja mereka. Mereka membersihkan bayi itu sebelum diserahkan kepada ibu pesakit tersebut. Ibu bayi tersebut yang dalam keadaan lemah setelah kehilangan banyak darah, menyambut anaknya dengan penuh lembut.

Lelah, setelah habis berhempas pulas sepenuh tenaga melahirkan bayi sulungnya selama hampir lebih setengah jam. Itulah kekuatan seorang wanita. Lemah bukan bererti hina. Disitulah letaknya kemuliaan seorang ibu.

Dengan wajah yang pucat dan penuh kasih, si ibu merenung anaknya dengan linangan air mata bahagia melahirkan seorang bayi lelaki yang comel dan sihat. “Alhamdulillah..” si ibu memanjat kesyukuran pada Ilahi.


20 tahun berlalu…

Kini si anak itu telah pun membesar dalam sistem pendidikan yang baik.

“Ibu.. terima kasih kerana melahirkan aku dengan penuh kasih dan sayang..” bisik si anak. Meski waktu berputar dengan pantasnya, janganlah sesekali kita lupa dari mana kita berasal, dari mana kita berada.

Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Kulah kembalimu. (Luqman: 14)

Si anak tersedar dan tersentak dengan firman Allah tersebut. Dia sedar selama ini dia telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai anak.

Dengan linangan air mata keinsafan yang penuh pengharapan, si anak memanjatkan pada Yang Esa agar diberi kesempatan berbakti pada kedua ibu bapanya. Itu azam si anak.

“Alhamdulillah, akhirnya Allah telah membalas segala permintaanku” Ucap syukurnya pada Ilahi. Kini keluarga itu telah pun membesar dan memiliki pelbagai karenah anak-anaknya masing-masing. Si ibu terus tertawa sendu dalam bahagia, anaknya dibesarkan kini hidup dalam sejahtera… n_n

Nota tangan: Selagi hayat dikandung badan, selagi nyawa dihurung jasad, berbaktilah kepada kedua ibu bapa kerana merekalah insan yang tanpa mengenal erti lelah dan jenuh membesarkan tanpa mengharapkan sedikit pun balasan.

Nota kaki: Si anak ialah penulis. Mendapat hidayah sebaik sahaja masuk ke sekolah berasrama dan kini terus berada di jalan ini untuk menyebarkan kata-kata nasihat yang baik dan sedaya upaya mencegah kemungkaran. Tinta penulis adalah tidak lain tidak bukan untuk dirinya juga. Yang baik jadikan pedoman dan yang buruk tinggal-tinggalkan la ye.. n_n

Disepanjang perjalanan hidup , disebalik tabir kehidupan, Disebalik kejayaan seorang lelaki…

Berdirinya seorang wanita…

Thanks mom, You’re my hero…

Thursday, August 18, 2011

La Tahzan

Disebalik kesulitan itu ada kemudahan, esok akan merekah bunga yang harum mengusir kesedihan menjadi penghibur hati InsyaAllah

Kullu nafsin za iqatul maut. Setiap yang bernafas pasti akan mati. Mana-mana makhluk yang bernyawa pasti tidak akan terlepas dari ketentuan dan takdir Allah. Kita sama sekali tidak boleh lari daripada ajal.

Ajal sering sekali mengingati kita. Maut itu tersangatlah hampir. Dan kita kenalah sentiasa mempersiapi diri dengan segala amal bekalan dan takwa.

Pemergiannya adalah satu tanda dan ketentuan Allah. Disini Allah ingin mengajar kita, mendidik kita agar menerima qadha’ dan qadar. Belajar merasai kehilangan sesuatu benda yang kita kasihi dan sayangi.

Jalan Allah itu indah. Setiap jalanNya di ajarkan kita dengan mengenal erti kesusahan dan kesedihan. Belajarlah DIAM dari banyaknya BICARA, Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN, Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG, Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN, Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN, Belajar TAWAKKAL dari UJIAN, dan Belajarlah REDHA dari satu KETENTUAN

Sesudah itu Allah mengurniakan kita sebuah kemanisan iman dan takwa. Innallaha ma ana.

Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah.

Semoga hari esok menjanjikan langit yang cerah dan hidup yang indah!

La Tahzan sahabatku… n_n ::senyum::

Tuesday, August 16, 2011

Kerana Dia Manusia Biasa ...

Kerana Dia Manusia Biasa ...~

Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu?

Jawapannya ada bermacam-macam.. Bermula dengan jawapan kerana Allah hinggalah jawapan duniawi.

Tapi ada satu jawapan yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap detail percakapannya. Jawapan dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib.

Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja.

Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat. Satu hal yang pasti, Dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami.

Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka Berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak mahu melihatnya menangis lagi.

Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya.

Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya. Sebenarnya.. . ..!!!

Saya ingin tau, kenapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan Untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu (benar-benar sibuk).

Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara.

Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. That's all......Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing.

Saya menggambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap dirumahnya.

Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual -hanya- berdua. Hiruk pikuk persiapan akad nikah besok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal.

Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa Kali Mamanya mengetuk pintu, meminta kami tidur. "Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja. Saya faham keadaanya ketika ini.

"Padamkan je lampunya, biar disangka kita sudah tidur."

"Ya.. ya." Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar. Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik.

Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya Nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini Saya pendamkan.

"Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih HP dibawah bantalku.

Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD HP dia mengais lembaran kertas didalamnya.

Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping envelop kepada saya. Saya menerima HP dari tangannya. Envelop putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ni. Saya melihatnya tanpa mengerti. Eeh..., dia malah ketawa geli hati.

"Buka je la..." Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya putih. Hehehehehehe. .........

"Teruknya dia ni." Saya menggeleng-gelengkan kepala sambil menahan senyum. Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya.Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu........


Kepada Yth ........

Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya

Assalamu'alaikum Wr Wb

Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai.

Saya, yang bernama ............. ... menginginkan anda ............ ..... Untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa.

Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak.

Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar Isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.

Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa.. Cinta saya juga biasa saja.

Oleh kerana itu. Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa.

Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik.

Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istiqarah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda.

Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak Berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini.

Saya memohon anda soat istikharah dulu sebelum memberi jawapan pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah redha Dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin

Wassalamu'alaikum Wr Wb


Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah.

Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa.

Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan.

"Kenapa kamu memilih dia.......?"

"Kerana dia manusia biasa........ . " Dia menjawab mantap. "Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya.

Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari.

Entah kenapa, justeru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku.."

"Maksudnya?"

"Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu besok masih ada. betuI tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau Suatu masa nanti kami jadi miskin.”

"Ssttt...... ." Saya menutup mulutnya. Khuatir kalau ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga.

Sunyi. Suara cengkerik terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.

"Sudah tidur. Esok kamu mengantuk, aku pula yang kena marah dengan Mama." Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya..

"Nik.....?"

"Tidur...... Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya. Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik esok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini.

Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiannya. Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur Segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak ruh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang Tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak.

Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah 'proses usaha'. Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, takhta dan 'nama'.

Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang ini/itu), ditanggalkan.

Ketika segala yang 'melekat' pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya.

Maka semua menjadi indah.

Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap HambaNYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan Sebuah pernikahan.

Kita hanya boleh memohon keredhaan Allah. MemintaNYA mengurniakan barokah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan Dan kemantapan untuk menikah. Jadi, bagaimana dengan cinta?

Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir, lalu tumbuh, kemudian merawatnya.

Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa).

Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin.

Wallahu 'alam

* Kalau rajin.. Tolong sebarkan petunjuk ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi Orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

"Life without friendship is like the sky without sun..."

Apabila nafsu dikuasai syaitan, insan menjadi haiwan dan jiwa mulai akan tertekan. Di sini teman diperlukan untuk berkongsi pengalaman, disini..

baitul muslim? (^_^)V worth to ponder, i guess!!

sumber : link

Sunday, August 14, 2011

Fares – Albi Nadak ♫…♥….♫

Lirik Lagu Albi Nadak (Arab) 

Albi Nadak

Leek, ana milk leek

ta'ala arrab dommeni, makhtag

eleek, o rokhi feek

ya hob 'omr ana 'omri kollo hakhyesho leek

hawak howa el khaya,

wenta elly ana, ba'ashek hawa

kan albi monaah

agmal malak, yekoon ma'ah

yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya

yah ba'd esneen shok wa khaneen alak eek hena ma'aya

yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek

we ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek

wa 'omri fadak

yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya

yah ba'd esneen shok wa haneen alak eek hena ma'aya

yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek

we ha'eesh 'omri 'ashana 'ineek

wa 'omri fadak

Eh, akhtag le eh

law konti ganby ma'aya daiman kolly eh

ya dana min zaman

makhtag le alb yehess beya o ahess beek

hawak howa el haya,

wenta elly ana, ba'ashek hawa

kan albi mona

agmal malak, yekoon ma'a

yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya

yah bad esneen shok wa haneen alak eek hena ma'aya

yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek

we ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek

wa 'omri fadak

yah albi nadak wetmanak teb enta wayaya

yah ba'd esneen, ba'd elsneen alak eek hena ma'aya

yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek

we ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek

wa 'omri fadak

Translated into Bahasa Melayu - Albi Nadak by Fares

Hanya padamu...

Diri ini hanya milikmu

Datanglah dekat

Air mataku mengalir

Mengharapkan mu

Hanya padamu...

Dan jiwaku padamu

Wahai kasihku usia kita,usiaku

Seluruh hidupku untukmu

Cintamu adalah hayatku

Dirimu buat kita bercinta sebenar2 cinta

Hatiku disini, keindahanmu millikku

Jadi bersatu

Hatiku memanggil

Harapkan engkau sentiasa kekal

Hanya dirimu

Selepas bertahun lihatlah sayang

Kita berjumpa di sini dan bersama

Airmataku mengalir keranamu

Engkaulah kekasih, hidupku hanya untukmu

Seluruh hidupku, usiaku..

Kerna matamu, aku serahkan segalanya

Apa yang daku harapkan

Indahnya kau disisi bersamaku selamanya

Katakanlah kepadaku..

Diri ini..sekian lama mengharapkan

Hati ini, perasaan ini

Bersama hati dan perasaanmu

p/s: ntahlah…

credit to link and link